Tuesday, October 1, 2013

Usaha temukan parti politik Melayu hampir pasti- Rais

Add captionTan Sri Dr.Rais Yatim
TANJUNG MALIM 1 Okt. - Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mendedahkan usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Menurut Rais, jika menjadi kenyataan kelak, pertemuan melibatkan wakil-wakil daripada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, usaha mempertemukan wakil-wakil daripada ketiga-tiga parti tersebut dibuat oleh beberapa pihak termasuk pemimpin dan intelektual Melayu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, jelas beliau, pertemuan tersebut bukanlah atas dasar politik, sebaliknya perpaduan bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Pertemuan itu kelak bukanlah tentang politik UMNO, Pas atau PKR, tetapi bertujuan membincangkan tentang perjuangan Melayu.

"Mereka (UMNO, Pas dan PKR) jangan takut untuk bersemuka kerana pertemuan tersebut untuk membincangkan isu ekonomi, agama, bangsa, budaya dan bahasa Melayu.

Semua isu ini sebenarnya sangat dekat di hati orang Melayu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 2030 hrs on O
01.2013.

No comments: