Friday, July 18, 2014

20 identiti mangsa nahas MH17 belum dikenalpasti-Tiong Lai

Oleh HASNURUL MOHAMED
Datuk Seri Tiong Lai,Menteri Pengangkutam Malaysia. (gambar fail).

SEPANG 18 JULAI - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 20 penumpang pesawat MAS Boeing 777, penerbangan MH17 yang ditembak dan jatuh terhempas di Timur Ukraine malam tadi masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, daripada 40 penumpang yang pada awalnya tidak dapat dipastikan identiti mereka, 21 penumpang telah dapat dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

"Kita telah kenal pasti identiti mangsa tragedi MH17 iaitu 173 warganegara Belanda, 27 warganegara Australia, 12 warganegara Indonesia, sembilan dari United Kingdom, tiga warganegara Filipina, satu dari New Zealand dan satu dari Kanada.

“Warganegara Malaysia yang turut terkorban ialah seramai 44 orang manakala warganegara Belgium dan Jerman pula masing-masing empat orang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, waris dan keluarga terdekat mangsa sudahpun dimaklumkan mengenai berita yang amat mendukacitakan ini.

Bagaimanapun kata Tiong Lai, waris dan keluarga terdekat mangsa tidak akan dihantar ke Ukraine dan itu disahkan oleh wakil MAS yang juga Pengurus Operasi MAS, Kapten Izham Ismail yang hadir sama pada sidang akhbar petang ini.

Tiong Lai juga dalam sidang akhbar yang sama memberitahu, satu pasukan siasatan khas antarabangsa akan ditubuhkan bagi menyiasat nahas MH17.

Katanya, dua orang akan dihantar untuk menyertai pasukan penyiasat tersebut dan perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Menteri Luar, Datuk Hanifah Aman.

"Kita mengalu-alukan penubuhan pasukan siasatan ini supaya siasatan dapat dilakukan dengan baik.

"Kita dijemput untuk sama-sama menyertainya dan Menteri Luar Ukraine juga menunjukkan komitmen untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung tragedi MH17 ini," katanya. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri.(postded by aabnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1826 hrs on July 18,2014.

No comments: