SEPANG 19 Julai - Malaysia Airlines (MAS) telah mengenal pasti kewarganegaraan semua penumpang pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine kelmarin.
MAS dalam satu kenyataan memberitahu, empat kerakyatan penumpang yang gagal dikenal pasti sebelum ini adalah tiga penumpang Belanda di mana seorang daripadanya mempunyai dua kerakyatan iaitu Belanda dan Amerika Syarikat (AS).
Seorang lagi yang dikenal pasti adalah penumpang United Kingdom yang turut memiliki kerakyatan Afrika Selatan.
Senarai akhir penumpang adalah:
Belanda - 192 (termasuk seorang yang turut mempunyai kerakyatan AS)
Malaysia - 44
Australia - 27
Indonesia - 12
United Kingdom - 10 (termasuk seorang yang turut mempunyai kerakyatan Afrika Selatan)
Jerman - 4
Belgium - 4
Filipina - 3
Kanada - 1
New Zealand - 1
- UTUSAN ONLINE-dalam negeri .(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at1506 hrs on July 19,2014.
No comments:
Post a Comment