Saturday, August 23, 2014

BN yakin pertahan kerusi DUN Pengkalan Kubur-Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin
MUAR 23 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, meskipun terpaksa berhadapan cabaran daripada PAS, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata walaupun DUN Pengkalan Kubor adalah kubu kuat parti namun BN tidak boleh ambil mudah, sebaliknya perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi itu.

"Kita tahu kawasan itu bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang telah diwakili calon kita. Kita akan mengambil peluang ini untuk jelaskan dasar-dasar perjuangan UUMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Pagoh, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji keperibadian penyandang kerusi DUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang semasa hayatnya sentiasa berpijak di bumi nyata, bekerja keras dan sering memberi perkhidmatan cemerlang dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan kepada pengundi tanpa mengira latar belakang mereka.

Allahyarham Noor Zahidi, 57, yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal, meninggal dunia akibat kanser hati pada pukul 5.45 pagi, Rabu lepas ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhou, China.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti  1736 undi.BERNAMA.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2349 hrs on August 23,2014.

No comments: