Wednesday, August 27, 2014

Jawatan MB: PAS,PKR,DAP perlu kemukakan lebih dua nama calon sebelum 3 September ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,Sultan Sharfuddin Idris Shah
SHAH ALAM 27 Ogos - Istana Selangor meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar sebelum 3 September ini.

Utusan Malaysia difahamkan, tempoh itu diberikan Istana Selangor menerusi surat rasmi yang dihantar melalui serahan tangan ke pejabat ketiga-tiga parti itu hari ini di atas nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng.

Dalam surat yang diutuskan melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu, Istana Selangor meminta ketiga-tiga parti berkenaan menyerahkan senarai tersebut bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pertimbangan serta memberikan perkenan kepada mana-mana calon yang difikirkan baginda adalah layak untuk menduduki jawatan itu.

Proses itu sejajar dengan konvensi yang sudah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini. - Utusan online-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.18 am on August 28,2014

No comments: