Tuesday, August 26, 2014

Kriteria pemilihan Menteri Besar Selangor

Nik Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor adalah terletak sepenuhnya di bawah kuasa sultan sebagaimana termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Undang-undang tersebut juga menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dalam menentukan individu paling sesuai dipilih untuk menjawat jawatan berkenaan.

Menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

* Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menentukan calon yang paling sesuai menurut pandangan baginda. Parti politik perlu memastikan calon tersebut mendapat persetujuan Sultan.

* Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). Kriteria ini merupakan standard ditetapkan oleh Perlembagaan Selangor dan menjadi ciri utama dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu. Ini bermakna Sultan Selangor boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti dalam DUN selaku Menteri Besar.

* Melayu dan beragama Islam.

* Bertaraf warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor. Disebut juga jika warganegara secara naturalisasi, beliau tidak layak.

Nik Kamal berkata, selain kelayakan berkenaan, Sultan Selangor semestinya akan memilih calon Menteri Besar berwibawa yang dapat menerajui pentadbiran dan menjalankan kerja dengan baik seperti penyandang jawatan itu pada masa ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.41 am on August 27,2014.

No comments: