Friday, August 29, 2014

Slogan Salam 1 Melayu tidak salah

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Slogan 'Salam 1Melayu' dilihat tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia memandangkan kenyataan itu dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang membincangkan soal parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ( gambar) berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana parti politik untuk bercakap bagi menaikkan semangat dalam mempertahankan kepentingan serta kemahuan politik orang Melayu yang kini diterajui UMNO.

Tegas beliau, tidak ada apa yang hendak diperbesarkan tentang slogan itu kerana perkara itu dibuat semasa UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar sedang bersidang.

"Dalam persidangan parti lain seperti MCA dan MIC sendiri akan bercakap macam-macam termasuk kerajaan tidak adil tetapi kita diam sahaja.

"Tetapi malangnya, apabila orang Melayu dari UMNO bercakap, orang akan besar-besarkan. Ini tidak betul sebab apa yang dikatakan itu dalam konteks parti. Kita lihat nanti masa MCA pula bersidang tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan 'Program Karnival Kembali ke Sekolah dan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Pejabat UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.

Sebelum ini, wakil dari Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir tampil meminta perwakilan lain untuk menukar slogan Salam 1Malaysia kepada Salam 1Melayu pada Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Sementara itu, Tengku Adnan menyifatkan tuduhan pihak pembangkang kononnya UMNO tidak prihatin dengan bencana yang berlaku di beberapa buah negeri dilihat sebagai pembohongan besar.

Jelasnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri segera meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO untuk melawat keadaan di Pahang dan begitu juga Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Terengganu. alam-1Melayu-tidak-salah.( Utusan online- politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1311 hrs on August 30,2014.

No comments: