Thursday, August 28, 2014

SULTAN BERHAJK TOLAK JIKA SATU NAMA

Tan Sri Dr.Rais Yatim
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Shariffuddin Idris Shah mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa yang harus dilantik sebagai Menteri Besar.

Pakar Perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Sultan Selangor juga berhak untuk menangguhkan atau menetapkan transisi jawatan itu mengikut pendapat baginda siapa lebih layak mendapat sokongan rakyat.

Berikutan itu, menurut beliau, bukan menjadi sesuatu yang pelik jika sultan menitahkan kepada ketiga-ketiga parti pakatan pembangkang mengemukakan lebih daripada dua calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi tujuan itu dan baginda berhak menolaknya jika satu nama diberikan.

"Di bawah perkara 54 yang dibaca bersama perkara 53 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, sultan mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang boleh menjadi Menteri Besar sekiranya baginda mendapati situasi memerlukan baginda bertindak sedemikian walaupun di bawah perkara 53 itu penentuan suara majoriti boleh diguna mengikut siapa dapat sokongan majoriti.

"Bahasa pengecualian itu sama dengan Perlembagaan Negeri Perlis dan Terengganu. Walaupun dalam Perlembagaan itu tidak menyatakan perlu dikemukakan lebih satu nama calon Menteri Besar tetapi baginda ada pilihan untuk tidak memilih hanya satu nama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, PKR dan DAP tetap berkeras mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana mendakwa keputusan tersebut sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Pas sebaliknya akur dengan titah Sultan Selangor dan akan mempersembahkan tidak kurang daripada tiga nama kepada baginda sebagai calon untuk mengisi jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, tindakan DAP dan PKR yang mengingkari titah sultan dengan tetap berkeras mencalonkan satu nama disifatkan sebagai satu bentuk derhaka kepada sultan.  ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.28 am on August 29,2014.

No comments: