Friday, February 20, 2015

Kepeimpinan ulama Pas disabotaj

(Dewan Ulama Pas akui jika tidak dihentikan parti itu hancur)

MOHD. ASRON MUSTAPHA : 21 Februari 2015 1:43 AM 

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pas kini berdepan krisis perpecahan dalaman yang makin kronik apabila Dewan Ulama parti itu mengakui wujud cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut.

Punca kepada masalah yang kian membarah sehingga menyaksikan kepemimpinan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang makin tergugat itu dikaitkan dengan kelpelbagaian aliran pemikiran ahli-ahli Pas sendiri yang menyertai parti tersebut selepas era reformasi 1998.

Datuk Dr.Mohd Khairudan Aman
 Razali,Ketua Penerangan Dewan 
Ulama Pasdin  
Pengakuan itu yang hadir sehari selepas Abdul Hadi menuntut ke­setiaan selain mengingatkan kepada seluruh ahli Pas supaya jangan mengkhianati jemaah, me­nimbulkan persoalan berapa lama kepe­mimpinan ulama dalam Pas mampu bertahan daripada asakan kumpulan Anwarinas.

Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas,Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara terbuka mengakui, jika serangan ke atas Majlis Syura Ulama dan Abdul Hadi yang digerakkan ahli parti sendiri tidak dihentikan dengan segera, Pas bakal menghadapi kehancuran.

 “Akhir-akhir ini kepemimpinan ulama yang menjadi teras kekuatan Pas dan telah dilembagakan dalam perlembagaan Pas cuba disabotaj, dirungkai serta dipertikai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama Pas yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Serdang Jaya ,esok.

Menurutnya, 'Wala’ (ketaatan) sebahagian ahli Pas juga telah beralih kepada pakatan bukan lagi terhadap parti Islam. “Sedangkan ketaatan itu adalah wajib kepada ketua dalam konteks Islam selagi tidak bercanggah de­ngan syarak.

Dalam hal ini kepada Presiden Pas (tetapi) dalam konteks Pas, wala’ itu telah cuba dilanggar serta diingkari oleh segelintir pe­mimpin dan juga ahli.

“Ahli Pas (hal ini berpunca) pasca reformasi 1998 mempunyai pelbagai pemikiran atau kecen­derungan yang membawa kepada perpecahan dan serangan ke atas Majlis Syura Ulama serta Presiden jika tidak dibendung segera bakal membawa kehancuran kepada Pas,” katanya.

Semalam Abdul Hadi, yang ke­pimpinannya semakin tergugat terutamanya selepas kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan sebahagian ahli Pas mengkhianati jemaah atau berkhidmat kepada pihak lain ha­nya merugikan parti.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook­nya, Presiden Pas itu antara lain menegaskan bahawa wala’ kepada perjuangan Islam dan jemaah seharusnya tidak berbelah-bahagi serta tidak boleh sama sekali memesongkan ahli daripada me­lakukan kerja jemaah.
Pergeseran antara kumpulan ulama dengan pemimpin yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perkara baharu tetapi sejak beberapa bulan lalu masalah tersebut semakin kritikal sehingga dipercayai berlaku kekecohan dalam mesy­uarat Jawatankuasa Pas Pusat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, sebahagian ahli Pas kini bukan sahaja terpikat dengan acuan kapitalis tetapi pemikiran liberal dan sekular juga sudah mula meresap masuk secara perlahan-lahan ke dalam Pas atas alasan mahukan keterbukaan.

“Strategi kemenangan gerakan Islam mula ditinjau dari sudut pandang Barat dan pemikiran sekular. Keimanan tidak lagi menjadi teras kepada pembentukan strategi,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.43 noon at Feb-21,2015.

No comments: