Wednesday, February 18, 2015

Politik adalah persepsi :Tohmahan pem bangkang menggunakan persepsi mesti direspon dengan persepsi juga secara spontan,agresif,bersepadu oleh tokoh-tokoh Umno di dalam MT.


Hanya  YB Khairy Jamaluddin sahaja dilihat begitu cepat dan tangkas menyanggah dan terus menyanggah setiap tomohan-tomahan yang telah dilemparkan oleh parti-parti pembangkang dan Dr.Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Para pemim pin di dalam MT ( Majlis tertinggi) yang sarat dengan sosok cendikiawan di berbgaia bidang ilmu,dilihat membisu seribu bahasa bila Datuk Seri Najib di hentam hebat.Kenapa begitu jadinya?



February 20,,2015 at 4.3pm.

Sesungguhnya,memang tidak boleh dinafikan bahawa pergolakan politik di dalam Malaysia dilihat menjadi begitu hangat dan mencabar pada Umno,satu-satunya parti politik yang menjadi tunggk di dalam Kerajaan Barisan Nasionao itu sendiri,ialah bermula sejak selepas Dr.Mahathir Mohamad,memecat Anwar Ibrahgim dari kabinetnya sekaligus memecat Anwar dari keahlian Umno.
Dr.Mahathir Mohamad,
harus memberi tunjuk ajar,
bukan mengkutuk Najib dan regimnya.

Sebelum itu,memang ada juga pergolakan-pergolakan politik hangat telah timbul,seperti di zaman nama Datuk Harus Idris sedanag memuncak kepopularannya.

Akan tetapi tidak sebigitu hebat suhu kepanasannya dan mudah diedakan. Ujian itu telah dapat diatasi oleh kebijaksanaan para pemimpiun Umno ketika itu dengan selamatnya.sekaligus kedudukan politik para pemimpin politik Umno tetap utuh.

Tidak pernah terbayang oleh para pemimpin Umno bahawanya di suatu hari nanti bahawa politik parti pembangkang akan meningkat dan akan mendapat kemenangan besar dan sekaligus merubah landskape politik di dalam Malaysia.

Tidak siapa pun menyangka bahawa parti Pembangkan yang (harmless) dulu-dulunya itu,kini telah berjaya mendapat kemenangan besar di dalam pertarungan demokrasi pada pilihanraya umum pada PRU ke-12 ( tahun 2008) semasa Abdulah Ahmad Badawi jadi Presiden Umno dean Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim,
bekas Tim.Perdana Menteri
Pada PRU ke-13.(2013) iaitu semasa Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Presiden Umno, selepas Pak Lah mengundur diri akibat kekalahan yang telah dialami oleh Umno/Barisan Nasional pada PRU ke-12 ( tahun 2008 hinggakan Umno/Barisan Nasional tidak ada undi ( dua pertiga) di dalam Parlimen Malaysia.

Tidak pernah terjadisedemikan rupa sebelumnya iaitu sejak mencapai kemerdekaan tanah air pada 1957 sejak zaman Tuanku Abdul Rahman hingga ke era politik Dr.Mahathir Mohamad jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih kurang selama 22 tahun lebih.Satu jangka masa yang sangat panjang Mahathir jadi Perdana Mentyeri Malaysia.

Telah tercatit di dalam sejarah politik Malaysia bahawa sebanyak 2 orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Musa Hitam dan Ghafar Baba tanpa diketahui apa -apa sebab musababnya hinggakan dua tokoh besar itu telah mengundur diri dan tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.

Tan Seri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Umno.
Sebelum itu iaitu sbelum Mahathir Mohamad, lazimnya di dalam Umno iu sendiri,jika seseorang itu telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri? Ianya sudah pasti akan jadi Perdana Menten pula kemudiannya.

Disebabkan Mahathir dilihat mahu memecahkan rekod ingin memegang jawatan Perdana Menteri beggitu lama? Mahu atau tidak mahu? Suka atau pun tidak suka?

Maka kepunanlah dua tokoh itu nak merasa nikmat untuk memegang jawatan nombor satu di Malysia iaitu sebagai (Perdana Menteri) Malaysia,satu-satu jawatan nombor satu di Malaysia yang menjadi idaman bayak tokoh-tokoh politik Malaysia.

Mahathir sejak jadi orang nombor satu di dalam Umno. Beliau dilihat telah banyak merubah landskape politik Umno itu sendiri.

Mahathir,sejak berkuasa di dalam parti Umno dan di dalam kerajaan tunjangan Umno. Mahathir berjaya mendapatkan apa yang beliau cita-cita dan idam-idamkan. Ini,sama sekali tidak boleh dinafikan oleh Mahathir.Tanpa Umno siapalah Mahathir?

Tanpa Umno siapa Mahathir? Akan terperaplah beliau di dalam kliniknya di Alor Star,Kedah .Beliau  terpaksa menghadapi bermacam karenah pesakit-pesakit yang datang ke klinik beliau untuk mendapatkan ubat-uabat bagi menyembuhkan penyakit-penyakit mereka.

MAHATHIR DILIHAT TIDAK PERNAH PUAS DAN BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN ALLAH SWT.

Dari lagak percakapan  dan perbuatannya? Dilihat hingga ke akhir ini pun Mahathir dilihat masih belum paas lagi? Beliau masih menganggap di Malaysia ini kononnya beliaulah satu-satu sosok individu kononya semacam tahu seribu satu macam hal-hal.Apa yang orang lain buat? Kononnya  pada analisa beliau semua tidak perfect.

Mahathir hingga ke hari ini masih ahli Umno.Sebagai ahli Umno? Beliau seharusnya harus mempertahankan kesinambunbgan survival Umno itu sendiri.Tetapi beliau dilihat sebaliknya?

Datuk Seri Zahid Hamidi
Naib Presdien Umno
Satu hal yang amat mendukacitakan? Beliau dilihat begitu TEGA menghentam Presiden parti Umno sesudahnya.Ketika Pak Lah jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia? Pak lah pun dihentamnya hinggakan Pak terpaksa berundur terlalu awal.

Lepasa itu Najib mengambil alih pimpinanan parti Umno dan Negara Malaysia.  Wah duh...!Najib dan kerajaan pimpinan Najib secara terang-terangan telah dibelasah olehnya.

Sebenarnya,Parti Umno dan kerajaan Najib bukan tidak boleh dikritik?Pintu kritik-kritikan mengikurt amalan demokrasi  terbuka luas.

Yang dipersoalkan kenapa Mahathir buat kritik-kritik itu secara terang-terangan? Katakanlah niatnya itu suci dan ikhlas dan nak membimbing Najib?

Semolek-moleknya adakanlah satu majlis tertutup yang boleh membincangkan salah silap yang dilihat oleh Mahathir tidak betul?

Tetapi kenapa Najib ditegur dan dibelasah secara terang-terangan di dalam Media Arus Perdana dan di blog-blog media sosial yang pro pembangkang? Tidakkah Mahathir sedar dengan berbuat begitu akan merosakkan Imej pimpinan Datuk Seri Najib itu sendiri dan kerajaan Umno/Barisan Nasional  di dalam negeri dan di luar negara di dunia?

Tidakkah Mahathir sedar dengan berbuat demikian segala kritik-kritikan Mahathiritu?Ianya boleh ditafsirkan bahawa Mahathir telah menyedikan "palatform" bagi pihak pembangkang menghentam lumat Najib dan pimpinannya diperingkat parti dan diperingkat kerajaan Umno/Barisana nasional?Imej Najib akan terjejas di dalam dan di luar negara.

Akhirnya?Mengakibatkan imej politik Datuk Seri Najib dalam Umno dan imej kerajaan tunjangan Umno/Barisan Nasional itu sendiri mendapat aib dan malu.Kononnya lemah berbanding di zaman beliau jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri bagi kerajaan Umno/Barisan Nasional dulu.

Apakah maksud Mahathir mengkritik Najib secara terang-terangan itu? Sangat tidak dimengertikan? Jujurkah atau sebaliknya hanya Allah swt. sahaja yang Maha Mengetahui dan Mahathir sendiri yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat?

Perbuatan Mahathir ini amat didukacitakan. Perbuatannya itu samalah ertinya  dengan tindakan beliau " Meludah ke langit"? dan menikam Najib dan corak pimpinannya dari belakang?Ujung-ujung air ludahnya itu jatuh semula ke mukanya.

Tidakkah Mahathir sedar dan insaf? Umnolah yang memberi peluang beliau berada di dalam Umno dan Umno-lah yang membuatkan Mahathir itu dikenal dan terkenal hingga kini.

Datuk Seri Shafie Afdal,Naib
Presiden Umno


Tidak berlebih-lebihan jika dikatakan Umnolah membuatkan Mahathir dan anak-anaknya berubah nasib dan mencipta kejayaan hidup yang mewah di dalam dunia perniagaan dan politik tanah air.

Kini,ada diantara anak beliau dah berjaya jadi BILLIONAIR di dalam dunia perniagaan. Di lapangan politik pula?Ada yang dah berjaya jadi Menteri Besar.Dengan kata lain? Malaysai dan Umno telah memberi peluang.tinggi menggunung menjadikan Mahathir dan kelauarganya jadi senang lenang.

Tanpa Malaysia yang memberi peluani kepada Mahathir jadi orang nombor satu di Malaysia selama 22 tahun lamanya? Siapa Mahthir hari ini? Sesunggunya Malaysia  telah memberi PELUANG yang tinggi menggunung pada Mahathir dan kelaurganya.Tanpa Malaysia,tanpa Umno siapakah mereka?

Kedudukannya sama juga taraf sepereti ribuan para dokter yang berada di klinik masing-masing.

Hakikat ini, harus disedari oleh Mahathir? Kunci segala kejayaan pada seseorang itu di bumi Allah ini ialah peluang.Jika diberi peluang dan dibantu? Dengan adanya peluang di tangan dan dibantu pula degan macam-maam bantuan?

Maka bermacam warna hidup akan dapat dilakukan oleh si  mendapat peluang itu..Bayak orang-orang lain lebih pandai dari kita? Tapi disebabakan tiada cable,tiada peluang? Terkandas juga akhirnya.

Sepautnya peluang yang diberikan oleh rakyat Malaysia  terhadap Mahathir dan keluarganya itu harus diucapak terima kasih dan kemudiann terus berjuang sama memajukan Umno dan Malaysia ke arah negara maju pada 2020.

Sebaliknya buka menghemtam secara terang-terangan terhadap Najib dan kerajaan pimpinannya secara itu langsung tidak ada sebarang manfaatnya buat Mahathir?.

MAHATHIR TAK SANGKA ANWAR MAMPU MENGGUGAT KESTABILAN UMNO DAN KERAJAAN  BARISAN NASIONAL
Datuk Seri Hishammudin
 Tun Hussin Onn,Naib Presdien

Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet dan sekaligus dipecat juga dari keahlian Umno. Mahathir menyangka bahawa tindakan yang telah diambil oleh beliau itu tidak akan mendapat balasan dendam dari Anwar Ibrahim. Mahathir harus insfat dia hanyamampu merancanag itu dan ini untuk musnahkan Anwar Ibrahim.

Di masa yang sama Mahathir lupa bahawa perancangan Allah itu Maha Hebat lagi.Di luar sangkaan Mahathir yang kononnya serba tahu dan bijaksana.

Anwar bertindak menentang tindakan Mahathir itu dengan hebatnya. Mahathir pun semacam tidak percaya bahawa Anwar anak didiknya itu sanggup melakukan peperangan politik yang hebat pada kepimpina Mahathir itu sendiri.

Secara kebetulan pula krisis  anatara Mahathir dengan Anwar itu terjadi di ketika  di mana Media Baru apa yang dipanggil internet ( IT) telah pun dikenalkan di Malaysia.Satu-satanya Media Sosial yang sanagat modern dan berpengaruh.

Dengan cepat segala propaganda politik Anwar,sama ada betul atau tidak betul? Dilihat begitu cepat bertindak,macam kilat cepatnya tiba dan berada di atas riba rakyat sebagai hidangan makanan jiwa.

Media sosial ini telah digunakan oleh Anwar seluas-luasnya untuk bercakap dengan rakyat Malaysia secara merata.Berita-berita yang berupa beranika bentuk.Betulkah atau tidaknya berita-berita itu dilihat tidak ambil peduli.

YANG PENTING bagi si memfitnah  berita itu mesti tersebar luas untuk dijadikan senjata "perang saikologi" untuk meracun hati dan fikiran rakyat yang cetek fikirannya.

Hanya orang-orang yang arifbillah tidak mudah dipengaruhi.Mereka menganalisa kebenaran berita itu terlebih dahulu.Sama ada ianya sahih atau sebalkiknya.Yang jadi pak turut aje ...itulah yang keluar di jalan raya berdemontrasi kononnya nak menyhokong reformasi tajaan Anwar Ibrahim untuk perubahan.

Pada orang-orang biasa terutama pada golongan yang begitu "fanatik" kepada cara cakap dan cara pimpinan Anwar telah menerima persepsi politik (andaian-andaian) politik Anwar ini kononnya semacam satu kebenaran yang amat sahih.Harus disokong.

Akibatnya? Pada PRU ke-12 dan juga pada PRU-ke-13  regim Anwar Ibrahim berjaya DAN terus berjaya melakukan ledakan  tsunami politik  terhadap kerajana Barisan Nasional.

PEMIMPIN UMNO TIDAK BERSATU PADU MENENTANG (PERSEPSI-PERSEPSI) POLITIK ANWAR IBRAHIM ITU.

Datuk Seri Shahrizat
Abd.Jalil,Ketua Wanita Umno.
Bila kita bercakapa tenntang kekalahan besar Umno pada PRU ke-12 dan PRU ke-13 itu? Para pemimpin Umno itu sendiri yang bersalah.Mesti ada sebabnya kenapa rakyat  berpaling tadah?

Para pemimpin Umno itu sendiri dilihat tidak mahu benar-benar  melakukan Muhasabah diri sendiri.

Post mortem demi post mortem telah dibuat.Tetapi  tindakan untuk mempertbaiki segala kesalahan tidak dilakukan segeratidak ditersukan secara istiqamah

Yang salah? Dan orang-orang telah melakukan kesalahan itu adalah orang-orang Umno itu sendiri sejak pada PRU ke-12  dan PRU ke -13 dan hingga ke hari ini.

Lazimnya,jika seseuatu pasukan bolah sepak yang dah pun jadi juara liga,tetapi tiba-tiba dalam perlawan terbaru di dapati mereka kalah? Kekalahan yang telah ditimpa oleh pasukan itu bersebabkan mereka itu lalai dan tak menmgikut tunjuk ajar jurulatihnya..

Ada yang hendak dipuji kononnya dia merupakan satu-satunya penjaring gol yang ulung di dalam pasukan itu? Agar gajinya ditambah lagi oleh boos kelabnya? Akibat nafsu serakahnya yang melulu dan tamak dan tidak ikhlas dengan rakan-rakaa sepasukan di kelabnya?

Maka bola yang berada dikakinya itu? Tidak dipaskan pada rakannya.Maka bola yang disepaknya itu tidak menuju kesasara ke dalam gol.

Bola itu terkenan palang gol dan cepat melantun semula  ke kaki musuh.Pihak musuhnya dapoat menyelamatkan pintu golnya dari jadi sasaran.

Ertinya ?Beliau pentingkan diri sendiri,tidak mahu bermain bola cara sepasukan? Ujung-ujungnya pasukan kelabnya kalah.

Title sebagai pemenang liga yang tersohor jadi tewas dan title juara liga telah jatuh di tangan pasukan kelab bola yang lain pula.

Kemudiannya  si tamak yang mahu memebri peluang kepaa rakan sepasukannya menjaringkan gol?Akhirnya,beliau dilihat menepuk-nepuk kepalanya tanda kesal.

Tidak guna lagi dikesalkan kerana peluang ke emasan itu telah anda sia-siakan dengan begitu sahaja. Kesal kemudian itu memang tak ada gunanya.Sia-sia belaka. Nasi dah jadi bubur.

BEGITULAH SIFATNYA PADA BANYAK PARA PEMIPIN  UMNO! PERRANG SARAF PEMBANGKANG TIDAK DIRESPON OLEH UMNO SECARA AGRESIF. 

Mas Ermieyati Shamsuddin,
Ketua Puteri Umno.
Demikianlah juga sifatnya dengan tingkah laku para pemimpin politik  Umno itu sendiri ketika berpolitik menentang musuhnya.

Sebenarnya mereka amaat sedar bahawa regim pembangkang bermula dari PRU ke-12 ( 2008),pada PRU ke-13 dan hingga kini secara  terang-terangan dan secara berterusan begitu agresif dan secara kolektif, di luar dan di dalam negeri menghentam kerjaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pun begitu?  Namun para pemimpin  Umno yang masih menguasai Kerajaan Pusat? Di lihat masih bersikap pasif,tidak kolektif dan tidak spontan tindakkannya dalam hal bila membela diri mereka akibat cemuhan-cemuhan regim pembangkang itu.

Contohnya! Dalam isu Nurul Izaah Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli mendedahkan kononnya Datuk Seri Najib pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Anwar Ibrahim selepas PRU ke-13.

Hanya Menteri Belia dan Sukan sahaja penujlis lihat secara sepontan telah respn,segera  membuat komen menyanggah terhadap pendedahan Nurul Izaah dan Rafizi itu dengan mengatakan bahawa dakwaan Nurul dan Rafizi itu merupakan ciptaan dan hayalan oleh PKR sendiri.

Nurul Izah dan Rafizi boleh dikatakan semacam hendak menunjukkian kepada rakyat Malaysia dan dunia luar, bahawa kepimpinan Anwaar Ibrahim,di arena politik Malaysia kononnya masih releven lagi.

Lain-lain tokoh Umno dari Timbalan Presiden hingga ke Naib-Naib dan AJK Umno pusat yang gambar-gambar mereka penulis paparkan di ruangan ini sekaligus termasuk juga MT-MT yang telah dilantik oleh Presiden parti Umno( tak ada gambar-gamabar)mereka di runagna ini,

Mereka dilihat mengambil sikap berdiam diri dan membisu bersabit persepsi dan dakwaan yang telah didakwa oleh Nurl Izah dan Rafizi itu.Kenapa  mereka segan,malu atau takut berdiri teguh di belakang Presiden parti Umno (Najib) sepereti yang telah dibuat oleh Khiry Jamaulddin.

Di mana ada lojiknya? Dan apakah manfaatnya Anwar Ibrahim dari PKR untuk di bawa masuk ke dalam Kerajaan Barisan Nasional? Sedangkan Barisan Nasional,hatta di dalam Parlimen pun masih mempunyai majoriti( simple majority) untuk meluluskan sebarang ( anekment-enekment) yang hendak dijadikan undang-undangbaru negara?

Datuk Abdul Aziz bin Abdul Rahim
Ketua Putera UmnO
Tindakkan Nurul Izzah dan Rafizi mendedahkan isu itu ? Adalah sama sekali tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh akal-akal yang waras. Bahkan dakwaaa itu karut marut. Semata -mata merupakan "persepsi politik" untuk dijadikan sebagai senjata perang urat saraf guna nak mengagung-agungkan Anwar Ibrahim kononnya masih releven.Poorlah.....!!!

KISAH 6 KOTAK PEMIMP[IN RASUAH?

Di era Anwar dipenjarakan pada kes liwat pertama dulu? Regim Anwar mengorbitkan ada 6 kotak file rasuah yang telah dilakukan oleh para pemimin besar Umno yang telah berada di tangan mereka.

Ketika itu Azmin Ali di dalam ceramahnya pada suatu masa,di suatu malam,bertempat di Batu 7 di Gombak Utara,Gombak,

Azmin ada mengatakan semasa bercermah di atas pentas itu bahawa pada esok malamnya beliau akan berceramah di Pasir Salak,Perak.

Azmin berkata,bahawa beliau akan mendedahkan isu 6 kota itu apabila dia mula  berceramah di malam esoknya, di Pasir Salak,Perak.

Ketika itu,penulis merupakan Naib Ketua parti keADILan Bahagian Gombak.( masa itu keADILan belum ada Tim.Ketua Bahagian, di dalam perlembagaan keADILan.

Selaku Naib Ketua yang menghormati Ketua Bahgaian  keADILan, Kami ahli-ahli parti keADILan dari Parlimen Gombak, beramai-ramai secara rombongan, berduyun-duyun mengikut beliau berceramah ke sana ke mari dengan menggunakan kereta  dan wang minyak yang kami tanggung sendiri demi untuk memeriahkan ketua kami yang berceramah politik ke sana ke mari mengorbitkan polisi politik parti  keADILan..

Penulis dapati sehingga selesai beliau berceramah pada malam itu,di atas pentas, di Pasir Salak,di depan ribuan para pendengar. Penulis dapati beliau langsung tidak ada menyentuh "isu 6 kotak fail-fail rasuah" yang mereka katakan kononnya ada beberapa nama tokoh-tokoh besar Umno yang telah melakukan rasuh besar.

Tengku Adnan Mansor,
Setuia Usaha Agong UmnO
Bila dia selesai ceramah dan duduk semula di sebelah saya.Maka saya tanyakan "Kenapa U tidak sentuh isu 6 kotak rasuah sepertimana yang U janjikan pada malam semalam di Batu 7 Gombak Utara,Gombak?

Secara selamba sambil ketawa kecil dia menjawab," Tunggu dulu,belom sampai masanya lagi haji.." Saya terus diam sambil senyum dan di hati kecil saya berkata," Entah ada kotak-kotak itu... atau sebaliknya auta belaka?"

Yang jelas  hingga Anwar bebas dsri penjara dan  Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor dari tahun 2008 hingga tahun 2013 dan hingga kini?

Maka kisah cerita fasal 6 kotak yang berisi fail-fail nama tokoh-tokoh Umno yang dikatakan mengambil rasuh itu tidak pernah timbul lagi dan senyap begitu sahaja.Hilang sebagai kenangan yang merupakan fitnah dan bohong?

Sesunggunya!Mainan orang-orang politik sekular ini ketika berbohong dilihat langsung mereka tidak takut pada Allah Swt yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.Mereka hentam kromo aje demi untuk survival parti-parti mereka.

Dua minggu sebelum tiba PRU ke-13 penulis dan kawan seperjuangan seramai hampir 200 orang mengambil keputusan keluar beramai-ramai dari parti PKR di Batu 10 di Gombak Utara, Gombak .. Kami menyertai semula Umno di Gombak.

Borang keluar dari PKR secara beramai-ramai telah diterima  oleh Timbalan Ketuan Perhubugan Umno Selangor Datuk Noor Omar.

Dengan kata lain apa yang dicakapa dan yang dijanjikan oleh parti-parti pembangkang di atas pentas politik di serata Malaysia yang mereka jelajah itu?

Semuanya cakap tidak serupa bikin? Cara mereka membakar semangat rakyat untuk menyokong mereka? Tak ubah sama dengan dakyah yang telah dilakukan oleh regim Yahudi di Gaza dalam tindakkan mereka membunuh rakyat Palesine yang tidak berdosa.

Mereka akan menggunakan "cara untuk menghalakan tindakan mereka".Justeru itu para pemimpin Umno dari yang atas hingga ke bawahnya.Mestilah tunjukkan sikap bersatu padu berdiri di belakang Najib dan Muhyiddin Yassin demi keutuihan Umno apabila berdepan dengan dakwaan yang merupakan " persepsi politik" dari pembangkang dan cara menentangnya  mestilah bersatu padu.

Ertinya bila Datuk Seri Najib dicemuh oleh pihak pembangkan hatta jika  Mahathir sama menyanyikan lagu-lagu macam pembangkang juga.Tindakkan ini mesti ditentang oleh semua tokoh-tokoh politik dan AJK Umno yang berada di dalam MT itu secara bersepadu.

Janganlah hanya diharapak Khairu Jamaluddin Abu Bakar sahaja begitu tankas membela Datuk Seri Najib,  Bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh.Posted .by abnmulya  // Abu Bakar Ninggal. blogspot. com. at 1630 hrs on Feb-20,2015




No comments: