KOTA BHARU 20 Mac – “Sebagai umat Islam saya wajib sokong hukum Allah (hudud).” Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil,
Roslan Puteh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tindakan beraninya membelakangi arahan parti apabila hadir pada sesi pembahasan dan menyokong Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Dalam masa sama Roslan turut mengakui beliau menjadi salah seorang daripada 44 ADUN masing-masing daripada Pas dan Barisan Nasional (BN) yang sebulat suara menyokong pindaan tersebut diluluskan.
Paling menarik perhatian pada sesi pengundian rang undang-undang tersebut apabila wakil daripada PKR itu tetap hadir memberikan sokongan walaupun diarahkan tidak berbuat demikian oleh kepemimpinan tertinggi parti.
PKR menerusi satu kenyataan semalam mengarahkan Roslan tidak menyertai perbahasaan dan pengundian rang undang-undang berkenaan.
Sementara itu Roslan berkata, beliau sedia menerima sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya oleh parti selepas ini.(Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1415 hrs on March 21,2015.
No comments:
Post a Comment