Wednesday, May 27, 2015

Aset 1MDB RM51.4bilion

28 Mei 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 27 Mei - Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ialah RM51.4 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa berjumlah RM31.9 bilion.

Beliau menambah, 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan di pusat kewangan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, tanah di Pulau Pinang seluas 34 ekar serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman (desalination) di lima negara.

“Nilai aset-aset 1MDB disokong oleh laporan penilaian yang ber­kenaan ataupun buku (book value) yang telah disahkan oleh juruaudit bebas (Deloitte),” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewa­ngan berkata demikian bagi menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) tentang isu berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC),

Najib memberi­tahu, berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pe­ngurusan 1MDB kepada Kementerian Kewa­ngan, aturan antara 1MDB dengan IPIC dibuat secara ‘arm’s length’ dengan terma-terma komersial yang mengikut piawaian pasaran.

“Pengumuman yang sewajarnya akan dibuat apabila nilai mukta­mad penebusan opsyen diselesaikan dan dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit yang akan datang,” katanya.
Tony Pua bertanya tentang sebab 1MDB memperoleh jaminan daripada IPIC untuk terbitan-terbitan bon berjumlah AS$3.5 bilion (RM12,6 bilion) yang mengenakan syarat-syarat yang begitu menyeksakan, selain jumlah yang dibayar oleh 1MDB untuk me­nebus opsyen yang diberi kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS.(Utusan online).Posted by abnmulya  Haji Abu bakar ninggal.blogspopt.com.at 9.04 am on May 28,2015.

No comments: