Tuesday, May 19, 2015

Pandikar Amin curi perhatian ahli Dewan Rakyat

19 Mei 2015 1:36 AM 
Tan Sri Pendikar Amin Mulia,Yang Dipertua Dewan Rakyat menjadi tumpuan

KUALA LUMPUR 18 Mei – Jarang sekali dalam sesi Persidangan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rak­yat menjadi tumpuan tetapi hari ini,

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencuri perhatian semua pihak, baik oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang.

Malah, perhatian serta tumpuan ahli Dewan Rakyat kepada Pandikar Amin itu dilihat menenggelamkan terus tarikan terhadap pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Tampil mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas didakwa mahu meletakkan jawatan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pandikar Amin diberi ‘penghormatan’ apabila Ahli Parlimen bertindak spontan menepuk meja beramai-ramai.

Tidak terkecuali, ada beberapa orang wakil rakyat baik di pihak BN dan pembangkang mengusik beliau dengan dimulakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika Dewan Rakyat memulakan sesi pertanyaan lisan bagi soalan pertama.

“Sebelum menteri menjawab, saya ucapkan tahniah­lah kepada Tan Sri kerana kekal sebagai Speaker,” kata Azalina yang kemudian segera dibalas Pandikar Amin bahawa beliau tidak bertan­ding untuk jawatan itu menyebabkan hampir semua wakil rakyat ketawa.

Sabtu lalu, Dr. Mahathir men­dakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat itu mahu meletak jawatan tetapi dakwaan tersebut kemudian segera dinafikan Pandikar Amin apabila memberitahu beliau akan bertugas seperti biasa pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak, Mo­hamed Azmin Ali, turut sama mengusik Pandikar Amin dengan meminta beliau agar jangan tunduk terhadap mana-mana tekanan sehingga mahu meletakkan jawatan.

 “Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan Yang Berhormat,” jawab Pandikar Amin. Selepas itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau gembira melihat Yang Dipertua Dewan Rakyat kembali bertugas.(UJtujsan online)Posted by abnmujlya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at8.49 am o Mei 20,2015.

No comments: