Friday, July 24, 2015

Najib masih muda dan masih bertenaga.Patut jadi PM lebih 22 tahun.Majoriti rakyat sokong Najib.

Datuk Seri Najib Tun Razak.




Sabtu,July 25,2015 @ 1.49pm.


Jika kita bercakap fasal keberanian? Datuk Seri Najib ternyata didapati lebih berani dan lebih bijak dari perdana menteri yang dulu-dulunya walaupun beliau sedang berkuasa jadi Perdana Menteri Malaysia lebih kurang baru 7 tahun aje.

Sebaik sahaja beliau menerima tugas memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada tahun 2009 dari Pak Lah.Beliau telah mempamirkan stylenya sendiri untuk memerintah negara Malaysia yang dah punya rakyatnya seramai 30 juta orang .

Datuk Seri Najib menyedari hakikatnya bahawa untuk jadi perdana menteri mutakhir ini,iaitu dizaman ledakan IT ini?

Seseorang Perdana Menteri itu mesti punya semangat yang kental dan jiwa raga yang tabah dan mesti punya prinsip perjuangana yang jelas serta sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran getir demi untuk kestabilan dan kemakmoran rakyat Malaysia khasnya.

Datuk Seri Najib menyedari hakikat  yang sebenar bahawa tanggung jawab yang sedang beliau galas akibat dari amanah yang telah diberikan oleh rakyat padannya itu?

Bukan boleh diterima dengan hanya mengoyang kaki di meja empuk di Jabatan Perdana Menteri itu.Sebaliknya beliau dari masa ke masa mesti bekerja keras memerah tenaga dan fikiran anugerah Allah SWT itu semaksima yang boleh.

Terutama di dalam iklim politik dunia di zaman IT ini.Ledakkannya sama seperi ledakan ombak menghempas pantai yang bertalu-talu sifatnya.

Beliau juga menyedari hakikat yang sebenarnya bahawa mahu atau tidak mahu? Suka atau tidak suka? Beliau sedar bahawa beliau terpaksa akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir bertali arus yang tidak pernah dirasai oleh perdana menteri yang terdahulu dari beliau.

Perdana Menteri yang lalu-lalu itu walau pun tanpa gasakan IT moden? Pun begitu,terpaksa menggunakan senjata ghaib "Akta Isa" untuk kekal berkuasa. Sumbat semua tokoh-tokoh politik pembangkang ke dalam penjara dengan menggunakan "Akta Isa"yang telah ditinggalkan oleh penjajah dulu.

Datuk Seri Najib sedar bahawa senjata "Akta Isa ' itu memang mempunyai kuasa ghaib yang sangat efektif untuk mengekang gerakan golongan yang menentang kerajaan serta sebagai senajata untuk menakut-nakutkan musuh politik tanha air yang mahu menjatuhkan kerajaan yang sah.

Pun begitu? Dengan gagah berani Najib telah memansuhkan Akta Isa yang menjadi senjata utuh untuk orang itu kekal berkuasa selama lebih kurang 22 tahun dengan menggunakan Akta Isa dengan pelbagai operasi.

Operasi lalang-lah, operasi inilah,operasi itu-lah... semata-mata untuk kekal berada dipuncak kekuasaan demi untuk memenuhi nafsu sarakakahnya serta mengekalkan legasinya.


Tapi Najib tak mahu berkuasaa dan terus berkuasa dengan senjata ghaib yang telah digunakan oleh si pengecut dan tamak haloba itu.

Najib bertindak menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di Malaysia ini mengikut lunas undang-undang yang legal untuk menyelesaikan sebarang kemelut yang dia hadapinya.

Dengan izin Allah rakyat dapat melihat bahawa Najib berjaya menyelesaikan banyak masalah tanpa menggunakan "Akta Isa".

Dalam konteks ini siapa lebih bijak? Sudah tentu di dapati Najib lebih bijak berbanding dengan orang itu. Yang selalu berkata kononya beliau sahaja di Malaysia ini yang paling bijak bistari? Sedangklan orang-orang lain bodoh belaka.


Dartuk Seri Najib jika dia mahu? Beliaua boleh membawa semula ke parlimen agar "akta Isa itu di pulihkan semula.Tak perlu undi"DUA PERTIGA" di Parlimen. 


Memadai hanya dengan undi "simple majoriti" aje di Parlimen dah boleh diluluskan "Akta Isa" itu


Tetapi beliau tidak mahu "back ward"..Najib tetap mahu "forward" .Itulah sebabnya beliau berani berkata,"Pantang berundur sebelum musuh-musuh politiknya habis dilenyapkan dari arena politik Malaysia ini,".

Najib sangat pasti bahawa musuh politiknya yang sangat ketara itu kini dah tua bangka dan dah uzur dalam banyak hal. Sedangkan Datuk Seri Najib masih muda dan masih bertenaga dan sihat walafiat lagi.


Jadi,janganlah ada orang yang masih berfikir yang Najib tidak akan dapat mengatasi segala kemelut yang telah ditimpakan ke atasnya tanpa menggunakan Akta Isa? 

Lantas orang itu tanpa segan dan silu (macam budak-budak) berpolitik segera menyanyi sambiul mengucapkan selamat lekas beresara kepada Najib?Depa dilihat tidak sabar untuk segera menamakan tokoh proxcy-nya menggantikan Najib?


Hakikatnya ucapan yang demikian? Hanya merupakan "illusi" bagi orang yang sedang kecewa demi untuk menghiburkan hatinya yang sedang duka lara akibat tidak berjaya menjadikan Datuk Ssri Najib sebagai proxcy-nya sekaligus untuk menyambung legasi yang diidam-idamkan selama ini dilihatnya telah jauh tersasar?

Ujung-ujungnya?Orang itu merapu sana, merapu sini, menagih sokongan yang semakin lari jauh darinya? Sedang sokongan moral dan politik untuk Datuk Seri Najib dari hari ke hari,baik di mana sahaja beliau berada? Semakain meningkat  dan kedudukan politk Datuk Seri Najib semakin kukoh dan utuh.

Golongan yang bermati-matian mahukan Najib undur? Ialah golongan yang laparkan kuasa untuk berkuasa di Malaysia.Umum mengetahui bahawa mereka ini adalah puak-puak yang bukan ori bahkan dari susur galurnya semuanya penduduk yang bukan ori belaka.

Tak tahu berterima kasih yang mana selama ini telah hidup senang lenang di dalam Malaysia,semata-mata berdasarkan hak yang dilindungi oleh undang-undang belaka.Kini dah nak besar kepala.Sibuk pergi jumpa Justo  nak jatuhkan Najib yang dipilih oleh rakyat jelata.

Sebenarnya mereka ini adalah lemah dan tidak punya kekuatan apa-apa pun.Ibarat buih di lautan luas dan dentuman guruh dilangit luas. Suaranya sahaja bak guruh dilangit.Namun air tidak juga turun ke bumi.

Itulah sikap orang yang kecewa dan inilah juga sikap parti pembangkang yang bercita-pcita tinggi tapi tak punya tenagan lahir dan batin sesuai dengan angan-angannya itu?

Dulu parti pembangkang jadi musuh utama orang itu. Kini bila dah bersara dan tinggal kesaoirangan,tetapi kehendak peribadinya yang sangat membuak-buak tinggi suhunya itu? 

Maka siapa sahaja dilhatnya sedia mendektinyanya? Maka segera digapainya jadi kawannya.

Tak ubah seperti lagak orang yang tak tahu berenang lemas di dalam lautan yang dalam.Siapa sahaja yang berada didekatnya itu akan segera digapainya di sebabkan dia takut mati lemas kesaorangan tanpa pertolongan.

Tokoh-tokoh politik parti pembangkang yang dulu-dulunya jadi musuh utamanya itu? Kini dah jadi sahabat baik pula.Dulu portal pro-pembanbkang di cemuh-cemuhnya.Kini dijadikannya medan untuk luahkan rasa merapu-rapunya itu?

Apabila kini tak ada lagi saluran propaganda untuk menghebahkan jualan koyoknya yang tak laku lagi itu? Maka portal pembangkang terpaksa digunakannya.Bak kata orang tua-tua,"Jika tak ada rotan?Maka akar pun berguna juga-lah... Itulah sifat munafikun pada orang-orang yang boleh hidup di dalam pelbagai alam.


"Kesian dia si tua bangka ini. Semakin banyak dia merapu? Maka semakin banyaklah orang tidak hormat lagi padanya.Dia rasa syok sendiri apabila dilihatnya masih ada orang yang sanggup panggil dia negarawan ulung kononnya..Apa yang ulungnya? Langsung tak ada apa-apa yang ulung? Yang Maha Ulung itu adalah Allah SWT.

Sebenarnya yang memanggil dia negarawan  ulung itu?  Bukannya panggilan yang tulus ikhlas? Semata-mata sedang memerli dia yang kini dah punya kuasa apa-apa.SEmasa berkuas adulu dilihat begitu sombong dn bongkak.Malaysia ini kononnya dia yang punya?

Semasa berkuasa dulu? Banyak kawan-kawan seperjungan orang memanggl dia negarAwan itu telah disumbatkannya ke penjara akibat fahaman politik yang berlainan.

Yang dianggapnya akan menjadi batu penghalang dan mengganggu gugat dia untuk terus berkuasa sekaligus nak menghalang dia untuk tambah wang kekayaan mereka berselindung melalui proxcy-nya untuk terus jadi kaya-raya lagi.

Dia sangka rakyat tak tahu mengesan perbuatan kejinya itu? Kini bila tak dipedulikan lagi dan kontrek besar-besar tidak diberikan kepada proxcy-ny itu?

Dia sangat risau wang kekayannya itu dari hari ke hari jadi susut.Justeru dia mengujudkan kemelut pada pihak berkuasa dengan tuduhan yang melulu tanpa asas. Dia sangat takut dari kaya jadi miskin semula?

Firman Allah SWT dalam suraha Al-Ra'd,ayat 17 yang bermaksud:

"Allah memberi perbandingan untuk mengenali siapa yang hak dan siapa yang batil.Ada pun buih buih itu akan pergi tanpa kekuatan dan hilang tersisih daripada wujud dan apa yang bermanfaat kepada manusia, maka akan kekal teguh sepanjang masa.,"Posted by abnmulya /haji abu bakar ningal .blogspot.com at 1.49pm on July 25,2015.

No comments: