Sunday, July 26, 2015

Tidak perlu takut gantung permit The Edge

27 Julai 2015 1:39 AM 

KUALA KANGSAR 26 Julai – Kerajaan tidak perlu berasa takut atau malu dituduh mahu menutup mulut akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily Express dengan mengantung permit penerbitannya itu selama  tiga bulan mulai esok.
Datuk Seri Mohamad Nazri
Abdul Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,sebaliknya apa yang dilakukan oleh (KDN) Kementerian Dalam Negeri itu adalah tepat kerana laporan akhbar itu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh memudaratkan kepentingan awam dan negara. 

Menurut beliau, tindakan kerajaan itu juga tidak menjejaskan imej negara kerana setiap negara mempunyai undang-undang menyekat menyiarkan laporan palsu.

“Saya tidak fikir ini (menggantung permit sesuatu yang unik kepada Malaysia atau pun mengejutkan dunia.

“Walaupun kita menyokong kebebasan akhbar tetapi kita tidak menyokong kebebasan menipu oleh akhbar. Apa yang kerajaan lakukan ialah melaksanakan undang-undang kerana jika buat salah, kerajaan harus mengambil tindakan.

 “Jadi kita tidak perlu takut atau malu di atas tindakan yang dikenakan terhadap akhbar The Edge.," katanya  dalam siang akhbar selepas majlis riang ria Aidilfitri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini hari ini.( Utusan online).Posted by abnmulya / hajai abu bakar ninggal.blogspot.com at 1355 hrs on July 27,2015.

No comments: