SHAH ALAM 22 Ogos – Kerajaan PKR Selangor digesa memberi penjelasan terperinci dan telus berhubung penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) kerana rakyat mahukan kebenaran dan keadilan mengenai isu tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penjelasan itu perlu kerana melibatkan soal prinsip tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan.
Menurutnya, keraguan dan kebimbangan berhubung penubuhan DEIG timbul kerana entiti baharu itu dipertanggungjawabkan menguruskan aset Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bernilai berbilion ringgit tetapi laporan kewangannya tidak boleh diaudit dan cara semak dan imbang ke atasnya tidak diperjelaskan kepada orang ramai.
“Hari ini giliran DEIG, sekiranya ada perkara tidak kena dan memerlukan penjelasan berhubung urus tadbir korporat, mereka perlu jelaskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam,
Datuk Azhari Shaari. ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan hari ini meminta pengamal media terutama media sosial bersikap adil dalam memberikan liputan berhubung isu DEIG sama seperti mereka lakukan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Menurut beliau, seperti mana mereka memberikan tumpuan terhadap isu 1MDB, perkara sama perlu dilakukan media dalam talian terhadap penubuhan DEIG di Selangor.
“Apa bezanya apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kini giliran mereka (kerajaan PKR Selangor) untuk menjawab. Kenapa tumpu kepada kita sahaja,” katanya.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.( Utusan online-).Posted by abnmulya /Hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.a 186 hrs on Ogos 23,2015.
No comments:
Post a Comment