KENAPA ANINA SAADUDDIN UMNO DARI BAHAGIAN LANGKAWI BANYAK SONGEL NI?
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Ogos,`13,2015 @ 9.52 PM.
MENGIKUT amalan demokarasi yang menjadi amalan politik semua parti yang wujud di Malaysia ini?
Anina Saaduddin, perwakilan Umno dari Bahagian Langkawi itu memang boleh melontarkan pandangannya di dalam mesyuarat agung tahunan bahagiannya itu?
Terutama di dalam isu-isu semasa yang telah wujud baru-baru ini di mana Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia baru sahaja telah menggugurkan Muhyiddin dan Shafie Afdal serta beberapa orang lagi menteri dari kabinet pimpinan Najib.
Tindakan Najib itu mengikut analaisa politik orang-orang yang kurang ilmu politiknya? Kononnya salah dan terus marah-marah pada Najib dengan menggunakan kata nesta yang tidak sepatutnya.kasar dan biadap?
Tun Musa Hitam (TPM) yang pertama mengundur diri dari kabinet Mahathir. |
Banyak ahli-ahli politik dan juga anggota Umno dilihat tidak dapat membezakan kedudukan antara kabinet dengan kedudukan pucuk pimpinan DALAM parti Umno itu sendiri?
Di dalam kabinet baik di mana sahaja negara-negara di dunia ini yang mengamalkan sistem demokrasi ?
Setiap Perdana Menteri punya kuasa hak istimewa (Prerogatif power) yang tidak boleh dipersoalkan bersabit dengan tindakannya itu.
Dalam rombakan kabinet Najib baru-baru ini melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan Shafie Afdal dan beberapa orang lagi yang telah digugrkan dari jawatan yang sedang dipegang oleh mereka ketika Datuk Seri Najib melakukan "reshuffle cabinet" rombakan kabinet itu?
Tun Ghafar Baba (TPM) ke-2 mengundurdiri dari kabinet Mahathir dengan penuh rahsia. |
Sebenarnya tindakkan Najib merombak kabinetnya itu?Adalah amalan biasa bersesuaian dengan hak istimewa yang ada pada seseorang Perdana Menteri itu?
Tanya Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu? Berapa kalikah beliau telah membuat rombakan kabinetnya?
Penulis rasa Mahathir tentu tidak lupa? Melayu aje kononya mudah lupa? Mahathir bukan asli Melayu?
Muhyiddin Yasin merupakan Timbalan Presiden Umno dan Shafie Afdal pula merupakan Naib Presiden parti Umno?
Sedikt sebanyaknya mesti ada anggota Umno yang jadi peminatnya atau jadi penyokongya? Ini tidak boleh dinafikan.
Jadi tak menghairankan jika Anina Saaduddin perwakilan dari Bahagian Langkawi yang menjadikan Muhyiddin dan Shafie sebagai idolanya( pemimpin politik pujaannya) bila di dapatinya bahawa pemimpin-pemimpin politik pujaannya telah digugurkan oleh Najib dari kabinetnya? Tentu Naina jadi beremosi.
Sikap semacam itu memang lumrah terjadi pada setiap manusia.Misalnya! Jika bintang filem atau bintang TV atau pun bintang bola sepaknya yang menjadi idolanya pada seseorang itu didapatinya bahawa insan kesayangan yang mereka sangat taksub itu didapatinya telah di apa-apakan?
Secara otomatik selalunya reaksi mereka sangat emosi sifatnya? Tanpa usul periksa? Tanpa sabar peminat yang taksub dan panatik itu secara tiba-tiba akan marah secara membuta tuli.
Dalam rombakan kabinet Najib baru-baru ini yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Syafie Afdal dan beberapa orang lagi yang telah terlibat ketika Datuk Seri Najib melakukan "reshuffle Cabinet" rombakan kabinetnya itu?
Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM) yang ke-3 di dalam kabinet Mahathir.Dipecat dari jawatan TPM dan sekaligus dipecat dari jawatanTimbalan Presiden Umno dan keahlian Umno pada tahun 1998. |
Sekali lagi penulis ulnagi! Tanya Mahathir selam beliau jadi PM selam 22 tahun itu?Berapa kalikah beliau telah membuat rombakkan kabinetnya? Dan berapa orang kah yang telah jadi mangsa tndakannya itu?
Penulis kira Mahathir mesti tak lupa?Yang mudah lupa itu menurut Mahathir ialah Melayu. Sedangkan beliau (Mahathir) bukanlah asli Melayu? Faham-faham aje lah?
Muhyiddin Yassin merupakan Timbalan Presiden parti Umno dan Shafie Afdal pula merupakan Naib Presiden parti Umno yang telah digugurkan dari kabinet Najib?
Kita mesti mengakui bahawa sedikit atau banyak? Mereka ini pasti ada para pengikut dan para penyokongnya.Baik penyhokog yang bersifat taksub dan fanatik atau sekadar pengikut biasa sahaja/
Jadi tak menghairankan jika Anina Saaduddin, perwakilan dari Langkawi itu yang menjadikan kedua-dua pemimpin ini iaitu, Muhyiddin dan Syafie yang diangkatnya sebagai pemimpin politik yang menjadi idolanya (pemimpin politik pujaannya) didaptinya telah digugurkan dari kabinet.
Selaku seorang yang begitu taksub dan fanatik terhad kepimpinan Muyhiddin/Shafie?Tentu mereka marah dan beremosi dan menunggu masa dan tempatnya aje untuk diletupkannya bagi meredakan perasaan geram yang sekian lama dah terpendam dan membara itu?
Sikap semacam itu memang dah lumrah pada setiap manusia. Jika bintang filem atau bintang TV atau bintang boleh sepakanya yang menjadi idola mereka di apa-apakan? Tanpa usul periksa? Peminatnya itu pasti akan marah secara tiba-tiba dan secara membuta tuli pula?
Kerana cinta dan kasihnya terhadap seleberiti yang menjadi pujaan mereka yang tiada tolak bandingnya didapatinya telah diapa-apakan? Mereka semacam bersedia berkorban jiwa dan raganya untuk orang-orng yang begitu ditaksubnya itu?
MISALNYA? Dalam isu politik Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari kabient Najib itu? Bukan Anina aje yang boleh melenting dan dilihat begitu emosi?
Apatah lagi? Jika kedua-dua tokoh itu jadi pohon rendang untuk dia tumpang berteduh di bidang niaga ke atau sebagainya? Jika tak berada-ada? Masihkan tempua bersarang rendah?
Hanya Pak Lah( TPM) Mahathir yang ke-4 yang bernasib baik dapat jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. |
Bahkan orang-orang lain yang menjadikan kedua-dua pemimpin itu sebagai pemimpin politik pujaan mereka jua? Pasti lebih marah lagi berbanding Anina itu?
Tapi mereka ini tak dapat peluang liputan portal dari (Malaysiakini?).
Tapi Anina ini entah kerana usahanya sendiri buat konteks degan Malaysiakini atau pun ada agennya yang berusaha keras mengorbitkan nama dan gambar dan komen-komennya itu?
Lazimnya portal-porat pro-pembankang ini? Jika ada tokoh-tokoh yang tak terkenal pun?Jika dilihatnya kini begitu cendrung menghentam Datuk Seri Najib?
Wah duh..!!..Memang jadi kesukaan bagi portal-portal pro-pembankang ini untuk memberi ruangan yang istimewa diportal-portalnya itu.
Jika boleh? Akan diulang-ulang dan di tambah-tambah lagi cerita-cerita yang menghentam Najib itu? Hingga berlanjutan ke seminggu dua pun lagi baik?
Tan Sri Muhyiddin Yassin,bekas (TPM) yang telah digugurkan oleh Najib baru-baru ini. Jawatan sebagai Tim.Presiden parti Umno masih kekal. |
Kononnya politik Datuk Seri Najib akan bertambah jadi rosak dam merosot?
Deengan wujudnya keadaan politik Malaysia sebegitu rupa? Maka harapan parti-parti pembankang untuk berada di Putrajaya? Kononnya semakin cerah cahayanya?
Tokoh-tokoh yang buat kenyataan politik itu tak penting? Tapi intipati apa yang dia songelkan itu adalah lebih penting bagi pembangkang itu sendiri?
Tetap ada sahaja runganya untuk golongan pengkritik Najib itu? Jangan susah hati? Layanan pasti istimewa.Kurang kuah dilebih-leihkan sudunya pula?
Mahathir paling dibenci oleh portal pembangkang suatu masa dulu? Begitu juga dengan Mahathir itu sendiri? Kini bila dilihatnya Mahathir bertubi-tubi menghentam Najib?
"You are welcome to our portal Tun," tegas mereka itu.
Ketika Anina mempamirkan emosi kemarahannya pada Datuk Seri Najib itu? Di dapati point yang diketengah kepada para perwakilan lain itu? Bukan sahaja tidak betul dan tidak kena pada tempatnya?
Malah Anina dilihat terlalu cetek dan jahil pengetahuannya dalam politik bersabit dengan hak istimewa (prerogatif power) yang telah digunakan oleh Najib,
Sekaligus Anina didapati benar-benar tidak dapat bezakan kedudukan Muhyiddin/Shafie di dalam parti Umno? Berbanding dengan kedudukan Muhyiddin dan Shafie di dalam kabinet pimpinan Datuk Seri Najib itu sendiri?
Datuk Seri Shafie Afdal telah digugurkan sebagai menteri oleh Najib baru-baru ini. Jawatan Naib Presiden parti Umno masih kekal. |
Najib menggugurkan Muhyiddin dan Shafie itu atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang punya hak"prerogatif power" yang ada di tangannya yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun hatta Mahathir yang dilihat begitu benci pada Najib?
Kerana Mahahtir semasa berada di kemuncak kuasa di Malaysia selama 22 tahun dulu it? Lebih banyak Timbaln Perdana Menterinya yang mengundur diri.
Dari satu jadi dua dan dari dua dah jadi tiga.Nasib baik tak jadi empat? Anwar Ibrahim tidak mengundurkan diri? Tetapi dipecat oleh Mahathir Mohamad?
TETAPI DI DALAM PARTI UMNO? KEDUDUKAN MUHYIDDIN DAN SHAFIE ITU LANGSUNG TIDAK TERUSIK HAKNYA TIDAK TERJEJAS?
JADI mana ada kebenarnya dan mana ada logiknya kata-kata Anina yang menyatakan tanpa Muhyiddin dan Shafie maka terbanglah parti Umno dengan sebelah sayap aje?
Kenapa Anina begitu tega bermadah dengan mengatakan Umno kini terbang dengan sebelah sayap aje?
Tengku Razaleigh Hamzah,ahli parlimen Umno Gua Musang sentiasa bekerja untuk parti Umno di kawasannya itu dan juga di lain-lain tempat. |
Najib dan MT hingga ke hari ini ? Tak ada pecat Muhyiddin dan Shafie dari parti Umno? Malah kedudukn mereka berdua ini di dalam MT Umno masih kekal dan utuh?
Najib tidak buat macam Mahathir Mohamad buat? Pecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada petang hari?
Pada malamnya pula? Panggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi umno ( MT) mengambil keputusan bersetuju pecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Presiden Umno dan sekaligus pecat juga Anwar dari ahli Umno.
Najib tidak buat sezalim semacam Mahathir buat pada TPM-nya Anwar Ibrahim? Dia gugurkan Muhyiddin dan Shafie hanya dari jawatan menteri kabinet yang beliau ada (Hak Istimewa?).
Najib didapti lebih releven lagi, lebih teliti menjaga maruah politik seseorang itu berbanding dengan Mahathir? Pecat dari jawatan TPM dan sekaligus pecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Presiden Umno dan dari keahlian Umno?
Nampak sangat yang Mahathir itu takut sangat pada Anwar Ibrahim akan menjatuhak beliau dari kerusi empuk Perdana Menteri itu?
Tak tahukah Anina bahawa tregedi malang dan sedih itu telah terjadi dan telah ditimpakan ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu?
Jika Muhyiddin dan Shafie dipecat dari parti Umno? Barulah benar dan tepat jika Anina bermadah bahawa kapal terbang Umno itu terbang dengan satu sayapnya?
Tak tahukah Anina bahawa di dalam parti Umno? Bahawa jawatan-jawatan yang sedang disandang oleh tokoh-tokoh politik Umno di perengkat pucuk pimpinan tertinggi pada masa ini?
Masih di pegang oleh tokoh-tokoh Umno yang telah dipilih beberap tahun dulu itu hingga ke hari ini? Tetap dalam barisan yang sama?Tak berubah-ubah? Hanya di dalam kabinet Datuk Seri Najib aje yang telah berubah akibat dirombak?
Muhyhiddin /Shafie dan beberapa orang lagi menteri kabinet yang dah tiada dan dah digantikan dengan muka baru dan juga tokoh-tokoh muka lama.
Dari jawatan Presiden hingga ke jawatan pemeriksa kita-kiranya masih dipegang oleh AJK yang dipilih pada Perhimpunan Agung Umno,pada tahun pemiliahan pucuk pimpinan Umno beberapa tahun yang lalu.Masih valid lagi?
Datuk Seri Dr.Rais Yatim walaupun kini tidak berada di dalam kabinet/ Beliau tetap menyokong Umno dn beliau sering memberi buah fikiran yang bernasa untuk parti Umno |
Kesemua AJK itu? Adalah hasil dari pemilihan oleh Mesyuarat agung tahunan Umno (tahun pemilhan) pucuk pimpinan Umno di tahun pemilihan Umno yang lalu itu masih kekal dan tetap berfungsi?
Oleh itu dengan cara percuma (free of charge) sudi penulis nasihatkan pada Anina! .Jika kail panjang sejengkal? Lautan dalam jangan diduga?
Dikhuatiri? Jika Anina terkail jerung besar?Anina akan disentap oleh jerung itu lantas jatuh ke dasar lautan dalam yang biru airnya? Dan suhu airnya pula sunggh sejuk pula?
Lain kali jika Anina begitu berminat untuk mengkritik atau berdiskusi di dalam sesuatu majlis yang besar semacam di majlis Persidangan Agung tahunan Umno di bahagian Langkawi itu?
Seelok-eloknya buatlah research lebih awal untuk menyedikan nota-nota bersabit dengan topik yang akan Anina hendak canang-canangkan itu berserta dengan fakta-fakta yang sahih dan benar?
Jangna jadi semacam (WSJ) Wala Stret Journal dan Sarwak Report begitu tega membuat laporan berita yag tak sahih kebenarannya?
Atau PUN bertanya-tanyakan pada orang-orang yang lebih arif dari Anina? Dengan buat begitu? Maka kejahilan Anina dalam isu yang Anina pertikaikan itu tak akan memalukan diri Anin sendiri?
Kini siapa yang dapat malu? Melakukan tembakkan pada Najib tanpa peluru.Buat kerja bodoh dan sia-sia aje.
Jika dilihanya Mahathir menghentam Najib? Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilhat segera membela Najib berdsasarkan fakta yang yidak boleh dinafikan oleh Mahathir. |
KEDUDUKAN MUHYIDDIN/SHAFIE AFADAL
DALAM PARTI UMNO TIDAK TERJEJAS?
Kedudukan Muhyiddin dan Shafie dalam parti Umno itu sendiri langsung Datuk Seri Najib tak sentuh?
Malah Najib sendiri melarang anggota Umno menyentuh kedudukkan Muhyiddin dan Shafie yang bersangkutan dengan parti Umno.
Terpulanglah pada Muhyiddin dan Shafie Afdal untuk terus bekerja demi kekuatan Umno itu sendiri. Jika disebabkan telah digugurkan dari jawatan menteri dalam kabinet Najib?.
Maka Muhyiddin dan Shafie rasa tawar hati dan tidak berhasrat untuk menumpukan tenaga dan fikiran mereka terhadap survival parti Umno?
Dengan kata lain? Tanpa jawatan menteri langsung tak mahu bekerja untuk parti Umno?
MAKA pasti Muhyiddin dan Shafie akan dilablekan oleh rakyat sebagai tokoh politik yang "opportunist?".
Ditakuti sekaligus semua anggota Umno yang berjumlah sebanyak 3 juta yang berselerak di seluruh Malaysia itu? Pasti akan menuduh Muhyiddin dan Shafie sebagai seorang pejuang politik yang hanya mengambil kesempatan dan mementingkan jawatan menteri aje?
Secara tangkas Tan Sri Anwar Musa walaupun tidak berada di dalam kabinet dah lama dah? Tetapi tetap membela Najib ketika Najib dihentam oleh Mahathir. |
Sebagai contohnya.Tun Musa Hitam,Tun Abdullah Ahmad Badawi.Datuk Seri Rais Yatim,Anwar Musa,Shahrir Samad dan lain-lainnya?
Walupun mereka kini dah tak lagi jadi menteri dalam kabinet Najib? Tetapi demi sayangnya pada Umno? Mereka didapati terus mengabdi diri mereka demi kelangsungan kehidupan Umno itu sendiri.
Sikap Datuk Seri Dr.Rais Yatim dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad inilah harus dijadikan contoh tauladan yang sangat baik demi survival parti Umno itu sendiri.
Jangan ikut cara berfikir Mahathir Mohamad? Pembawaan politik Mahathir itu anih?Dilihat jau berlainan daripada tokoh-tokoh politik Umno yang lain yang telah bersara?
Hanya Tun Ghafar Baba sahaja dah menjadi Allah Yarham. Yang lain-lain masih hidup dan ada gambar-gambar mereka penulis paparkan di rungan ini untuk tatapan kita bersama.
Mahathir mantan PM Malaysia? Disebabkan kemahuan dan kepentingan peribadinya yang melampau itu tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Seri Najib?
Maka beliau berusaha mengwujudkan macam-macam masalah yang tak berhujung pangkal terhadap Najib sematap-mata mahu Najib berundur?
Disebabkan kurang faham oleh setengah-tengah anggota-anggota Umno tentng perlembagan parti Umno?
Maka mereka sering dilihat tidak dapat membezakan antara hak mereka yang ada di dalam parti dengan hak mereka yang ada di dalam kabinet pimpinan Najib?
Kedudukan semacam inilah boleh dikatakan banyak tidak difahami oleh anggota-anggota Umno itu sendiri?
Itulah susahnya pada anggota Umno ini? Ada juga yang dilihat masih banggang cara berfikirnya?
Saya pinjaman kata-kata Datuk Ismail Kamus,bekas ADUN PAS di Gombak Setia, Gombak, yang di dapati sering gunakan perkataan banggang ini di dalam beberapa ceramah agamanya yang berunsur jenaka agar para jemaah jangan tidur?
Ada orang-orang Umno ini didapati dah jadi ahli Umno dah lama dah? Ada di antarnya dah jadi ahli parti Umno usianya hampir nak sama dengan usia patri Umno itu sendri?
Tapi Malangnya? Entah kenapakah? Ilmu pengetahuan mereka tentang perlembagaan Umno dilihat masih banyak yang dilihat tidak begitu arif?
Orang-orang yang jenis macam inilah? Jika ada orang-orang yang jadi jahat,suka jadi golongan " batu api"? Yang suka guna jarum cucuk-mencucuk macam perangai Kitol untuk pecah belahkan Umno dan Melayu?Terutama diketika isu 1MDB ini sedang hebat diperkatakan?
Maka itulah sebabnya dengan cepat aje parti Umno boleh jadi caca marba. Yang tak faham ini main ikut-ikut aje? Bila dilihatnya seseorang itu puji Muhyiddin/Shafie/Mahathir? Maka dia pun turut ikut puji ?
Baru-baru ini ketika berucap sebagai perwakilan Umno Bahagian Langkawi. Anina Saaduddin diliaht menghemtam Datuk Seri Najib di dapati sedikit emosi. |
Mereka ini macam lalang jadi terliuh ke kanan dan ke kiri, mengikut tiupan angin? Tak ada langsung sifat jatidiri sendiri?
Pengikut yang kurang arif semacam inilah dalam jangka masa yang singakt akan jadi semakin ramai jadi penyokong-penyokong golongan "batu api" itu jika ada minyak pelicinnya pula?
Wah duh !!! Pucuk dicita ulam pula yang mendatang? Buat apa tunggu lama-lama nanti dikebas orang.? Dah ada peluanag ni? Sebat aje lah .rezeki jangan ditolak?
KEDUDUKAN MUHYIDDIN DAN SHAFIE DALAM PARTI UMNO MASIH VALID.
Muhyiddin dan Shafie masih boleh merasamikan mesyuarat agung tahunan Umno di mana-mana aje. JIKA ada bahagian-bahagian Umno yang menjemputnya? Jika ada bahagian yang membatalkannya?
Itu bukan tanggung jawab Najib dan MT? Hal itu adalah merupakan tanggung jawab bahagian masing-masing yang ada hak istimewa untuk buat keputusan sendiri-sendiri?
Apatah lagi dalam isu yang besar yang melibatkan isu Muhyiddin dan Shafie yang telah digugurkan oleh Najib dari kabinet itu? Yang tak faham kenapa Najib bertindak begitu?Maka semua cepat-cepat marah pada Najib.
Mereka tak pernah mahu tahu dan bertanya kenapa Najib telah gugurkan Muhyiddin dan Shafie dan beberapa orang lagi menteri dari kabinetnya? Tindakkan Najib itu? Mesti ada sebabnya.
Datuk Hasan Malik diantara menteri yang turut digugurkan oleh Najib baru-baru ini. Pun begitu? Beliau dilihat ak banyak songel? |
Macam hidup dan mati seseorang itu?Jika belum tiba ajalnya? Maka tak matilah seseorang itu? Jika dah tiba ajalnya?
Sesaat pun tak boleh awalkan dan sesaat pun tak boleh ditangguhkan lagi?.Itu semua kerja ghaib dari Allah SWT Yang Maha Berkuasa?
DI INDONESIA HARI INI PRESIEN JOKOWI ROMBAK KABINETNYA.
Hari ini (13/08?2015) diberitakan melalui portal internet bahawa Presiden Jokowi, di Indonesi ada membuat rombakan kabinet-nya?
Mesti ada sebab-sebab tertentu kenapa Jokowi berbuat demikian? Justeru tidak bermakna kapal terbang yang Jokowi jadi ketua pilotnya itu dilihat sedang terbang dengan sebelah sayap?
Lain kali Anina! Sebagai ahli Umno dan sebagai perwakilan Umno di Langkawi? Anina memang boleh marah pada sesiapa aje?
Pada suamimu,anak-anakmu dan kawan karibmu atau pada para pemimpina parti kamu dan sebagainya.dengan satu syarat.
Syaratnya ialah, segala yang anda hendak dakwa dn buat kritik itu? Hendaklah dibuat cara berhemah,sopan dan berbudi bahasa?
Satu lagi hakikat perlu Anina ingat betul-betul bahawa apa yang hendak kita tegur dan krttik itu mestilah Anina sediakan bukti-bukti yang sangat positif?
Segala kritik itu biarlah lengkap dengan butir-butir kebenaranya akibat dari tuduhan anda itu? Jangan sebarangan? Membahayakan/ Anina boleh di daman jika melemparkan tuduhan yang palsu?
Makan boleh sebarang makan? Tetapi ketika bercakap Anina mesti berhati-hati?
Segala perkatan yang telah Anina hamburkan dan telah keluar dari mulut Anina itu? Hakikatnya ia buksn lagi hak Anina
bukan lagi hak Anina?
Kemudiannya Anina b ercadang untuk tarik-tarik semula?Perkataan-perkatan yang terpacul dari mulut itu dah pun keluar dan terbang ke udara sekaligus dah menjadi hak orang-orang lain khusnya unuk orang yang Anina keji-meji itu?
Tindakan serupa itu pasti akan memakan diri anda sendiri.Anda masih mentah dalam dunia politik? Dunia politik ini skopnya terlalu luas? Tendang terajangnya dan resikonya pula kuat sekali kesannya dan membahayakan jika tidk hai berpolitik?
Justeru itu jangan biarkan diri anda digunakan oleh orang lain? Yang ada agenda atau blue print sendiri?Jika salah anda membuat analisa kenapa orang-orang itu tiba-tiba baik pada anda?
Anina pasti akan masuk ke dalam perangkapnya untuk dijadikannya Anina sebagai batu luncatan? Sebagai tongkat untuk menyeberang jambatan buruk yang mana keselamatanya belum pasti jika digunakan/
Sacara tiba-tiba suruh anda kata ini dan kata itu? Sedangkan anda tak sedar orang itu sebenarnya, "jarinya lurus? Tetapi kelengkengnya berkait-kait dan berduri-duri?".Ujung-ujungnya?
Anina juga yang jadi korban agenda depa yang jahat itu tanpa Anina sedari.Berhati-hati Anina! (Poste bya abnmulya / Hj.Bakar Ninggal.blogspot.com at 2152 hrs on Ogos 13,2015.
No comments:
Post a Comment