Sunday, August 9, 2015

LEBIH RAMAI INDIVIDU,PEGAWAI DIPANGGIL

Tan Sri Khalid Abu Bakar
10 Ogos 2015 1:32 AM

PULAU PINANG 9 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lebih ramai individu termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipanggil bagi membantu siasatan kes kebocoran maklumat yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Khalid berkata, langkah ber- kenaan merupakan amalan biasa dalam siasatan polis dan beliau menafikan pihaknya hanya menyasarkan anggota SPRM dengan melakukan penahanan fizikal.

Menurutnya, pihaknya hanya menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara dan tidak berniat untuk mengganggu SPRM yang juga mempunyai bidang tugas, malah polis sedia membantu institusi berkenaan.

“Polis memandang serius kebocoran maklumat palsu seperti yang disiarkan portal berita Sarawak Report baru-baru ini.

“Pada masa sama, semua pihak sedia maklum dalam tempoh seminggu ini berlaku apa yang dikatakan krisis membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan SPRM namun saya tegaskan itu hanya andaian sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis makan malam Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini malam tadi. Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan berikutan timbulnya pelbagai spekulasi awam.

“Saya perlu memberi penjelasan kepada anggota PDRM dan masyarakat tentang perkara ini. Kebocoran maklumat merupakan perkara serius yang boleh menggugat kestabilan negara serta kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, pihaknya akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan perkara tersebut merupakan tindakan susulan selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita ber­kenaan baru-baru ini.( Utusan online).Posted by abnmulya / Hj.Bakar Ninggal.blogspot.com.at  12.20 noon on Ogos 10,2015.

No comments: