Datuk Seri Najib Tun Razak |
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Ogos 20,2015 @ 2.20am.
Sejak Tuan Ibrahim Tuan Man telah di pilih oleh Muktamar Pas pada bulan June 2015 dulu itu sebagai Timbalan Presiden Pas didapati banyak kenyataan politiknya bertentangan sama sekali dengan kenyataan politik yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden Pas dan juga kenyataan politik yang telah dikeluarkan oleh Mursidul Am Pas,Datuk Dr.Haron Din/?
Dari apa yang Tuan Ibrahim Tuan Man cakapkan? Tak ubah seperti yang telah dicakapkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas Mat Sabu, sebelum Muktamar Pas yang didapati sering semacam mahu mengatasi kenyataan-kenyataan politik yang telah dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Contohnya! Jika Abdul Hadi didapati ada menyatakan bahawa beliau tidak menyokong Pakatan Rakyat dalam isu tertentu? Maka Mat Sabu akan kata itu dan ini adalah kononnya kenyataan Abdul Hadi Awang atas kapasiti peribadi Hadi Awang sendiri,bukan atas nama parti Pas.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
Kalah teruk menonggeng. Sejauh yang penulis ikuti respon Haji Hadi Awang bersabit dengan sikap Mat Sabu itu? Penulis dapati semacam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semcam tetap bersabar dan dilihat tak pernah menjawab balik dakwaan Mat Sabu itu bersabit dengan semua kenyataan politik yang telah dibuat Mat oleh Sabu itu boleh ditafsirkan sebagai menentangnya?
Tuan Guru Haji Abdu Hadi tetap berdiam diri dan tak buka mulut. Bukannya dengan cara menjawab dengan cara berpolimik cra terang-terangan di portal-portal media sosial pro-pembangkang yang sering digunakan oleh Mat Sabu dan sekaligusportal-portal pro-pembangkang didapti memang sering memberi ruangn yang luas pada Mat Sabu di portal-portal media sosial mereka.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
ISU UNDI TAK PERCAYA PADA NAJIB DI PARLIMEN?
Dalam isu politik yang telah diletupkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang baru dan merangkap Menteri Dalam Negeri Malaysia,YB.Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, lebih kurang 4 atau 5 hari yang lalu?
Beliau ada mendedahkan bahawa ada seorang tokoh besar ahli politik Umno, didakwa ada bekerjasama dengan pihak pembangkang nak menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen dengan cara memungut tanda tangan MP-MP itu untuk diisikan diborang (SD) Akuan bersumpah.
Akuan bersumpah (SD) menyokong tindakan "mengundi tidak percaya" terhadap Datuk Seri Najib?
Cara ini? Sama aje dengan cara Anwar Ibrahim dari PKR mendapatkan sokongan dari (02) orang ADUN parti PAS dengan menggunakan dokumen (SD) " Akuan Bersumapah" yang mengatakan bahawa ADUN Pas Hulu Kelang,YB Shaarti Sungip (Pak Abu) dan juga YB.Badruddin ADUN Pas dari Morib,didakwa menyokong PKR dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang baru mengantikan Tan Seri Khalid Ibrahim?..
Cara PKR mencuri (02) ADUN dari Pas ini sangat mengjengkel dan sangat tidak dapat diterima oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sebilangan besar oleh Pucuk Pimpinan parti Pas Pusat?.
]
Ertinya PKR didakwa telah tikam parti Pas dari belakang. Bertitik tolak dari tragedi itulah yang menjadikan satu-satunya punca yang paling besar kenapa terjadinya perpecahan di dalam gabungan parti-parti Pakatan Rakyat hingga kini?
Putus sudah tali ikatan yang tidak mungkin akan disambung-sambung lagi nampaknya? Walau pun luka itu telah hilang tetapi parutnya tetap kekal tinggal buat selama-lamanya. Inilah juga puncanya kumpulan 18 yang dilablekan oleh Pas jadi alat DAP dihukum oleh para perwakilan Pas di Muktamar PAS bulan June 2015.
Mereka dihukum oleh Pas dengan hukuman yang berat?.Mereka kalah menonggeng seramai 18 orang di dalam rebutan kuasa untuk terus memegang jawatan kuasa (AJK) Pas Pusat?
ISU NAK TUMBANKAN NAJIB?
Dauk Tuan Ibrahm Tuan Man |
Dalam isu ada kumpulan nak tumbagkan Najib melalui "pintu belakang" yang sedang hangat diperkatakan dalam 4 atau 5 harti ini?
Presiden Pas,YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah pun membuat kenyataan politik yang ada menegaskan bahawa PAS tidak akan menyokong gerakan nak tumbangbkan Najib melalui "pintu belakag?"
Pas hanya percaya pada perlawanan mengikut demokrasi yang menjadi amalan Malaysia selam 58 tahun dah. Pas hanya menerima bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalau Pilihan Raya Umum yang sah.
Kalah menang Pas di dalam sesuatu pilihan Raya Umum? Itu adalah ketentuan dari Allah SWT. Pas redha menerima apa aje keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum?
TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN MUSTAFA ALI BERSETUJU DATUK SERI NAJIB DIGULINGKAN?
Top-top pada pagi ini iaitu, pada tarikh 19/08/2015 menerusi portal The Malaysian Insider bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali,didapati telah mengeluarkan kenyataan politik bahawa Pas akan menyokong jika ada undi tak percaya terhadap Najib diusulkan di dalam Parlimen?
Sebelah petangnya pula? Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, melalui portal media sosial The Malaysian Insider dan di portal Malaysiakini,didapati ada juga membuat kenyataan politik bahawa Pas akan menyokong jika ada kumpulan yang mengusulkan undi tidak percaya ke atas Najib di dalam Parlimen?
Dengan itu? Bererti dah ada dua tokoh tertinggi pemimpin Pas pusat secara terus terang telah (supersede) menggantikan kenyataan awal Presiden Pas yang menyatakan bahawa Pas dengan tegas tidak akan menyokong jika ada gerakan memajukan "undi tak percaya" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib di parlimen?
Yang dimuskilkan bahawa kenyataan politik dari dua tokoh Pas ini? Adakah ia merupakan mandat dari pucuk pimpinan Pas itu sendiri yang telah mengambil satu keputusan yang baru?
Atau atas kapisiti mereka berdua secara peribadi dan bukan atas nama parti Pas? Kenyataan mereka berdua ini bertentangan sekali dengan kenyataan Presiden Parti Pas yang telah dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Datuk Mustafa Ali |
Ia merupakan bahawa mereka berdua ini semacam langsung tidak menghormati Presiden parti Pas dan Mursyidul Am Pas mereka sendiri? Sungguh dikesalkan.Sireh dah nai ke junjungnya?
Tindakan mereka ini dilihat sangat songsang jadinya? Memalukan Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas itu sendiri?
Justeru penulis mengharapkan Presiden dan Mursyidul Am yang sangat dihormati orang-orang Pas dan juga oleh orang-orang Umno, harus cepat menjernihkan awan-awan kelabu yang sedang menyelubungi Pas dalam isu ada kumpulan yang hendak menggulingkan Datuk Seri Najib melalui pintu belakang?
Kalau penulis tidak salah dan silap? Bahawa kedua-dua mereka ini? Ahli parlimen (MP) pun bukan ATAU sebagai ahli ADUN pun bukan?
Tuan Ibrahim Tuan Man hanya sebagai Tim.Presiden Pas yang harus merujuk kepada Presiden Parti Pas segala sesuatu yang bersabit dengan kepentingan parti Pas yang dasarnya sangat penting? Dan setiap kenyataan politik yang hendak beliau buat kepada portal-portal media sosial atas nama parti Pas?
Apatah lagi jika kenyataan politik yang hendak dibuat oleh Tim.Peresiden itu didapati bertetangan dengan apa yang telah presiden Pas dah tegaskan lebih awal lagi di media masa.
Ertinya mesti ada mandat atau pun persetujuan dari presiden parti jika hendak buat kenyataan politik di mana dah pun dibuat oleh Presiden atau pun Mujrsyidul Am itu sendiri? Jangan ada parti di dalam parti Pas?
Dengan kata lain? Tim.Presiden atauj sesiapa sahaja kecuali Mursyidul Am Pas. Mengikut disiplin parat Pas.Tak boleh sesuka hati buat kenyataan politik yang cukup penting tanpa pengetahuan Presiden atau pun dari Mursyidul Am Pas? Begitu juga dengan Datuk Mustafa Ali.Beliau hanya Pengarah Pilihan Raya Pas yang baru aje? ( Posted by abnmulya /Hj.Abu Bakar Ningal.blogspot.com at 2.20 am on Ogoas 20,2015).
No comments:
Post a Comment