ABDUL HADI AWANG

Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu sebelum ini telah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Pas Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud di ne­geri berkenaan.
Persetujuan itu, katanya, telah ditandatangani oleh beliau sendiri bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP. Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.
“Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya sign. Datuk Seri Anwar sign. Lepas itu Lim Kit Siang pun sign surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.
“Tiba-tiba sampai masa kemun­cak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari pakatan pembangkang. (Kita) kata keluarlah, keluar. Kita tegas dengan pandangan kita,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian seperti yang dipetik menerusi gambar yang dimuat naik Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim di laman Facebook beliau.
Sementara itu, Iszuree yang dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang pada September 2014 berkata, inilah wajah sebenar DAP yang menentang dakwah Islam termasuk di Sarawak.
“Mereka (DAP) menentang dengan memecat wakil Ahli Majlis Pas dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab kami menentang kedai judi siber, menentang kelulusan lesen kedai-kedai hiburan, disko yang berleluasa di Pulau Pinang, menentang kelulusan kedai-kedai hiburan permainan ala judi.
“Alasan mereka ialah ia menjejaskan pengundi mereka yang me­rupakan ‘tauke-tauke’ untuk cari makan. Apakah kesannya kepada masalah sosial masyarakat di Pulau Pinang ?”.
“Inilah antara punca konflik. Bila Islam ditentang, insya-Allah kami tiada berundur, kecuali mereka yang pengkhianat kepada gerakan Islam,” katanya.( UTUSAN ONLLINE).POSTED BY ABNMULYA  // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 1.42 AM ON NOVEMEBR 13,2015.