ANNUAR MUSA

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, DAP bagaimanapun tidak mungkin menguasai negara ini kerana rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan Islam mula memiliki kesedaran mengenai dasar sebenar DAP dan apa yang telah dilakukannya.

“(DAP) inilah satu-satunya parti yang boleh memecahkan kekuatan Pas, tercatat dalam sejarah, saya ‘tabik’ DAP kerana dapat menarik orang Pas untuk menjadi tali barut mereka, malah barangkali dalam Pas sekarang ini pun masih ada lagi yang berada dalam keraguan.

“Bagaimanapun, rakyat di luar sana sedang memerhati, sama ada DAP benar-benar dapat mengendalikan urusan kebajikan rakyat dan kestabilan politik negara,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Annuar, beliau merakamkan penghargaan terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) yang juga Presiden Pas di atas kesediaan parti itu bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan mentadbir negara demi kepentingan rakyat.

Jelasnya, beliau yakin Pas telah mengenali wajah sebenar DAP selepas berpengalaman berada dalam pakatan pembangkang sebelum ini dan diperlekehkan berulang kali oleh DAP.

“Mereka ini tidak faham, kekuatan pakatan datang dari Pas, kekuatan PKR dari Pas, siapalah DAP kalau tiada Pas di belakang, sekarang ini, DAP tidak boleh dabik dada lagi, tunggulah pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar menempelak tindakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mencabar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat mengenai isu 1MDB walaupun perkara berkenaan akan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
]
“Saya rasa Tony Pua tidak faham apa peranannya sebagai Ahli Parlimen (Petaling Jaya Utara) dan apa peranannya sebagai Ahli PAC yang terikat dengan peraturan.

“Tetapi dia masih hendak cari publisiti demi kepentingan politik dengan mencabar pegawai luar sana sedangkan kedudukannya sebagai Ahli PAC adalah cukup istimewa kerana dia orang yang pertama mendengar penjelasan, apakah beliau masih mahu adakan perdebatan?,” katanya.

Menurut Annuar, sekiranya pakatan pembangkang benar-benar yakin isu 1MDB dapat menjatuhkan kerajaan BN, individu yang sepatutnya berdebat bukannya Tony sebaliknya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.(Utusan online).posted bya bnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1609 on November  04,2015.