Saturday, November 28, 2015

Mat Sabu Dan Parti Amanah Tak Usah Berangan-Angan Tinggi Sangat

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden parti PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti Aamnah yang mana telah melukai hati para pemim pin parti PAS secara terang-terangan.



Oleh haji abu bakar ninggal
Isnin, November 30,2015@ 1.10 am

Mat Sabu dalam kenyataan politiknya pada hari ini melalui portal media sosial Malaysiakini, bertarikh 29/10/2015 pada jam 11.44 pagi,minta jangan ada diantara para pemimpin parti Aamanah atau dari parti-parti Pakatan Harapan itu sendiri yang cuba nak beri talian hayat pada parti Umno?

Itu adalah hak Mat Sabu nak buat sebarang seruan pada para pemimpin parti Aamanah ataupun pada para pemimpin Pakatan Harapan.  Mat Sabu yang kini sedang menjawat jawatan Presiden parti Amanah,dilihat semacam tidak mahu menerima nasib buruk yang akan menimpa ke atas dirinya sebagai balasan dari Allah atas perbuatan beliau itu sendiri ketika beliau berada di dalam parti Pas selaku Timbalan Peresiden Pas..

Ketika beliau jadi Timbalan Presiden Pas dulu? Kita dapat lihat bahawa beliau merasa semacam telah jadi begitu kuat dan punya pengaruh politik kuat di dalam parti PAS kononya boleh mencabar dasar-dasar dan pendapat dan kenyataan politik Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mat Sabu ketika beliaua masih jadi Timbalan Presiden parti PAS,dari masa ke masa,terutama ketika hampir tiba Muktamaar Pas pada Jun 2015.Beliau dilihat jadi semakin besar kepala di dalam PAS apabila dilihatnya Hadi Awang tak pernah buat teguran atas sikap dan segala pendapatnya yang bercanggah dengan Hadi Awang.

Mat Sabu dilihat semacam beranggapan kononnya Hadi Awang takut pada beliau dan kononnya lebih bijaksana dari Hadi Awang  itu sendiri?.

Datin Dr.Wan Azizah  Wan Ismail,
Presiden parti PKR
Justeru itu Mat Sabu sanggup jadi juru bicara DAP menentang Hadi Awang dan para pemimpin tertinggi Pas yang lain di dalam PAS.

Mat Sabu dan koncon-konconya sama sekali tidak menyangka bahawa Hadi Awang dan para pemimpin tertinggi yang lain di dalam PAS sebenarnya terus menyimpan "lemak" dan sikap kurang ajarnya yang melampau pada Presiden PAS dan juga pada para pemimpin tertinggi PAS yang lain dari golongan ulama yang terus diperkecil-kecilkan.

Datuk Seri Hadi Awang dan para pemimpin pucuk pemimpin Pas yang lain yang bijaksana itu tetap menahan sabar tanpa respon atas segala komen-komen  yang berupa cemuhan terhadap golongan ulama di dalam PAS.oleh Mat Sabu dan konco-konconya itu

Rupa-rupanya pucuk tertinggi PAS dari golongn ulama itu secara diam-diam telah menyusun strategi mereka dengan rapi dan hanya akan bertindak keras bila tiba masa yang sesuai terhadap onar dan sikap yang bersifat kontra(bertentangan) dan kecelupuran mulut Mat Sabu dan konco-konconya menghentam Presiden Pas di media sosial yang pro-pembangkang.

Kenapa pucuk pemimpin PAS meluat melihata sikap politik Mat Sabu dan konco-konconya itu? Disebabkan Presiden paarti PAS dan majoriti anggota Pas seluruh Malaysia itu sendiri didapati tak bersetuju dengan dasar DAP di mana dilihatnya cuba nak kontrol parti Pas agar ikut telunjuk DAP.

Sementara Mat Sabu dan konco-konconya pula? Secara terang-terangan dilihat semacam bersetuju dengan taktik DAP itu dan Mat Sabu pula selalu buat komen politik di media sosial.Sikap dan perbuatan Mat Sabu itu? Dilihat bertentangan dengan nada komen-komen yang dibuat oleh Hadi Awang di media sosial dan juga di media arus perdana tempatan.

Mat Sabu,Presiden Parti Amanah
Strategi politik pihak ulama itu terus disusun dengan rapi tanpa disedari oleh Mat Sabu dan konco-konconya itu.

Mereka semacam tidak menyangka "buah cempedak akan jadi buah nangka"tak berapa lama lagi?.Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa mereka semua akan diberi satu pengajaran politik yang keras pukulannya.Jika di arena tinju disebut pukulan T.K.O.

Pada Muktamar PAS pada bulan June 2015 itu. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan bahawa Mat Sabu dan konco-konconya yang  tidak sehaluan dengan dasar parti PAS dan juga dengan dasar politik Presidennya Datuk Seri Hadi Awang?

Jelas didapati telah ditumpaskan dengan cara yang sangat teruk dan aib sekali.Mereka ditolak dari barisan AJK PAS pusat secara "setandan pisang". Jatuh berdebab sebagai setandan pisang dan tersungkur. Dari segi politik? Bahwa kekalahan itu bolehlah disebut dengan cara yang amat memalukan Mat Sabu dan konco2nya..

Tak pernah terjadi di dalam sejarah parti PAS itu sendiri.Seramai sebanyak 18 orang tokoh AJK pusat PAS kecundang untuk mempertahankan kerusi masing-masing. pada Muktamar Parti PAS pada June 2015 itu.

Ini menunjukkan para pemimpin dari golongan ualam di dalam PAS itu punya strategi politik untuk mengalahkan musuh-musuh politiknya dengan begitu hebat?

Akibat dari kekalahan itu? Mat Sabu dan konco-konconya tubuhkan satu parti baru.Kini Mat Sabu dah jadi Presiden parti baru yang bernama parti Amanah.Untuk mengelakan jika ada ada diantara tokoh-tokoh politik di dalam Amanah itu akan menentangnya( Mat Sabu) disebabkan tidak sependapat dengannya?

Maka itulah sebabnya awal-awal lagi Mat Sabu cepat-cepat beri amaran pada para pemimpin Amanah dan juga pada para pemimpin di dalam Pakatan Harapan itu sendiri AGAR tetap bersatu padu dan tidak akan memberi "tali hayat" pada Umno pada PRU yang akan datang.

Ertinya Umno/BN harus ditumpaskan pada PRU yang akan datang agar membolehkan (Pakatan Harapan" kononnya boleh berada di Putrajaya setelah Pakatan Rakyat kepunan dengan cita2-cita dan harapannya itu.
Guan Eng ,Setiausaha Agong DAP
yang belum disahkan oleh ROS

Cara Mat Sabu beri amaran itu? Ternyata bahawa beliau ada rasa takut untuk digulingkan? Sekaligus beliau boleh dikatakan  tak begitu faham dengan politik dan berpolitik?

Tidakkah Mat Sabu itu sedar bahawa yang ada kuasa beri (tali hayat) atau pun putuskan ( tali hayat) itu pada Umno itu? Bukannya parti Aamanah atau pun parti-parti dari Pakatan Harapan?

Yang ampunya kuasa yang mutlaq?Adalah kuasa dari Allah SWT dan juga terletak ditangan para "pengundi" rakyat Malaysia yang mana Aallah SWT  telah memberi tauFik dan hidayahnya?

Merekalah ( rakyat) yang akan turun mengundi di hari pengundian untuk memilih tokoh-tokoh politik dari parti-parti yang telah dilihat oleh rakyat punya banyak pengalaman

Punya pangalaman dari segi politik,ekonomi,sosial rakyat dan sekaligus ada pengalaman memerintah negara Malaysia sebagai kerajaan pusat? Satu-satunya parti yang punya pengalaman? Tak lain dan tak bukan ialah Umno,Umno, Umno/BN.

Parti lain itu zero..hanya pandai cakap berdegar-degar .Jika ada pengalama mentadbir? Hanya diperengkat negeri aje.Fungsi memerintah negeri itu tak sama dengan fungisnya memerintah jadi kerajaan pusat.. Parti Amanah itu sendiri?  Mana ada tokoh-tokoh pemimpinnya yang menonjol?

Yang ada hanya  tokoh-tokoh politik serpihan dari parti PAS bukanlah jadi parti pilihan utama rakyat Malaysia.Jika di di dalam PAS dah jadi serpihan? Apa yang nak diharapkan abiliti-nya ( kenolehannya)?

Berpolitik itu memang senang,main putar belit lidah aje.Rakyat boleh ditipu dengan janji-janji kosong
? Tetapi bila dah jadi pentadbir? Ia perlukan pengalaman mentadbir yang semasak-masaknya.

Parti Amanah adalah parti baru dan tokoh-tokoh pemimpinnya pula adalah tokoh-tokoh politik serpihan dari PAS yang dah tak laku lagi di dalam parti PAS dan sekaligus telah ditolak dan dinyahkan oleh perwakilan PAS pada muktamar June 2015 itu cara setandan pula,macam dagang yang tak laku lagi.

Azmin Ali,Timbalan Presiden parti PKR
Pakatan Harapan ini dilihat tidak punya tokoh-tokoh politik yang menonjol dan tak ada pengaruh yang besar di kalangan rakyat Malaysia Justeru itu,maka mustahil sekali rakyat Malaysia yang dah hidup aman damai,makmor dan bahagian di bawah kerajaan di mana Umno/BN jadi tunjangnya? Mustahil sekali rakyat nak tukar haluan tak semena-mena?

Parti-parti yang jadi gabungan di dalam "Pakatan Harapan"itu dilihat  sering bergaduh sama sendiri itu? Pun begitu???

Dilihat masih berangan-angan tinggi nak putuskan "tali hayat"parti Umno/BN dari segala kepercayaan rakyat pada Umno/BN yang dah jadi begitu sejati sifat hubungannya?

Mampukah pakatan Harapan melakukannyaa dan bersediakah rakyat melakukan perubahan itu secara drastik?Penulis tak fikir rakyat Malaysia itu begitu bodoh? Secara tiba-tiba nak tukar kerajaan di Malaysia ini.

Parti Umno/BN dah memerintah dan membangun Malaysia jadi negara moden dalam semua aspek kehidupan rakyat selma hampir 70 tahun dah.

Ini mustahil dan tak mungkin terjadi? Itu adalah "illusi" kosong oleh gabungan Pakatan Harapan sahaja. Macam angan-angan Mat Jenin belaka. Pakatan Harapan tak punya kuasa apa-apa pun nak putuskan (tali hayat) parti Umno/BN? Yang tidak ada kuasa apa-apa pun?

Yang punya kuasa yang mutlaq itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mampu memberi taufiq dan hidayahNya yang diberikan oleh Allah SWT pada rakyat Malaysia yang jadi "pengundi" pada setiapa kali pilihan raya umum di adakan di Malaysia ini?

Khalid Samad, Pengarah
Komunakasi parti Amanah
Parti Aamanah dan Pakatan Harapan,hanya mampu pada setia saat,setiap jam dan setiap hari dan bulan dan setiap tahun, hanya,terus menerus minta pertolongan dari rakyat untuk dibantu agar cita-citanya hendak berada di Putrajaya itu berjaya?..Tak lebih dari itu?

Tanpa bantuan dari rakyat yang "mengundi" pada setiap Pilihan Raya Umum?. Para pemimpin parti " Amanah"dan juga parti-parti yang berada di dalam Gabungan "Pakatan Harapan" yang hanya ada beberapa kerat itu aje?

Dari segi pengalaman pula? Maka para pemimpin itu bukan sahaja tidak mempunya tokoh kepimpinan seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang dah tersohor di dalam dan di luar negara?

Dalam tahun 2015 ini aje. Presiden Amerika,Barak Obama dah datang ke Malaysia sebanyak dua kali dan rakyaat Malaysia dah menyaksikan betap eratnya hub ungan Datuk Sseri Najib dengan Peresiden Amerika itu.

Sekaligus para pemim pin gabungan Pakatan Harapan itu? Masih tak punya pengalaman politik dan pengalaman pentadbiran negara berbanding dengan parti Umno/BN yang kaya dengan ilmu dan pengalaman berpolitik dan mentadbir negara hampiur 70 tahun lamanya.


Untuk pengetahuan Mat Sabu dan para pemimpin parti Pakatan Harapan?Janganlah cakap takbur dan beranggan2 terlalu tinggi kononnya nak putuskan "tali hayat" parti Umno/BN. dari rakyat?  

Umunya rakyat Malaysiaa ini  tidaklah begitu boidoh yang mana kononnya akan sanggup korban masa depan mereka kepada parti-parti gabungan Pakatan Harapan yang baru berumur setahun jagong itu?

Sekaligus miskin pula dengan pengalaman politik dan pengalaman mentadbir negara Malaysia yang punya rakyatnya seramai 32 juta orang ramainya itu.

Janganlah Mat Sabu dan gabungan Pakatan Harapan letakkan harapan anda terlalu menggunong tinggi? Jika jatuh nanti? Patah dan hancur berkecai seluruh tulang belulang tubuh anda itu.

Kalau kail masih panjang sejengkal dan ilmu di dada dan pengalaman yang tak tentu arah itu? Janganlkah lautan luas hendak diduga. Ditakuti akan jadi mati lemas? ]

Ujung-ujungnya ia akan memalukan diri anda sendiri.Ibarat anjing menyalak bukit? Tanpa hasil apa-apa pun.Malah bukit itu dilihat masih  dan tetap tngfgi mengunong.Sementara Umno pula/ DSudahkah menyusun strategi yang rapi lagi kental sebagai usaha untuk kekal jadi parti tunjangan Umno/BN.

Penulis yakin Umno/BNakan tetap kekal akan menjadi parti tunjang Umno/BN pada PRU ke-14 nanti jika Umno/BN jagan rakyata Malaysia 'elok-elok"? Maka rakyata pun akan jaga Umno/BN elok-elok pula..(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot. com at 1,10 am on November 30,2015.

No comments: