Thursday, February 25, 2016

Ada Ahli PPO SPRM Main Politik Akibat Kelemahan Najib Razak Sendiri.

Emel pembaca: Amin Yatim PPO. 

1.Kenyataan seorang Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempertikaikan keputusan Peguam Negara untuk menutup kes siasatan ke atas Perdana Menteri sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya mengenai motif sebenar panel tersebut. 

2. UNTUK REKOD, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi dari PPO bahawa mereka mahukan siasatan semula oleh SPRM ke atas Perdana Menteri dalam isu derma RM 2.6 bilion dan sumbangan SRC International. Yang ada hanyalah kenyataan salah seorang ahli panel tersebut, Lim Chee Wee, pada 29 Januari 2016 yang menyatakan Peguam Negara tiada kuasa menutup kes. 

3. Siapakah Lee Chee Wee? Beliau ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang diketahui umum sangat membenci dan berat sebelah dalam isu-isu membabitkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Kenyataan beliau kepada media pada 29 Januari lepas adalah pandangan peribadi yang bertujuan mempengaruhi pandangan ahli PPO lain. 

 4. The Malaysian Insider HANYA MEMETIK SUMBER apabila menerbitkan laporan bahawa “Jawatankuasa ini menggesa siasatan skandal kewangan Perdana Menteri dibuka semula, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan kes itu ditutup bulan lepas.” 

5. Ulasan-ulasan mengenai pandangan PPO dalam kes Derma dan SRC International ini ialah berdasarkan sumber bukannya kenyataan rasmi.

6. Apakah panel yang diketuai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo dengan ahli lain panel seperti Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee “tidak ada telur” untuk membuat sidang akhbar secara rasmi untuk menyatakan perkara sedemikian? 

7. Satu tanda tanya besar ialah sekiranya tidak berpuas hati, mengapa PPO tidak memanggil Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali untuk mendapatkan penjelasan? Sudah tentu panel PPO tidak boleh membuat keputusan sebelah pihak hanya berdasarkan fakta kes dalam kertas tanpa mengambil kira pandangan pembuat keputusan, iaitu dalam kes ini ialah, Peguam Negara. 

 8. Apakah sudah menjadi tabiat biasa PPO memberi pandangan hanya berdasarkan apa yang tertera atas kertas tanpa memanggil pihak yang membuat keputusan bagi mendengar penjelasan? 

9. Pada 2010, Panel Penasihat SPRM boleh memanggil Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ghani Patail, bagi memberi penjelasan mengenai kontroversi pemergian haji beliau bersama seorang individu yang dipercayai kenalan rapat bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.

10. Jadi mengapa hari ini satu lagi panel penasihat SPRM tidak boleh memanggil Peguam Negara untuk mendengar pandangan beliau mengenai kes dana politik ini?

11. Hakikatnya, jika benar ada keputusan PPO sedemikian ia adalah kerana mereka mahu bermain politik bukan menjaga integriti pentadbiran negara. Jika tidak mengapa tiada kenyataan rasmi? 

12. Atau semua ini hanyalah mainan media pro-Pakatan dengan seorang dua ahli panel yang jelas anti-kerajaan BN sejak dahulu. 

13. Sedikit sebanyak Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak harus dipersalahkan kerana beliau membenarkan orang yang ada kecenderungan membuat pertimbangan berat sebelah seperti bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia berada dalam panel menjaga integriti pentadbiran negara. 

14. Kem Najib mungkin tidak menyangka bahawa ahli panel seperti ini akan menjadikan beliau sebagai mangsa politik. Mereka mungkin beranggapan asalkan yang kena orang lain ia bukan masalah Perdana Menteri! -MYKMU.NET.( Dipetik semula dari Mykmu.Net.Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogsppot.com.at 11.25 am on February 26,2016.

No comments: