Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah
02 Februari 2016 1:05 AM
TUNKU Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ,Tunku Sallehudin Sultan Badlishah (kanan) dan isteri, Toh Puan Temenggong, Tengku Maliha Tengku Arif (tengah) diiringi Mukhriz Mahathir berkenan ke Istiadat Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
ALOR SETAR 1 Feb. - Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan ditentukan esok apabila Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengadakan pertemuan dengan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tersebut terpaksa diadakan bagi membolehkan jumlah majoriti mudah 19 ADUN sama ada mereka bersetuju atau tidak Mukhriz digantikan, ditentukan.
Hal ini kerana pertemuan hari ini antara Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 ADUN Barisan Nasional (BN) yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian gagal memperoleh angka majoriti mudah berkenaan.
Keadaan itu berlaku apabila ada antara 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz digantikan mengubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur semalam.
“Kalau terpaksa panggil ADUN pembangkang menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, maknanya jumlah 19 ADUN bersetuju Mukhriz diganti tidak diperoleh,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.
Sumber itu berkata, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak mempunyai pilihan selain daripada memanggil ADUN pembangkang menghadap untuk mencapai keputusan.
Apatah lagi, Mukhriz dikatakan enggan meletakkan jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Ini adalah kali kedua beliau menolak setelah diminta berbuat demikian pada Jumaat lalu di Kuala Lumpur, “ kata sumber tersebut.
Kedah mempunyai 36 DUN dengan BN menguasai 21 kerusi, Pas (8 kerusi), PAN (1 kerusi), PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot. com.at 11.44 am on Fewbruary 02,2016.
No comments:
Post a Comment