Penjelasan Pejabat Peguam Negara Switzerland
HUSSAINI AMRAN
03 Februari 2016 1:32 AM.
Datuk Seri Najib Tun Razak |
Jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty berkata, Najib bukan antara suspek yang dituduh melakukan kesalahan dalam siasatan tersebut.
“Dalam prosiding jenayah yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ketika ini, Najib bukan salah seorang daripada beberapa pegawai awam yang dituduh,” katanya seperti dipetik daripada laporan Nikkei Asian Review (http://asia.nikkei.com) semalam.
Pejabat Peguam Negara Switzerland memulakan prosiding jenayah pada Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan beberapa individu tidak dikenali berhubung dakwaan penyelewengan dana sebanyak US$4 bilion (RM16.42 bilion).
Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, pihaknya berpuas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Beliau berkata, kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diteliti dengan menyeluruh dan tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan jenayah rasuah.
Sementara itu, 1MDB pada Sabtu lalu mengesahkan, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah menghubunginya bagi mendapatkan kerjasama tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya //hajhi abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.27 am on February 03,2016.
No comments:
Post a Comment