Thursday, February 4, 2016

Penyingkiran Mukhriz Di Kedah Semacam PermulaanTamatnya "Legasi" Mahathir Di Arena Politik Malaysia?



Datuk Seri Najib nombor 2 dari kanan. Berusaha menghububgkan silturahim yang  mantap antara Umno dan PAS.Semoga ianya jadi kenyataan yang hakiki.



oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Jumaat ,February 05,2016 @12.05 pm.

Banggang dan tolollah seseorang itu jika ada yang mengatakan bahawa trajedi yang telah menimpa Mukhriz di Kedah baru-baru ini. Tidak di ketahui oleh Mahathir ayah kepada Mukhriz itu sendiri.

Pada hemat penulis sikap berdiam diri yang telah dipamirkan oleh Mahathir ketika polimik politik itu sedang panas berlaku di Kedah itu satu helah politik kononnya Mahathir  tidak masuk campur waaupu anaknya jadi terget?

Mahathir hanya mahu menunjukkan pada umum bahwa beliau tidak terlibat secara terbuka dan beliau tak mahu turut campur kononnya dalam hal ehwal yang sedang melanda anaknya itu Beliau semacam begitu yakin dalam krisis itu?

Anakanya pada firasat Mahathir semacam akan menang dalam krisis politik itu?. Satu sebab lagi kenapa Mahathir mengambil sikap berdiam diri? Kerana semasa beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri dulu itu.

Beliau pun ada melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama. Menggantikan Osman Arof dengan Sanusi Joned. 

Pun begitu?  Mahathir ada juga membuat kenyataan politik semacam mengugut pucuk pim pinan Umno pusat di media sosial yang berbunyi:
Allahyarham Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj,Perdana Menteri
Malayhsia yang pertama.

"Jika  Mukhriz di apa-apakan di Kedah( digugurkan)? Beliau akan keluar dari jadi ahli Umno".

Kini semua orang Malaysia dah tahu dah..bahawa Mukhriz bermula pada tanggal (03/02/2016)telah pun digantikan dengan YB Ahmad  Bashah Md.Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Kenapa hingga kini iaitu sehingga tulisan ini dibuat?Masih tak ada sebarang berita yang didengar dan juga dapat dibaca melalui portal media sosial yang ada menyiarkan berita panas bahawa Mahathir Mohamad,bekas PM Malaysia,dah pun keluar dari parti Umno sesuai dengan kata-kata yang telah Mahathir lafaskan sepeerti di atas itu?

Rakyat dan ahli-ahli Umno seluruh Malaysia sedang menunggu berita panas itu dengan penuh debar.Akan kunjung tiba ke berita itu menjadi kenyataan ?


Marilah sama kita tunggu dengan penuh sabar akan kemunculan berita sensasi tersebut.
Lazimnya tokoh-tokoh politik yang bermoral? Setiap kata-katanya itu mesti dikotakan,jika tak mahu dipanggil munafik.

TEMBERANG ITU BOLEH LAKU

Kalau 30 tahun dulu di Malaysia ini? Bolehlah Mahathir jual koyoknya itu. Kini koyok jenis itu dah tak laku lagi.Anak-anak (Melayu jati) Malaysia dan begitu banyak dan ramai sekali yang telah berpelajaran tinggi.Malah lebih tinggi dari Ijazah yang Mahathir miliki itu.

Kata mesti dikotakan.Jangan lain cakap dan lain pula yang dibikin? Itu munafik namanya. Dulu depa buat pada orang? Maka tibalah masanya anaknya pula dilakukan sebegitu rupa? Ada ubi ada batas.Ada budi ada pula balasanya.
Allahyarham Tun Razak Husisn ,Perdana Menteri 
Malaysia ke-2

Penulis sangat bergembira dan berbangga hati kerana anak bungsu penulis yang lelaki Lokman Hakim Hj.Bakar dah berjaya jadi seorang yang hafas al-quran di samping dah lulus juga ujian PMR-nya dengan kelulusan 8A dan 1 B. dalam masa tak sampai dua tahun lamanya.

Kini beliau sedang berada di Universiti di semister ke 6 di perengkal diploma mengambil kursus jurusan Aircraf enginering dan manufacturing. 

Hati ibu dan bapa yang mana satu di dunia ini? Tak rasa gembira-ria jika anak bungsu kami itu berjaya jadi PM Malaysia di masa muka? Tak ada kata seindah bahasa hendak kami lafaskan untuk nyatakan perasaan kegmbiraan itu?

MAHATHIR KECEWA

Mahathir dilihat paling kecewa bila anaknya tewas merebut jawatan (Naib Presiden Umno) dengan hanya 10 undi sahaja kalah berbanding dengan Hishammuddin Hussin Onn, pada pemilihan pucuk pimpinan parti Umno selepas PRU ke-13 yang lalu iaitu pada tahun 2013. 

JIKA Mukhriz berjaya pegang jawatan Naib Presiden di dalam parti Umno? Itu bererti sudah berada begitu dekat dengan kerusi Timbalan Presiden dan Presiden parti Umno di dalam masa yang singkat.

Peluang untuk pegang jawatan PM boleh dikatakan dah berada diambang pintu Putrajaya. Malangnya kalah pula.Macam belum ada rezeki lagi dan Allah swt masih belum izinkan.
Mahathir Mohamad,Perdana Menteri ke-4

Selepas itu. Beberapa minggu lamanya Mahathir terus mempertikaikan keputusan itu dan tak henti-hentinya beliau mengomel memperkatakan keputusan itu? 

Mula dari tarikh itulah hubugan politik Najib dengan Mahathir dilihat tidak begitu ngam. Ada-ada aje  corak pentadbiarn Najib sering telah dipertikaikan oleh Mahathir. Knonnya salah belaka pada hemat Mahathir.

Jika Mahathir gagal melestarikan Mukhriz jadi PM Malaysia pada masa hadapan akibat dipintas oleh tokoh-tokoh politik Umno yang muda-muda dan berkaliber? Bukan salah siapa? Bukan  salah Najib? Yang bersalah adalah Mahathi itu sendiri.Menbolak tuah dan salah langkah tidak dimulakan dengan kaki kanan.Nak menentang arus.

Mahathir telah melakukan kesilapan yang besar kerana telah mengorbit dan menyerang Najib dengan isu 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion tak habis-habisnya.Memalukan Najib begitu rupa? Sedangkan apa yang Mahathir dakwa itu?

Bahkan beliau sendiri tak ada bukti-bukti yang sahih berhubung dengan dakwaannya itu.Main buat "persepsi' liar itu dan ini aje. Dalam mempolimikkan dua isu tersebut? Apakah perkataan yang huduh-huduh yang tak seharusnya keluar dari mulut orang seperti Mahathir terhadap Najib? 
Tetapi terkeluar semahu-mahunya secara sombong dan bongkak  oleh Mahathir.

Kita akui Mahathir dah jadi PM Malaysia selama 22 tahun lamanya dan punya banyak pengalaman memerintah negara Malaysia.
Mukhriz Mahathir.bekas Meneri Besar Kedah yang 
digugurkan dan digantikan dengan Ahmad  Bashah
Md.Hanipah.

Itu tidak bererti beliau boleh cakap apa sahaja yang beliau suka dan cerca kepada siapa sahaja rakyat di dalam Malaysia ini yang beliau tidak suka.

Di samping itu,Mahathir harus ingat.Yang kutip beliau masuk semula ke dalam Umno dulu itu siapa? 

Ialah ayahanda Najib iaitu Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke dua,setelah Mahathir ditendang dari Umno oleh Tungku Abdul Rahman putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama Malaysia.

Seharusnya untuk itu?Mahathir tak boleh telanjang bogelkan Najib sesuka hati depa aje dalam isu IMDB dan isu derma RM2.6 bilion itu.Tanpa ehsan Tun Razak pungut beliau masuk Umno semula? Mahathir nobody.

Langsung tak dapat rasa jadi PM Malaysia dan bercokol di situ sehigga 22 tahun lamanya.Tak mahu cepat bersara walau banyak kali diminta dan didesak oleh ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia. Tengku Abdul Rahaman Putra Al-Haj pun jadi PM Malaysia hanya selama 13 tahun aje.

NAJIB yang Mahahir seranag bertubi-tubi itu punya hati dan perasan dan ada perasaan malu juga. Najib pun ada hati dan perasaan.Hati perasaan orang lain harus dijaga,jika kita mahu hati dan perasaan kita dijaga dan dihormati oleh orang lain?

Ahmad Bashah Md.Hanipah,Menteri Besar Kedah  yang
baharu menggantikan  Mukhriz Mahathir.
Sekaligus Mahathir dilihat semacam dah benar-benar lupa bahawa Najib kini adalah PM dan orang nombor satu di Malaysia yang ada "prerogatif power".elaku Perdana Menteri Malaysia yang sah.

Kenapa Mahthir tak habis-habis desak Najib mesti berundur dari jawatan PM dan juga dari jawatan Presiden Umno.

Apa hak mutlak yang ada pada Mahathir yang mana dilihat begitu TEGA desak Najib berundur?Malaysia ini bukan sebagai negara "sole proprietor"Mahathir?

Presiden U.S.A. Mr.Barak Obama satu-satunya pemim pin Amerika yang punya kuasa terkat di dunia ini?

Dilihat tahu hormat pada Najib.Siapa Mahathir itu nak buat onar sesuka hatinya di Malaysia ini? Dah bersara buatlah perangai dah bersara.
Timbalan PM kini Zahid Hamidi,setelah
Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabine
Najib.

Sikap yang di pamirkan oleh Mahathir ini? Pasti tidak dapat diterima oleh Najib dan barisan pemimpin di dalam parti Umno itu sendiri.

Hatta oleh ahli-ahli biasa Umno di seluruh Malaysia.Najib sebagai Ketua kabilah Umno. Dianggap oleh Mahathir dan konco-konconya sebagai sampah ditepi jalan?Boleh dikata dan dikeji sesuka hati mereka.

SEMENTARA Mukhriz pula? Sebaik sahaja beliau telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedahakibat tidak dapa kepercayan politik lagi oleh sebilangan besar oleh Ketua-ketua bahagian Umno di Kedah.

Dalam kenyataan politiknya yang utama Mukhriz dilihat begitu lantang dan dengan begitu berani mendakwa bahawa "Selagi Najib jadi Ketua Umno? Maka Umno akan terus jadi rapoh dan lemah".

Kata-kata Mukhriz ini sangat nakal dan boleh ditafsir menghina Najib dan Mukhriz dilihat langusng tidak tahu hormat Najib sebagai Ketua Kabilah Umno yang harus dihormati dan di taati oleh pengikut-pengikut kabilah bawahan Najib itu dari segi politik.
Hishamuddin Husin Naib Presiden
Umno yang berada di dalam kabinet
 Najib
Ketika Mukhriz berkata bahawa Umno akan terus rapoh dan lemah itu? Dalam masa yang sama tidakkah Mukhriz sedar? 

Jika Najib yang jadi Prersiden Umno sekarang ini rapoh dan lemah longlai sifat politiknya?

Kenapa Mukhriz telah ditendang dari kerusi Menteri Besar Kedah dengan cara yang teratur dan berjalan dengan baik?

Mukhriz kena fikir-fikirkan sebelum berkata sesuatu tentang bossnya itu.

Jika Mahathir dan Mukhriz masih pasang angan-angan mahu jadi lebih maju dalam politik  Malaysia atau pun masih beranggan-angan nak jadi PM Malaysia di masa depan?

Mahathir dan Mukhriz harus tukar sikap politiknya yang hodoh dan tak pandai beradab dan bersopan santun itu? Dari suka cakap merapu-merapu dan terus banyak songelnya?

Lebih baik diam diri,kurangkan bercakap dan terus ampu-ampu,bodek-bodek Najib sebanyak mungkin.Dengan berbuat begitu? 

Mungkin Najib dapat ilham dan hati Najib Tun Razak itu jadi lembut dan maafkan segala keceluparan mulut Mahathir dan Mukhriz terhadap Najib.Termauk juga  kunco-kunconya yang lain yang jadi balacinya.

Jika Mahathir dan Mukriz tak sanggup berbuat begitu? Percayalah? Anda harus lupakan sahaja angan-angan anda nak jadi PM Malaysia di masa depan.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar,Ketua Pemuda
Umno.Mungkin pada pemilihan akan datang
Khairy akan tanding jawatan Naib Presiden
Umno

Pada hari ini jawatan anda aje yang telah digugurkan dari kerajaan pimpinan Umno-BN. Mugkin esok,mungkin lusa  pula?

Tak mustahil.Maka ke ahlian anda dalam Umno pula akan ditarik balik kerana dilihat telah terlalu banyak melanggar disiplin parti Umno. Kerana anda dilihat secara terang-terangan begitu TEGA mengkritik Ketua Kabilah parti Umno secara terbuka di media sosial dan sebagainya.

Tak tahu hormat pada Ketua Kabilah Umno itu sendir? Umno tak perlu simpan musuh-musuh politiknya yang berada di dalam selimut? Yang sering menggunting di dalam lipatan.Sikap yang begitu tak memberi sebaang manfaat pada Umno. Malahan ia merosakkan pertumbuhan  dan kesuburan politik parti Umno.

Note.Tulisan ini dibuat berhubung dengan tulisan oleh Prof.Mazlee Malik,Pensyarah Umniversiti Antarabangsa (UIA) yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini, pada 04/02/2016 @ 7.18 malam
Komen penulis ini telah dibuat di bawah column tulisan Prof..Mazlee Malik diportal Malaysiakini. Tidak dapat dimuatkan oleh Malaysiakini kononya komen ini lebih dari 5000 perkataan.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot. com.at  12.06 noon  on February 05,2016.

No comments: