Tuesday, March 1, 2016

Mahathir Tokoh Politik Tak Ada Pendirian Tetap.

Beliau"Opportunist"Demi Kepentingan Peribadi Dan Legasinya.
Bila memberi amaran pada musuh-musuh politiknya itu.Datuk Seri Najib sering bermadah.Jika sauh kapal telah di angkat dan layar telah berkibar kencang akibat tiupan angin yang kencang di mana beliau sebagai nakhoda kapal itu? Pantang berundur sebelum tiba ke medan juang.





Haji abu bakar ninggal
Selasa,March 01,2016 @ 1.51 pm.

ITU Kadir Jasin, bekas wartawan vetran Berita Harian dan bekas ahli parti Umno yang telah mengucapakan "sayonara" pada Umno,pada bulan June 2005 ada membuat komen bersabit dengan kisah Mahathir dan isteri telah keluar meninggalkan Umno pada tanggal 29 hb.Feb 2016 iaitu pada hari semalam.

Komen A..Kadir Jasin itu ialah,melalui portal media sosial Malaysiakini siaran semalam-nya,pada jam 11.29 malam bertarikh 29/02/2016. di rungan,di portal Malaysiakin dalam versi Bahasa Inggeris 

Menurut Kadir Jssin bahawa ,"Mahathir quitting is a kick to the groin of Umno," 

Saya tak dapat terima dan tak dapat setuju dengan pendapat yang diorbitkan oleh Kadir Jasin itu.Ia hanya pendapat dari seorang yang benar-benar jadi pengikut Mahathir yang begitu tegar sifatnya dan tebal dengan fahaman ke negeriannya.Mahathir dan Kadir Jasin,kedua-duanya dari negeri Kedah.  

Maka untuk itu? Saya pula berpendapat."Mahathir quitting is a "blessing in disguise to Umno". Ertinya merupakah satu anugerah istimewa dari Allah Swt.,yang Maha Berkuasa yang ada mengandungi 1001 macam hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Umno akan jadi semakin aman damai dan semakin perkasa tanpa Mahathir  berada di dalamnya yang mana beliau dilihat sebagai salah seorang ahli Umno yang berpolitik suka mengamalkan kerja-kerja "adu-domba" yang melampau.

Kini musuh di dalam selimut parti Umno dah pergi jauh membawa dirinya dari parti Umno. Parti keramat bagi orang-orang Melayu. Syukur Al-Hamdulillah.

Punca segala krisis politik di dalam parti Umno selama ini adalah bertitik tolah akibat isu-isu politik yang karut marut yang telah diorbaitkan oleh Mahathir.

Pada penilian penulis berdasarkan dengan apa yang Mahathir cakap dan apa yang Mahathir buat selama ini useless langsung taidak memberi manfaat kepada kemajuan agama,bangsa Melayu khasanya dan rakyat dri kaum-kaum lain umumnya

Beliau itu,adalah merupakan seorang tokoh politik yang boleh digelar " Opportunist" ( mencari kesempatan) politik untuk kepentingan peribadinya dan sekaligus untuk legasinya mengikut keadaan semasa demi untuk mencari "political milage" murahan.

Tun Dr.Mahthir Mohamad,peganag
jawatan Perdana Menteri Malaysia
 atas tiket Umno selama 22 tahun.
Untuk mendapatkan pengaruh politik murahn semata-mata  demi mendapat simpati dari ahli-ahli Umno yang jahil tentang tindak tanduk dan tendang terajanag politik Mahathir yang licin macam belut itu sekaligus sarat pula dengan tipu musihat politik kepentingan peribdi dengan menggunaka cara pecah belah dan perintah.

Mulut diberi gula.Tetapi didubur dikaitnya dengan duri pandan. Bila didapatinya Pak Lah tak layan dia ketika Pak Lah jadi Perdana Menteri dulu? Maka dia pun ambil keputusan keluar dari Umno dengan cara memomok-momokkan pada kononnya bhawa Pak lah itu tidak berwibawa dan sebagainya.

Di era Pak Lah anaknya Mukhriz didapati tewas untuk memegang jawatan Ketua Pemuda,di tangan Khairy Jamaludidn Abu Bakar menantu Pak Lah. Bila Pak Lah dah serahkan jawatan Perdana Menteri pada Najib Tun Razak, pada tahun 2009.

Maka dengan muka selamba aje dia masuk semula menyertai Umno. Agenda utamanya ialah nak "push" legasinya itu sekurang-kurang menang dalam pertadingan Naib Presiden Umno secepat mungkin.

Kerana usia beliau sendiri dah begitu lanjut,tetapi beliau nak pastikan dan nak melihat legasinya itu duduk di kerusi Naib Presiden Umno.Kemudiannya kerusi Timbalam Presiden Umno, Seterunya menduduki kerusi Presiden parti Umno dengan apa cara sahaja.Terpaksa langkah bendul pun tak apalah jika perlu?

Kemudian barulah fikir fasal jawatan Perdana Menteri sebelum kejam dua matanya  kembali kepada Allah Swt.

Mahathir sangat marah pada Najib kerana legasinya dikalahkan oleh Hishammudin Tun Hussin hanya dengan 10 undi sahaja.

Beliau semacam nak salahkan Datuk Seri Najib tak mahui tolong push legasinya itu. Komen-komen politik Mahahir pada malam keputusan pemilihan itu setalah didapatinya Mukhriz anak hanya kalah 10 undi itu?

Lain sahaja bunyi dan nadanya,.Kemushkilan Mahathir itu dilihat  berlarut dalam hampir sebulanlamanya. Mahahthir dilihat masih cakap merapu-rapu tentang keputusan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Umno  pada penghujung tahun 2003 itu?

Para perwakian didakwanya tidak bijak memilih tokoh-tokoh pemimpin yang berwibawa untuk jadi pucuk pimpinan parti Umno.

Saya sering mengikuti komen-komen politik Mahathir yang telah disiarkan oleh media arus perdana dan juga media sosial tempatan dari berbagai-bagai bloger terutama yang pro-pada Mahathir dan juga paro-pada parti-parti pembangkang.

Tun Abdullah Ahmad Badawi,Perdana
 Menteri Malaysia ke-5
Komen-komen Mahathir itu sering penulis dapati yang mana Mahathir sering salahkan Najib dalam banyak isu terutama dalam isu kononya Najib tidak cekap mengatasai isu pertumbuhan ekonomi negara dab sebagainya.

Tektik tegurannya pun lebih kurang sama dengan isu-isu yang pernah dilontarkan pada Pak Lah dulu. Bila isu IMDB dan wang derma RM 2.6bilion itu menjadi polimik,pada  awal tahun 2005 yang sangat hangat di polimikkan di arena politik Malaysia? Maka Mahathir ambil kesempatan berpolimik lebih aktif lagi pada dua isu itu.

Mahathir semacam berpendapat dua isu ini? Sangat unik kesan politiknya yang boleh mengakibatkan tumbang dan jatuh seeorang tokh plitik itu keran melibatkan kononnya ada berlaku perbuatan salah laku semacam ada unsur-unsur "pecah amanah" dan skandal.

Kononnya boleh dijadikan isu politik mengodam Najib dan sudah pasti akan dapat sambutan dari rakyat terutamanya dari ahli-ahli Umno agar benci pada Najib,lanatas kononnya akan mengambil tindakan gulikan Najib?

Disebabkan dua isu ini beliau tak ada bukti yang "sahih"? Maka Mahathir cuba memanupulasinya dengan cara macam benar-benar konon Najib terbabit?

Mahathir itu semacam dah lupa bahawa Najib itu ada berbagai orang penasihat yang berbagai latar kebolehan dan ke pakaran masing-masing. Sekaligus Najib adalah legasi Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 Malaysia iaitu tokoh tersohor sebaga bapa pembangnan Malaysia iaituTun Razak Hussin.

Berketurunan darah Bugis.Bukan mudah mengakui kalah. Setelah sauh kapal diangkat dan kain layar kapal,telah di kibar lebar oleh tiupan angin dan kapal yang Najib jadi nakodanya telah mula bergerak belayar? Pantang pahlawan bugus mengakui kalah sebelum berjuang di medan juang?

Untuk itu segala tuduhan yang rambang oleh Mahathir dan konco2nya itu? Senang sahaja dipatahkan oleh Najib Tun Razak,msatu demi satu.

Pun begitu Mahathir dan konco-konconya tetap bersabar sehingga beliau dapat melihat tindakan yang terakhir oleh pucuk pimpinan Umno terutamanya sikap Badan Tertinggi Umno (MT).terhadap Muhyiddin Yassin.yang didakwa tekah melanggar  didiplin parti kerana secara terang-terngan banyak kali mengkritik Datruk Seri Najib tun Razak atas  2 isu yang melibatkan isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 juta dernma dari Saudi Arabia itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Akan diambl tindakan "disiplin' atau sebliknya ke  atas Muhyiddin Yassin?. Bila dilihatnya (MT) parti Umno telah mengambil tindakan yang drastik terhadap Muhyiddin Yassin?Dengan menggantung jawatan Timbalan Presiden Umno itu hingga ke Mesyuarat Agun Umno yang akan datang?

Maka Mahathir secara kontan dah pun dapat signal bahawa beliau tidak lagi boleh bergantung pada Muhyiddin Yassin untuk "push legasinya" cara shotcut. Beliau harus segera bertindak mencari jalan alternatif baru politiknya.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Mahathir ada menyatakan akan join pada satu parti politik yang ada teras.Beliau tak mahu jadi ahli badan parti politik itu. Hanya sanggup sokong dasar-dasarnya aje.

Parti politik yang mana satu yang katanya ada teras itu? Masih belum diketahui oleh umum?Yang tahu agaknya hanya Zahid Ibrahim,bekas ahli Umno juga.Kemudian sertai parti PKR dan kemudiannya tubuhkan satu parti baru.kemudian ditingglkannya gitu aje.

Mahathir semalam ada pelawa Muhyiddin Yassin join gerkananya itu.Beliau mahu penyokong Muhyiddin Yassin di dalam Umno terus memporak pernda parti Umno. Mahathir hanya pelawa Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Hisamuddn Tun Hussin
Tetapi dia tak pelawa anaknya Mukhriz? Tindakan Mahathir itu semacam beri signal pada Mukhriz.agar Mukhriz tetap tinggal dalam Umno. Walau beliau dah keluar dari parti Umno?Tetapi hakikatnya?

Mahathir masih mengakui bahawa parti Umno itu masih kuat dan masih jadi parti keramat bagi orang-orang Melayu. Parti Umno itu sangat susah nak dijatuhkan oleh parti-parti yang jadi parti-parti pembangkang.

Kerana tokoh-tokoh politik parti pembankang itu hala tujuanya sama aje. Semuanya golongan yang terkenal sebagai golongan "OPPORTUNIST" macam Mahathir Mohamad juga.. Perjuanganya hanya nak lepaskan pucuk masing-masing. B ukan untuk rakyat dan kawan-kawan seperjuangan mereka?.

Tak boleh dipercayai cakap-cakap dan tendang terajang politik mereka itu. Justeru itu pucuk pimpinan Umno yang berada di mercu kuasa pada hari ini? Harus waspadah dengan tektik politik Mahathir Mohamad yang licin macam belut itu.

Beliau boleh berlakun apa sahaja watak.Macam para pelakon dari filem Hindustan.Asalkan "matlamat menghalakan cara' ciptaannya berjaya jadi nyata?

Dalam hubungan ini? Maka di runagan ini,suka penulis nak hidangkan satu cerita yang sangat menarik dari sebuah filem Hindustani yang penulis  ada tonton dua tiga kalai berulang-ulang.Cerita di dalam filem itu kisahnya begini:

Isterinya dah pun pegang jawatan Ketua Menteri bagi satu daerah yang besar juga di India.Selaku suami? Lazimnya,maka suaminya harus rasa bangga dan bersyukur dapat jodoh pasangan hidupnya isteri yang berpendidikan tinggi dan berpangka tinggi.Dipilih sebagai  Ketua Menteri pada sebuah negeri yang besar pula?

Akibat tamak,dan hasad dan dengkinya? Dalam senyap-senyap si suaminya ini rupa-rupanya iri hati dengan jawatan Ketua Menteri yang di sandang oleh isterinya itu.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Maka secara rahsia,si suaminya wujudkan satu kumpulan "gengster" nak bunuh isterinya di dalam satu majlis perasmian yang akan dirasmikan oleh isterinya yang pegang jawatan Ketua Menteri itu. 

Nasib baik hero dalam film itu dapat hidu rancangan jahat si suami itu? Dan akhirnya dapat menggagalkan kerja jahat sang suami nak bunuh sang isteri di dalam satu majlis perasmian itu.Majlis jadi gempar akibat kerja durjana oleh sang suami itu.

Suami itu diberkas oleh polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Pengadilan di India.. Isterinya sangat terkejut beruk.sangat terperanja dan sangat hairan dengan niat jahat suaminya itu.

Orang yang setiap malam dipeluk,diciumnya dengan penuh kasih dan sayanag? Rupa-rupanya sengaja nak bunuh dia kerana tamakkan kuasa?

Agaknya budaya dan nature hidup setengah-tengah orang-orang di India itu gitulah budaya hidupnyanya? Kerana wang,pangkat dan kuasa? Kuasa politik Isterinya pun nak di samunnya? Suami jenis apakah dia tu? Kalau tak terjadi gitu di India?

Bagaimana penulis skrip filem itu dapat idea dan paparkan ke dunia filem itu untuk tatapan umum di dunia?. Filem Hindustani pasarannya sangat luas diedarkan seluruh dunia, lengakap dengan bahasa sub-titlenya mengikut bahasa di negara mana filem itu ditanyangkan?

MUKHRIZ MASIH AHLI UMNO LAGI.TETAPI MAKI-MAKI PARTI UMNO. INI DAH lANGGAR DISIPLIN PARTI UMNO LAGAK DAN GAYANYA.... 

Anak Mahathir ,Mukhriz pun sering cerca pucuk pimpinan Umno dan parti Umno..Kuah mana tumpahnya? Kalau tidak ke nasi juga.? Bapa borek ? Maka anaknyan pun rintik? Satu hal harus menjadi panduan pada pucuk pimpinan Umno pada masa sekaraang ini hatta buat masayang akan datang juga.

Agar jangan pisang berbuah dua kali. Mahathir ini telah ditendang oleh Tunku Abdul Rahman Putra,Presiden parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1969 kerana dilihat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,bahawa Mahathir Mohamad ini suka benar mengwujudkan onar di dalam parti Umno mengakibatkan politik di dalam Umno itu sendiri dilihat oleh Tunku jadi tak stabil.

Atas desakan oleh beberapa orang tokoh Umno di Kuala Lumpur berjaya Mahathir tarik ke dalam perankap politiknya? Dengan serius cuba mempengaruhi Tun Razak,agar terima semula Mahathir berada di dalam Umno pada tahun 70an.

Ujung-ujungnya anak Tun Razak yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak pula dibalun oleh Mahathir semahu-mahunya. Ternyata budaya politik legasi Mahathir ini dilihat tak pandai mengenang jasa dan budi orang lain.

Jika Tun Razak masih hidup? Tentu beliau( Tun Razak) akan rasa kesal 1000 kali kesal, apabila melihat perbuatan Mahathir yang songang itu terhadap anak sulungny aitu? Susu diberi dibalsanya dengan tuba?

Budaya ini buaklah budaya orang-orang Melayu di Malaysia ini. Mahathir pegang jawatan Perdana Menteri atas tiket parti Umno 22 tahun lamanya.Tetapi Mahathir dan anaknya sanggup hina dinakan Umno demi kepentingan kemahuan peribadinya tersekat?
Mukhriz Mahathir

Tahukah anda pembaca apa bendanya yang Mukhriz kata setelah (MT) parti Umno gantung jawatan Muhuyiddin sebagai Tmbalan Presiden Umno?

Katanya,Ia merupakan sebagai "paku terakhir" bagi keranda Umno.Tahukah anda apa itu " keranda?" 

Bukan setakat itu aje,maka  dia berkata lagi? Malah Mukhriz berkata-kata,Umno akan menerima padah. pada PRU ke-14 p[ada tahun 2018 itu nanti dengan mengantung jawatan muhyiddin Yassin.sebagai Timbalan Presiden Umno.Mukhriz tidak yakin Umno akan mendapat semula sokongan dari rakyat... Mukhriz berpendapat sebaliknya?. 


Tidakkah Mukhriz sedar? Bahawa Mukhriz dah tiga tahun jadi Menteri Besar Umno,diKedah.Dan baru digugurkan hanya  belum sampai sebulan pun? Apakah sedikit pun Mukhriz mahu mengenang jasa parti Umno yang beri dia peluang jadi Menteri Bear Kedah walau pun telah  digugurkan?

Skurang-kurangnya di dalam usia semuda itu dah dapat merasa pegang jawatan yang terhomat sebagai Menteri Besar Umno,di negeri Kedah?

Lagi pun Mukhriz itu masih jadi ahli paerti Umno dan tak ada nak mengucapkan akn tinggalkan parti Umno? Tetapi kenapa Mukhriz begitu tega berkata dengan  menggunakkan perkataan yang sangat kasar dan biadab pada parti Umno?

Kalau pun  nak bercakap kasar dan biadab pada parti Umno? Sila-lah isytiharkan yang anda itu dah keluar pun dari Umno macam bapamu Mahathir lakukan.pada hari semalam..Pada hal dari segi undangp-undangnya?Anda masih lagi ahli parti Umno yang sah?

Tetapi anda begitu  tega maki hamun parti Umno sesuka hati anda. Sedangkan anda itu masih lagi jadi ahli parti Umno? Nak kata tak ada pelajaran? Anda difahamkan lulusan  dari Universiti Jepun.Orang-orang jepun itu lazimnya didapati begitu kaya dengan budi bahasanya dan pekertinya.

Tidakah  anda sedar bahawa  apa-apa  yang anda cakap-cakap-kan itu adalah merupakan sebagai doa. Doanya agar parti Umno itu hancur musnah? Sedangkan mereka itu masih berada di dalam Umno.Apakah masih ada tempat lagi buat Mukhriz di dalam parti Umno?

Pada orang yang sedang mendoakan kematian dan kehancuran parti Umno? Orang-orang yang demikian itu? Lazimnya langsung tak ada tempat walau pun sebesar zarah di dalm parti Umno.Terutamanya pada musang-musang yang berbulu ayam?.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1341 hrs on Maanrch 01,2016.

No comments: