Wednesday, March 23, 2016

TMJ- imbas sejarah hitam 1992 di bawah Dr.Mahathir

March,24,2016 @ 12.20 am


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa. 

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

Putera yang berusia 31 tahun itu berumur lapan tahun ketika sesi khas parlimen diadakan pada Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau kekebalan Raja-raja Melayu.

Apa yang berlaku tercetus berikutan dua kejadian yang membabitkan keluarga diraja Johor. Kejadian pertama tercetus apabila Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan. 

Apabila Persekutuan Hoki Malaysia menghukum Tunku Abdul Majid dengan menggantungnya daripada bermaian selama lima tahun, Sultan Iskandar menjadi berang dan memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukna kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki kecewa dan membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor. 

Benggang dengan perkembangan itu, Allahyarham Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan

Sementara itu, Tunku Ismail berkata episod 1992 itu adalah perkara lama tetapi menambah bahawa "Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah.”

“Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

“Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana kita dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

]Baginda juga memberitahu seluruh rakyat di negeri itu bahawa Sultan dan kerabat diraja menyayangi mereka serta mengingatkan bahawa kekuatan kedaulatan Johor ialah perpaduan.

 “Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya.

“Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor.

“Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita,” katanya lagi.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot.com at 12.20am on March24,2016.Dipoetika dari Malaysiakini).

No comments: