Mengakui beliau lega dengan ke­nyataan Menteri Luar Arab Saudi,Adel al-Jubeir itu, Mohamed Apandi berharap semua pihak termasuk pakatan pembangkang faham mengapa beliau memutuskan tiada tindakan diambil terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohamed Apandi berkata, ini kerana seperti kata Adel, sumbangan derma tersebut adalah tulen dan Arab Saudi tidak mengharap­kan apa-apa balasan daripada sumbangan tersebut.
“Alhamdullilah. Bagi saya isu ini sudah tamat, ada yang minta untuk dijalankan siasatan lanjut tetapi saya rasa tidak perlu. Ini kerana telah ada keterangan daripada pemberi dana, jadi apa lagi yang perlu disiasat,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Luar Arab Saudi, Adel semalam mengesahkan sumba­ngan derma yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi dalam sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara, Putra­jaya berkata, tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Berhad dan dakwaan dana RM2.6 bilion.
Disebabkan ke­nyataan itu, kredibi­liti Mohamed Apandi dipersoalkan ramai pihak terma­suk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang me­nuduh Mohamed Apandi berada di bawah kawalan Najib.
Menurut Mohamed Apandi, beliau bertindak berdasarkan fakta dan disebabkan itu beliau berani memutuskan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung dana RM2.6 bilion itu.
“Bila saya berpandu kepada fakta maka saya buat keputusan de­ngan berani, saya berani kerana benar. Saya percaya kebenaran akan timbul walaupun ambil masa, saya biarkan orang bertalu-talu kecam saya sebab apa yang saya cakap benar,saya sudah kalis kecaman sebab saya berpegang pada fakta.

“Tiap malam saya tidur lena kerana percaya siapa yang kecam saya, pahalanya datang kepada saya, itu yang diajar agama Islam,”ujarnya.
Tambah Mohamed Apandi, selepas ini beliau mahu semua pihak bercakap berdasarkan fakta terlebih dahulu sebelum mengutuk mana-mana pihak.( Utusan online-).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at  10 48 am on Aril 172016.