Annuar Musa,Ketua Pnerangan Umno. |
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ini berikutan banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan pada mesyuarat yang dijadualkan sebelum Ramadan itu, antaranya persiapan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
]Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin berkata MT UMNO akan membuat keputusan mengenai isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.
Mengulas mengenai PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Annuar berkata senarai calon sedang diteliti Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selain mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung calon yang sesuai.
Annuar berkata calon yang bakal dipilih tidak semestinya terdiri daripada calon tempatan, asalkan calon itu berupaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai wakil rakyat.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhan Jaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Sungaui Bear dan Kuala Kngar diadakan serentak pada 18 jun ini. Mankala penamaan calon pada 05 hb Jun 2016.(Dari penerangan Umno pusat).Posted by abnmulya //haji abu baklar ninggal.blogspot.com at 211 hrs on Mei 20,2016.
No comments:
Post a Comment