)
SIRI KEDUA: (H A R I K I A M A T)
HARI KIAMAT atau hari kebangkitan merupakan hari untuk semua makhluk manusia yang telah mati deibangkitkan semula dari kuburnya dan dunia ini menjadi kelam-kabut.
Orang yang masih hidup semua akan mati dan roh mereka juga turut kelam kabut mencari perlindungan.
Gunung ganang dan bukit bukau berterbangan seperti kapas. Langit dan matahari menjadi rendah dan tidak terkira panasnya tetapi manusia yang beriman kepada Allah merasakan sejuk sahaja.
Di masa itu semua tidak tahu kepada siapa hendak meminta tolong.Tidak ada seorang pun yang dapat membantu orang lain,kesemuanya mencari keselamatan sendiri.
Janganlah hendak bersama dengan keluarga atau anak-anak tersayang,diri sendiri pun tidak terurus,sentiasa cemas dan kelam kabut.
Berapa lamakah hari kiamat itu?Tidak sesiapa pun yang tahu melainkan Allah swt sendikri,
Setelah semua yang mati itu hidup semula maka ditempatkan di suatu kawasan untuk menanti penghisaban dan itulah dipanggil Padang Mahsyar.
Manusia yang baik mengalami kegembiraan dan kebahagiaan di alam kubur,sedangkan manusia yang jahat akan mengalami kesulitan dan kesengsaraan.
Allah berfirman:.
Ertinya: Hai jiwa (roh) yang tenang (suci),kembalilah kamu kepada Tuhanmu,dengan (hati) redha dan diredhan (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu dalam SyurgaKu.( Surah Al-Fajr:ayat:27).
Ayat tersebut menerangkan bagaimana roh orang-orang yang baik meninggalakn dunia ini. Ia dipanggil Tuhan dengan panggilan yang amat mesra.Roh ini keluar meninggalkan jasad dalam keadaan gembira, Dan Tuhan menyambut roh itu pun dalam keadaan yang gembira pula.
Akhirnya roh itu pun ditempatkan oleh Tuhan di tempat-tempat roh-roh orang yang soleh di dalam barzakh..Dari sana setelah kiamat akan di masukkan ke dalam Syurga.:
Orang-orang yang jahat menghadapi maut diterangkan oleh Allah dalam ;Surah Al-Qiamah yang berbunya:
ERTINYA:" Tidak sekali-kali apabila roh telah sampai di tulang kerongkongan.Dan dikatakan orang siapakah yang memanterakannya (menyembuhkannya)? Ia yakin,bahawa (telah tiba waktu) perceraiaan.Dan betis dengan betis telah berlapis ( berlipat) (mati)
Hanya pada Tuhanmu pada hari itu di halaukan (dikembalikan). Maka manusia tidak membenartkan dan tidak sembahyang.Tteapi dia mendustakan dan berpaling ( dari kebenaran).
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan sombong. Lebih patut (seksa) bagimu,maka ia lebih patut. Kemudian lebih (patut) seksa bagimu maka ia lebih patut.
Adakah manusia mengira,bahawa ia akan dibiarkan dengan percuma,(tidak disuruh beramal)?
Kemudian ia menjadi segumpal darah lalu (Allah) menciptakannya (manusia) dan menyempurnakannya. Lalu Dia mengadakan daripadanya dua jenis,lelaki dan perempua . Bukankah Allah ( yang menciptakan) itu, kuasa menghidupakan orang-orang yng mati? ( Surah Al-Qiamah.ayat: 26-40).
DALAM ayat-ayat tersebut diterangkan bagaimana celaka (sengsaranya) orang yang mengingkari ajaran agama ( Allah) yang tidak melakukan ibadah sembahyang(solat) sombomnng.Ketika menghadapi kematian, Sedangkan Rasulukllah s.a.w. sendiri selalu berdoa agar diringankan menghadpi sakaratulmaut itu.( bersambung).Posted by haji abu bakar ninggal.blospot.com at 213 hrs on June 22,2916.
.
No comments:
Post a Comment