Friday, April 28, 2017

DAP " Pak Hasut"---Tiong Lai

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab, Temerloh di Pahang malam ini. - UTUSAN ONLINE
Mohamad Shofi Mat Isa
28 April 2017 11:26 PM 

TEMERLOH 28 April - Tindakan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan menjadi 'pak hasut' dan menanam kebencian kepada kerajaan berbahaya kepada keharmonian antara kaum. Presiden MCA,

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dibimbangi rakyat negara ini yang kini hidup dalam keadaan harmoni suatu masa nanti menjadi porak-peranda jika berterusan dihasut.

"Jadi, kita jangan membiarkan DAP terus mempergunakan hasutan dan memainkan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa pemimpin-pemimpin dalam parti itu.

"Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, DAP menggunakan slogan Ubah untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya komuniti Cina.

"Kita perlu terus berpegang kepada nilai teras Barisan Nasional (BN) iaitu kerjasama, semangat konsensus dan kita akan pastikan perpaduan yang unggul untuk rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di sini malam ini.(Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com a 109 am on April 29,2017.

No comments: