KUALA LUMPUR 27 April – Pergerakan Pemuda UMNO menuntut penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengapa beliau kini mengubah pendiriannya berhubung isu skandal kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) melalui aktiviti spekulasi mata wang asing yang berlaku sekitar tahun 1990-an.
| ||
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, timbul keraguan apabila bekas Menteri Kewangan itu langsung tidak menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin ketika memberikan keterangan kepada Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian BNM, pada minggu lalu.
Sebaliknya meletakkan kesalahan terhadap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kegagalan untuk mengisytiharkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh negara akibat daripada skandal tersebut.
“Adakah Anwar melihat Nor Mohamed begitu berkuasa sehinggakan beliau boleh mengambil tindakan dan keputusan terhadap semua transaksi mata wang negara tanpa kelulusan pemimpin tertinggi negara?
“Amatlah jelas bahawa matlamat sebenar Anwar hanya untuk mempertahankan kepentingan politiknya berbanding mahu membantu untuk merungkai apa yang sebenarnya berlaku tentang skandal kerugian BNM itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada tahun 1993, Anwar menafikan kerugian BNM akibat perdagangan mata wang itu ketika memberikan maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Parlimen, namun, setahun selepas itu,
Anwar memberitahu Parlimen bahawa apa yang berlaku melibatkan kerugian kecil sahaja dan hanya ‘atas kertas’.
Walau bagaimanapun, menerusi satu forum di Pulau Pinang pada tahun 2012, beliau menukar ceritanya pula dengan memberitahu bahawa kerugian itu adalah berjumlah AS$10 bilion dan turut menamakan tiga individu yang terlibat termasuk Daim dan Dr. Mahathir.( Utusan on line).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.48 am on April 28,2017.
No comments:
Post a Comment