Wednesday, April 19, 2017

Tidak Timbul Ambil Alih Jawatan Lain-Zahid

Oleh Muzdalifah Mustapha :April 19,2017 @ 2.46 pm.

Ahamad Zahid ( kiri) bersalaman dengan Hishamuddin Hussin yang juga  Menteri Tugas -Tugas khas di Jabatan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan Hishamuddin di Pejabat Kerajaan di banguanan Perdana Putra hari ini.

PUTRAJAYA 19 April - Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas bukan bertujuan mengambil alih tugas-tugas menteri lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut lebih kepada untuk memperkukuhkan institusi kepemimpinan dan membantu beliau serta Perdana Menteri dalam berdepan isu-isu domestik dan antarabangsa.

"Hari ini dalam pertemuan kami membincangkan beberapa tugasan, pertama adalah untuk kukuhkan institusi kepemimpinan dalam kerajaan dan parti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Hishammuddin selaku Menteri Tugas-Tugas Khas di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan akan membuktikan keputusan mewujudkan jawatan baharu yang disandangnya itu bukan retorik semata-mata.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.at 1946 hrs on April 19,2017.

No comments: