Monday, May 1, 2017

DR.MAHATHIR BAHAYA BAGI PAS.

01 April 2017 3:00 AM
Para perwakilan PAS yang menghadiri Muktamar PAS ya ke-63 di Kedah.

ALOR SETAR 30 April - Tindak-tanduk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar melakukan pusingan U disifatkan amat bahaya bagi Pas.

Wakil Johor, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar berkata, Dr. Mahathir terkenal sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap.

“Kita perlu berhati-hati de­ngan Mr. U-turn ini, kalau kita tidak berhati-hati, pasti kita akan terperangkap.

“Mr. U-turn ini boleh hentam balik Pas apabila tidak dapat berkawan dengan Pas,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

 Pas sebelum ini memutuskan untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan PPBM yang disifatkan sebagai sebuah parti yang bercelaru. Mohd. Nazari menambah, ahli-ahli PPBM yang merasakan diri mereka tertipu dengan PPBM dipelawa menyertai Pas yang lebih jelas hala tujunya berbanding parti tersebut.

“Ahli PPBM yang rasa ditipu terimalah Pas sebagai keluarga baharu dan jangan beralih pula kepada PAN kerana ia akan me­lebarkan lagi jurang antara orang Melayu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Nazari berkata, Pas kini tidak lagi dipergunakan oleh DAP setelah tiada lagi sebarang kerjasama politik wujud antara kedua-dua parti.

Katanya, unsur-­unsur liberal dan sosialis yang dibawa oleh DAP merupakan ancaman terhadap agenda perjuangan Islam yang selama ini menjadi prinsip Pas.

 “DAP cuba gunakan Pas, berkat kebijaksanaan, Pas lepaskan mereka tetapi pukat sangkut kepada kawan-kawan lain pula,” ujarnya.( Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.41 am on Mei 02,2017.

No comments: