Friday, September 8, 2017

ANWAR DIPERSOALKAN TIDAK LAPOR KE KABINET

Anwar Ibrahim,sebelum dipecat oleh Mahathr dari jawatan TPM dan Menteri Kewanagna Malaysia.

08 September 2017 3:00 AM

PUTRAJAYA 7 Sept. – Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoal kerana didakwa tidak melaporkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM15.291 bilion akibat urus niaga mata wang asing pada 1993 kepada Kabinet.

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk me­nyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, hanya RM5.7 bilion yang dilaporkan dalam mesyuarat Kabinet pada 30 Mac 1994.

“Datuk Seri sebagai Menteri Kewangan ketika itu tahu tentang kerugian tersebut tetapi tidak memaklumkannya kepada Kabinet,” katanya dalam prosi­ding pendengaran RCI tersebut di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

Suasana bertukar menjadi ‘panas’ apabila Anwar yang merupakan saksi ke-21 prosiding berkenaan tidak berpuas hati dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Mohd. Sidek selepas Penasihat PKR itu me­ngakui beliau pernah menerima surat daripada Ketua Audit Negara berhubung kerugian BNM tersebut.

Sebaliknya, Anwar cuba mempertahankan tindakannya ketika itu dengan menyatakan bahawa beliau cuma melaporkan kepada Kabinet berdasarkan penyata tahunan BNM yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara.

“Pada masa itu, jawapan yang diberikan oleh BNM adalah kerugian atas kertas. Ia mungkin betul, ia mungkin salah,” jelasnya.

Sementara itu, beliau men­dedahkan, bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberitahu, bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah bertindak melebihi mandat yang diberikan kepadanya ketika mengendalikan urus niaga mata wang asing di bank pusat berkenaan.

Walau bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan dengan lanjut tentang mandat tersebut atau siapa yang memberikannya kepada Nor Mohamed.

“Nor Mohamed juga dikatakan tidak memberi laporan yang sebenar kepada BNM, itu yang diberitahu kepada saya," Anwar menambah, Nor Mohamed juga tidak melapor sepenuhnya kepada beliau atau Perdana Menteri. Prosiding RCI dijadualkan bersambung pada 18 September ini. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 1802 hrs on Sepetermber 08,2017.

No comments: