Tuesday, September 26, 2017

Benar Salah Tun Razak Dan Najib Razak Sarawak DiAbaikan

Rhg.September 26,2017
oleh Ab Jalil Backer

1. Tun Mahathir menyalahkan Tun Tazak dan Najib Razak punca Sarawak terabai. Kata beliau, Tun Razak yang menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974.

2. Akta ini memberi kuasa kepada syarikat milik negara Petronas melakukan carigali minyak di seluruh negara. Pada 1974, malah sekarang pun, sukar untuk negara sebesar Malaysia mempunyai beberapa syarikat cari gali minyak. Ia tidak ekonomik.
3. Sebenarnya Akta ini tidak bersalah apa-apa. Ia hanya menjadi pertikaian apabila Mahathir selama 22 tahun menggunakan sumber Petronas, untuk Putrajaya, KLCC, F1, segala macam projek mega infra dan ego serta menyelamatkan syarikat anaknya, tanpa mempedulikan pembangunan Sabah dan Sarawak.
4. Selama 22 tahun Mahthir hanya memandang Sabah dan Sarawak sebelah mata, hari ini beliau menawarkan satu penebusan dosa. Mengenali Mahathir beliau akan memberi 1001 alasan pada masa depan untuk menyelamatkan diri dari janji hari ini.
5. Kata Mahathir, Najib Razak pula bersalah kerana kerajaan menggubal Akta Laut Wilayah 2012.
6. Hakikatnya, pindaan ini tiada kena mengena dengan faktor Sarawak tertingal dalam pembangunan. Ia sekadar mengikut piawai antarabangsa dan membolehkan kerajaan menguruskan pertikaian sempadan antara negara dengan lebih baik.
7. Menurut Seksyen 3(3) akta itu, jarak lebar kawasan laut yang berada di bawah kuasa negara adalah 12 batu nautika dari pantai – selaras dengan undang-undang antarabangsa – manakala negeri hanya berkuasa untuk jarak 3 batu nautika.
8. Satu-satunya kesalahan Tun Razak kepada Sarawak ialah “mewasiatkan” kepada Tun Hussien Onn supaya melantik Mahthir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.
9. Satu-satunya kesalahan Najib Razak kepada Sarawak ialah menyokong Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
10. Jika Najib Razak kekal menyokong Tengku Razaliegh pada 1987, mungkin keadaan Sarawak jauh lebih baik.
11. Ya! Kesalahan Tun Razak dan Najib Razak pada Sarawak ialah menyokong Mahathir Mohamad menyebabkan 22 tahun Sarawak terabai.
12. Sekarang Najib Razak sedang membetulkan keadaan ini.
Dipetik dari MyKmu.Net.Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2124hrs on Swptember 26,2017.

No comments: