Friday, September 15, 2017

Delegasi Malaysia Berasa Bangga

 15 hb.September 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bangganya delegasi Malaysia berada bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Presiden negara itu, Donald J. Trump.
Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun be­liau pernah me­ngiringi Datuk Seri Najib menerusi beberapa lawatan dengan Raja, Presiden dan Perdana Menteri yang lain, namun lawatan kerja AS kali ini mungkin boleh disifatkan sebagai terbaik.

“Hanya jika rakyat Malaysia dapat melihat dengan sendiri kualiti yang dicapai dalam pertemuan tersebut hasil daripada pengendalian Perdana Menteri yang diberi penghormatan oleh Presiden AS dan delegasi beliau, akan membuatkan anda berasa bangga sebagai rakyat negara ini.

“Keadaan ini jarang berlaku atau sesuatu yang tidak pernah setakat ini apabila tiga pegawai tertinggi AS dan ahli Kabinet kanan turut berada di sana.

Trump bukanlah seperti yang digambarkan dalam laporan berita, malah Trump menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin sebuah ne­gara berkuasa besar dan Perdana Menteri berjaya diberikan peng­hormatan oleh pemimpin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Anifah, Trump juga meminta pandangan Datuk Seri Najib berhubung isu serantau dan antarabangsa selain mengarahkan ahli Kabinetnya untuk mengikut pendekatan yang telah dilakukan oleh Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan berasa syukur kerana diberi penghormatan untuk bersama beliau dalam hari bersejarah itu dan anda boleh melihat ia satu pertemuan yang bermakna ke­rana Presiden AS itu memberikan sepenuh perhatian kepada Datuk Seri Najib. – Utusan online ( Posted by abnmulya // haji abu bkar ninggal.blogspot.com.at 1.3 am on Sewptermber 16,2017

No comments: