Monday, October 23, 2017

Terus Desak Dr.Mahathir Mohon Maaf.

ABDULLAH Md. Yusof (tengah) mewakili Gabung mendesak Mahathir Mohamed meminta maaf kerana kenyataannya yang menghina masyarakat Bugis, selepas sidang akhbar di Restoran LC Katering, Johor Bahru, Johor sebentar tadi.-UTUSAN 

ZULHISHAM ISKANDAR
22 hb.Oktober 2017 @ 5.33 pm.


JOHOR BAHRU 22 Okt. - Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) akan terus mendesak melalui pelbagai cara supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf berikutan kenyataannya yang menghina keturunan Bugis sebagai lanun.

Naib Presiden Gabung, Abdullah Md. Yusof berkata, antara yang akan dilakukan termasuk menghantar memorandum kepada bekas Perdana Menteri itu selain mengadakan bantahan pihaknya yang mewakili 850 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kira-kira 250,000 ahli.

"Kita tidak beri tempoh tertentu kepada Tun Dr. Mahathir memohon maaf tetapi mahukannya segera berbuat demikian, jika tidak kita akan terus mendesaknya memohon maaf. Sekiranya tidak mohon maaf isu ini akan berterusan.

"Gabung akan bergabung dengan persatuan-persatuan Bugis di Indonesia untuk Tun Dr. Mahathir memohon maaf hingga perkara ini akan menjadi satu fenomena," katanya dalam sidang akhbar di
Restoran LC Katering, di sini sebentar tadi.

Mahathir semasa berucap dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Padang Timur, Selangor pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Beliau berkata, pendirian tokoh negarawan itu juga hanya akan mengeruhkan keadaan sekali gus membuat reputasinya semakin tercalar.

"Kita tahu Mahathir memang tidak akan meminta maaf dan berkeras atas pendiriannya. Memang dia sahaja yang betul dan tiada siapa boleh pertikaikannya," katanya. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2.06 am Oktober 24,2017.

No comments: