Tuesday, December 19, 2017

Dakwaan Dr.Mahathir Tidak Benar


C. SHEILA RANI 
19 Disember 2017 7:29 PM 

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian sebanyak AS$39.6 bilion (RM161 bilion) antara tempoh 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara adalah tidak benar.
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dakwaan kerugian AS$39.6 bilion itu sebenarnya merupakan jumlah yang menggambarkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat urus mata wang asing.

“Aliran keluar ini disebabkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar monetari di Amerika Syarikat (AS) dan penurunan mendadak dalam harga minyak dunia.

“Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan hanya unik kepada Malaysia sahaja tetapi turut menjejaskan pasaran baru lain termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

“Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu (Dr. Mahathir) telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, justeru saya ingin menjelaskan fakta yang betul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir menerusi sebuah klip video yang dipaparkan di laman YouTube mendakwa Bank Negara mengalami kerugian sebanyak AS$39.6 bilion antara tempoh 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara. -(Utusan online).Posted by abnmulya  //hajhi abu bakar ningfgal.blogspot.com. at 2302hrs on Disember Disember 19,2017.

No comments: