Wednesday, December 20, 2017

Kabinet Dijangka Bincang Kedutaan Di Baitulmuqaddis


C. SHEILA RANI 
20 Disember 2017 4:24 PM 

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.
Hishammuddin Tun Hussin.
"Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ekonomi. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mindef dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,di sini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.( Utusan online).Posted by abnmulya //  haji bakar ninggal. blogspot.com at 2.33 am on Disemberi 21,2017.

No comments: