Thursday, December 7, 2017

PRU-14: TIADA MASA BERLENGAH

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sedang menjawab pertanyaan  wartawan di  PWTC selepasa ucapan pembukaan PAU  ke:71 oleh Presiden Parti Umno Datuk Seri Najb Tun Razak,di PWTC.

AHMAD SHAZUAN MD.YUSOFF
07 DISEMBERR 2017 @ 3.58PM.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Semua jentera parti perlu memastikan mereka telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi memastikan UMNO terus kekal memerintah pada masa depan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana banyak lagi perkara dan perancangan yang diatur kerajaan yang bermanfaat bakal dilaksanakan jika parti keramat Melayu itu memenangi pilihan raya akan datang.

“Jentera-jentera parti diingatkan agar memastikan kesiapsiagaan kerana kita tidak boleh berlengah-lengah lagi. Setiap jentera selepas perhimpunan ini perlu menumpukan kepada kerja-kerja parti (sebelum PRU-14) nanti,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang disempurnakan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan, ahli majlis tertinggi (MT) parti telah mengadakan perbincangan malam tadi berhubung cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

“Presiden telah buat pendirian bahawa kita sangat tegas dalam isu ini. Malaysia akan menentang habis-habisan terhadap sebarang usaha yang mencemar kedaulatan al-Aqsa (Baitul Maqdis),” tegasnya. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2236 hrs on Disemberr 07,2017).

No comments: