Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA ( HARI RAYA HAJI,HARI RAYA KORBAN) 10 Z.HIJAH 1433.

Secara bergotong royong mereka sedang melakukan "Ibadah  Korban" menyembelih lembu sempena menyambut Hari Raya Korban,Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini,pada tanggal 10hb. Z.Hijah 1433 bersamaan dengan 26 hb. Oktober 2012.


Hj.Abu Bakar Ninggal
October 24,2012 at 10.12pm

Pada hari Jumaat ini,iaitu ( lusa ) pada tanggal 10 hb. Z.Hijah 1433 bersamaan dengan tanggal 26 hb.Oktober 2012,kita semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha dan akan melakukan Ibadah Korban pada tahun ini.

Dikesempatan ini saya sekeluarga dengan rendah hati melafazkan ucapan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha' dan selamat menlakukan 'Ibadah Korban' kepada seluruh umat Islam Malaysia khasnya dan sekaligus kepada seluruh umat Islam,baik di mana sahaja anda berada di seluruh pelusuk dunia ini.

Disamping itu,izinkan saya menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha(Hari Raya Korban) kepada semua peminat blog "Abnmulya.blogspot.com"baik di mana sahaja anda berada.Tanpa anda siapalah saya? Semoga pengorbanan kita akan mendapat redha dari Ilahi,InsyaAllah.

 Barisan belakang kiri:Hj.Abu Bakar Ninggal dan isteri Hajah Roslina binti Husin.Barisan depan dua orang puteri dan seorang putra kami.Kesemuanya masih menuntut di IPTA. Dari kiri:Siti Marsita,Lokman Hakim al-Hafiz dan Siti Hajar binti Hj.Abu Bakar.

Dikesempatan ini juga kami sekeluarga  ingin mengucapkan "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" kepada semua bakal-bakal haji dan bakal-bakal  Hajah yang kini berada di Tanah Suci Mekah yang sedang melakukan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima yang diwajibkan sekali seumur hidup.

Mengerjakan ibadah haji merupakan kesempatan terbaik untuk bertaubat dan meminta keampunan Allah. Malah ibadah haji itu sendiri,jika dilaksanakan dengan sempurna,tidak dicampuri dengan perbuatan yang keji, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seolah-olah baru lahir kedunia ini.

Rasulullah s.a.w., bersabda: Siapa yang melakukan ibadah haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji,tidak berbuat fasik,dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.( Bukhari Muslim).

Justeru itu, izinkanlah kami mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Haji"yang merupakan rukun Islam yang kelima yang diwajibkan sekali seumur hidup.Semoga anda akan mendapat "Haji Yang Mabrur".Tiada balasan baginya kecuali syurga.

Semoga anda akan selamat pulang ke tanah air menemui semula sanak saudara yang telah lama anda tinggalkan.  (Posted by abnmulya.blogspot.com) at 2212 hrs on October 24,2012.

No comments: