Susunan oleh:
Hj.Abu Bakar Ninggal
October 26, 2012,at 1.25am.
Sesungguhnya bahawa Ibadah Korban itu merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah s.a.w. di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah korban.
Ini memandangkan ibadah korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan pada diri kita,agama dan masyarakat.
Oleh yang demikian sebagai umat Islam yang mampu,seharusnya mengambil ikhtibar terhadap galakan Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat baginda untuk berbuat baik. Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadah korban antaranya di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban).Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya,kuku-kuku, dan bulu-bulunya ( dan diletakkan di atas timbangan).
"Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu,ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu".
(Riwayat Imam at-Tirmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina 'Aisyah r.a.).
Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadah korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.
HUKUM IBADAH KORBAN
Hukum korban ialah sunat muakkad ( iaitu sunat yang amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut.
1.Muslim
2.Baligh dan berakal
3.Bebas/merdeka
4.Ada kemampuan iaitu,memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah diri dan orang-orang di bawah tanggungan merangkumi makanan,pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya Aidil adha dan hari-hari tasyriq.
Iaitu bermula 10 Zul Hijah iaitu setelah selesai melakukan solat hari raya haji dan seterusnya pada hari-hari tasyriq bermula11,12 dan 13 Zul Hijah.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kemampuan,sama ada orang bandar ataupun orang kampung pendalaman.Orang dalam musafir atau berada di dalam negeri dan termasuklah kepada jemaah haji di Mina.
Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu.( Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.,).
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas.Berkata Imam as-Syafi'ie: "Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya". ( yakni Imam as-Syafi'ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).
HIKMAH DARI PENSYARIATAN IBADAH KORBAN ITU PULA:
Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih puternya Nabi Ismail a.s. sebagai korban. Akan tetapi Allah menggantikan dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaki bin Arqam,dia berkata:
"Para sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya,wahai Rasulullah,apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabda yang maksudnya: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".
Kedua : Melatih dan membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
Ketiga : Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat iaitu,dengan mengagih-agihkan sebahagian daging-daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
Keempat : Menyemai dan menanam sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dan sifat kedua-duanya yang mengutamakan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maksudnya menurut Imam al-Minawi,"Binatang korban itu berada di tempat penerimaan yang tinggi iaitu,ia diterima oleh Allah sejak mula diniatkan untuk dikorbankan sebelum ia disaksikan oleh orang-orang yang hadir ketika ia disembelih.
SYARAT-SYARAT BAGI BINATANG YANG DIJADIKAN KORBAN.
1.Hendaklah dari unta,lembu,kerbau,kibasy,kambing dan kambing biri-biri.
2.Cukup umur iaitu:
a.Untuk cukup umur lima tahun masuk enam tahun.
b.Lembu,kerbau, kambing biri-biri cukup umur dua tahun masuk kepada tiga tahun.
c.Kibasy cukup umur satu tahun masuk dua tahun atau telah bersalin dua gigi hadapan.
3.Sejahtera daripada 'aib yang mengurangkan sesuatu daripadanya untuk dimakan,tiada memadai terlalu kurus,terkerat ekor,terputus telinga,tempang,terpotong lidah dan lain-lain.
4.Berniat korban pada ketika menyembelih.
(Posted by abnmulya,blogspot.com., at October 26,at 1.25am).
No comments:
Post a Comment