Saturday, October 27, 2012

Setiap Tahun "Ibadah Korban" Di Masjid Al-Khairiyah,Di Taman Sri Gombak,Terus Menerus Meningkat Pesertanya.

Masjid Al-Khairiyah ini telah dibina dengan ongkosnya lebih 7 juta ringgit di ketika Selangor di bawah kuasa kerajaan Umno-BN.

Sumbangan yang terbesar ialah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan telah dirasmikan pada (
hari Jumaat),tanggal 21 Jamadilawal 1425 Hijrah,bersamaan  9 HB.Julai 2004.

Majlis perasmiannya oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Alhaj,Sultan Selangor Darul Ehsan. Masjid Al-Khairiyah ini terletak di Pasa 7, di Jalan SG.7/1,Taman Sri Gombak, 68100,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.


                
      
Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
October 28,2012 at 5.54pm.

Sesungguhnya,pada awalnya, penulis bermaksud untuk memaparkan kisah dan gambar-gambar berhubung dengan detik-detik peristiwa yang menyeronokkan ketika petugas-petugas Ibadah Korban di antara Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak dengan Surau Al-Ehsan,di Kg.Baru, Batu Caves,yang dilangsungkan pada pagi Sabtu, tanggal 27/10/2012 itu di dalam satu tulisan sahaja.
Tuan Imam 2, Masjid Al-Khairiyah,Tuan Imam Abdullah bin Musa yang memimpin program Ibadah Korban pada hari tersebut kelihtan sedang melapah kulit kepala lembu korban itu, kemudian dipotong-potong kecil untuk diagih-agihkan kepada para peserta korban dan pada petugas ibadah korban dan juga orang awam yang mendapat agihan kopon.

Disebabkan penulis merasa badan terlalu letih dan rasanya semacam tidak larat untuk terus menulis.Maka penulis mengambil keputusan untuk menulis detik-detik dan memaparkan gambar-gambar berhubung dengan detik-detik peristiwa petugas-petugas ibadah korban  Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak,pada hari yang berikutnya iaitu,pada tanggal 28/10/2012 pada hari ini,iaitu pada hari Ahad.

Syukur Alhamdulillah!Dengan tersiarnya tulisan ini,di portal Abnmulya.blogspot.com. Ia,bererti hasrat penulis itu telah dizinkan oleh Allah s.w.t.dan diharapkan anda pembaca yang dihormati merasa puas hati dengan tulisan ini.Jika  ada yang salah dan silap harap dimaafkan.


Sebahagian timbunan daging tulang ibadah korban dari jumlah 14 ekor lembu yang telah disembelih pada Hari Raya Haji tahun ini dalam konteks aktiviti-aktiviti ibadah korban oleh Masjid Al-Khairiya,Taman Sri Gombak.
Khasnya,kepada para penduduk disekitar masjid Al-Khairiyah yang berminat mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti melakasanakan amalan ibadah korban oleh AJK masjid Al-Khairiyah dan kepada petugas-petugas ibadah korban,dalam konteks melakukan amalan ibadah korban yang disyariatkan oleh agama Islam, bermula tahun kedua Hijrah dan korban itu yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta,lembu,kerbau,kambing dan kambing biri-biri.


Yang duduk di tengah itu ialahKetua Petugas Ibadah Korfban pada hari tersebut.
 Agama Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara diri kita yang beragama Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana sering kita ikrakan di dalam sembahyang kita: "Sesungguhnya sembahyangku,ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah SWT.

Ibadah korban juga,adalah sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
4 orang tuan-tuan haji yang memakai T-Shirt warna sedondong di atas itu ilah petugas sukarela yang membahagikan kopon-kopon kepada orang ramai dari qariah masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak,mengikut pasa-pasa untuk diagih-agihkan daging-daging ibadah korban lembu-lembu yang sebanyak 14 ekor.

PENULIS TIBA LEWAT DI MASJID AL-KHAIRIYAH.

Sebenarnya penulis memang sudah berniat untuk membuat liputan di kedua-dua program Ibadah Korban di antara Msjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak dan Ibadah Korban oleh Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,Selangor. Kerana di kedua-dua masjid yang akan melakukan Ibadah Korban itu sangat penting buat penulis untuk membuat liputannya.
Sdr Mustaza,sahabat penulis,petugas ibadah korban, pendudk dari pasa 4 sedang mengangkut daging korban untuk diagih-agihkan kepada petugas lain untuk dipotong kecil-kecil untuk agihan kepada peserta ibadah korban , petugas ibadah korban dan sekaligus untuk orang ramai,di qariah Masjid Al-Khairiyah itu sendiri.
Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak, masjid yang terletak di dalam kawasan tempat permastautin penulis sekeluarga, di Jalan SG,6/14 di Taman Sri Gombak,iaitu tempat kami bersolat 5 waktu,solat Jumaat,bersolat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan juga ibadat-ibadat lain,dah lebih 08 tahun lamanya,sebaik sahaja masjid Al-Khairiyah telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, pada  9 hb. Julai 2004 bersamaan pada 21 hb.Jamadilawal 1425 Hijrah.


Berkupiah putih sedang bercekak pinggang dengan parang trsisip di pinggang ala-ala penglima yang siapa sedia bertempur itu ialah Encik Baharuddin, pemastautin Taman Sri Gombak, di Pasa 6 dari Jalan SG.6/9 selaku salah seorang peserta Ibadah korban dan sekaligus jadi petugas Ibadah Korban di hari tersebut.

Sebelumnya,iaitu dari tahun 1990 hingga 2004,iaitu selama 14 tahun lamanya, kami beribadat di Surau Ittifiqiah yang kjecil sahaja,yang terletak di Pasa1,di Jalan SG.1/24 dan Jalan SG.1/26 Taman Sri Gombak. 

Kini surau tersebut telah pun dinaikkan tarafnya,iaitu dari sebuah surau ke sebuah Masjid,dengan nama yang sama juga iaitu, Masjid Ittifiqiah,oleh JAIS Selangor,di bawah kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat ,sebaik sahaja PR menang dalam PRU Ke:12,pada tahun 2008.

Sesudah dinaikan tarafnnya selaku masjid.Maka mereka dah punya IMAM sendiri dan bolehlah para penduduk disekitarnya melakukan berbagai-bagai aktiviti program agama,melakukan ibadah solat Jumat berjemaah bersendiri,tidak lagi tertakluk dengan masjid  Al-Khairiyah.

Tetapi infrastrukturnya tetap sama dengan gaya dulunya juga.Tidak ada bantuan dari kerajaan Pakatan Rakyat untuk memperbahruinya bentuknya dan sebagainya seperti Masjid Al-Khairiyah,di pasa 7 itu, yang dibina tersergam indah dan menjadi kebanggaan para penduduk Taman Sri Goimbak di sekitarnya dengan ongkos membinanya lebih RM7 juta. Ia telah di bina oleh kerajaan lama iaitu,semasa Umno-BN berkuasa di seluruh Selangor sebelum 3 hb Mac,2008.

Surau Al-Ehasan,Kg.Baru,Batu Caves,merupakan surau yang termasuk di dalam qariah Umno Taman Selayang,yang di Ketuai oleh Datuk Dr Rahman Ismail,satu-satunya tokoh politik yang merupakan sahabat karib penulis yang paling akrab.
Di tengah-tengah yang memakai tudung warna rose itu ialah Hajah Yom,penduduk pasa 6 dari  Jalan SG.6/14 di Taman Sri Gombak,kelihatan sedang nak mengacau kari daging lembu korban itu.

Penulis telah dimaklumkan bahawa Datuk Dr Rahman pun menjadi salah seorang peserta Ibadah Korban dengan menyumbangkan 3 ekor lembu korban dalam program amalan Ibadah Korban Surau Al-Ehsan, Kg.Baru, Batu Caves,Selangor.D.E.

Justeru itu,maka pagi-pagi lagi iaitu,hampir jam 8 pagi penulis sudah tiba di Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,di Taman Selayang,untuk membuat liputan di blog kepunyaan penulis.Ketika penulis tiba di sana,penulis dapati sebanyak 6 ekor lembu korban telah sealmat di sembelih.
Disebelah kanan anak kecil yang berbaju hijau itu ialah Haji Rahim,jiran tetangga penulis,pemastautin pasa 6 dari Jalan SG.6/14 di Taman Sri Gombak merupakan sebagai salah seorang petugas ibadah korban Masjid Taman Sri Gombak pada tahun ini.

 Walaupun telah tiba di sana pada jam 8 pagi? Penulis pun dikira terlewat juga dan tidak dapat menyaksikan Ibadah Korban lembu pertama di sembelih,di Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu. Agaknya pada jam 7 pagi mereka dah memulakan kerja-kerja Ibadah Korban itu.

 Penulis segera mengambil gambar daging-daging sembelih ibadah korban itu berserta dengan suasana di sekitar lokasi,di mana Ibadah Korban itu dilangsungkan. Penulis berada di sana hingga lembu korba nombor 10 selamat di sembelih.
Dari kanan: Bersongkok hitan itu ialah Naib Pengerusi Persatuan Penduduk pasa 6 Haji Sahimin Hj.Ghazali pemastautin Taman Sri Gombak,di pasa 6 dari Jalan SG.6/1 sedang menikmati sop panas tulang lembu ibadah korban di hari tersebut.

Tulisan berhubungan dengan program  amalan Ibadah Korban di Surau Al-Ehsan, Kg.Baru, Batu Caves itu telah pun diposkan di portal Abnmulya,blogspot.com., pada hari Sabtu,iaitu semalam.

Kemudainya penulis bergegas ke lokasi di Masjid Al-Khairiyah,di Jalan 7/1,Taman Sri Gombak dan penulis tiba di Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak,kira-kira pada pukul 10.15 pagi


Kalau hati sudah suka? Semuanya indah belaka. Kalau perut sudah lapar di mana pun duduk tidak mengapa.Yang penting perut lapar perlu diuatamakan oleh para petugas program amalan ibadah korban Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak. Mereka kesemuanya berpakaian T-Shirt warna sedondong ketika menjalnkan tugas-tugas mereka yang muliua itu.

 Sebaik sahaja penulis tiba di lokasi penyembelihan itu,penulis dapati acara penyembelihan sebanyak 14 ekor lembu korban itu sudah pun usai(selesai).Justeru itu penulis segera masuk ke dalam lokasi lapah melapah daging di dalam kawasan di depan masjid,di bawah beberpa buah kanopi yang besar dan redup yang telah dipasang dengan rapinya.

Walupun hari itu boleh dikatakan terasa juga sedikit panas akibat sinaran sang mathari yang begitu galak memancarkan cahayanya ke sudut-sudut kanopi itu? Namun petugas-petugas yang  berkerja dengan sukarela kerana Allah itu,dilihat semacam tidak terasa bahang panas oleh panahan sang matahari yang terik itu.

Sambil mereka terus bekerja,dan dilihat mereka tetap berbual-bual dan bergurau senda sesama mereka tanpa topik yang tertentu tidak habis-habisnya.

Petugas-petugas ibadah Korban masing-masing dilihat begitu tekun menyumbangkan tenaga mereka secara bergotong royong,secara sukarela dengan peranan yang diserahka kepada mereka di hari yang mulia itu iaitu, di hari di mana mereka sedang melakukan kerja-kerja sukarela dalam konteks untuk menjayakan kerja- kerja melakukan amalan ibadah korban yang amat disukai oleh Rasulullah SAW itu agar berjalan dalam keadaan yang baik dan sempurna.


Masjid Al-Khairiyah yang tersergam indah ini letaknya di Jalan SG.7/1, di Taman Sri Gombak, di dalam Daerah Parlimen Gombak.
 Yang bertugas memotong tulang-tulang lembu dengan menggunakan mesin pemotong tulang yang menggunakan kuasa tenaga eletrik(TNB). Beliau jelas dilihat begitu tekun menjalankan tugas beliau menjadi mesin operator pemotong itu,sehingga daging-daging dari tulang-tulang sebanyak 14 ekor lembu korban itu, dalam masa yang singkat  sahaja dah selesai di potong dalam size yang kecil-kecil semuanya sebelum waktu zohor.

Di samping itu,para kaum ibu pula,dilihat begitu sibuk bergotong royong melakukan tugas-tugas menyediakan minuman dan kuih muih untuk sarapan pagi dan masak memask gulai lembu itu dan juga sop dari daging dan tulang-tulang lembu ibadah korban itu untuk jadi juadah makan tengah hari, bagi para petugas Ibadah Korban,lelaki dan perempuan yang telah bekerja keras secara bergotong royong, pada hari Sabtu,iaitu sejak pagi-pagi lagi mulai jam 7 pagi.


Yang sedang hendak mengkacau-kacau kari lembu ibadah korban yang hampir dah nak masak itu ialah Hajah Noriah, binti Kassim pemastautin pasa 6,dari Jalan SG.6/14,di Taman Sri Gombak, secara sukarela bergotong-royong menyertai program amal ibadah korban pada tahun ini.
Alhamdulillah! Petugas-petugas Ibadah Korban di Masjid Al-Khairiyah itu dapat dihidangkan makanan sebelum tiba waktu zohor. Mereka penulis lihat begitu seronok menghirup sop panas dari daging dan tulang lembu ibadah korban itu secara beramai-ramai.

Dengan kata lain? Mereka ketika itu,dilihat semacam telah jadi segar semula dan segala penat lelah mereka semasa melapah dan memotong daging-daging dan tulang lembu ibadah korban itu telah hilang,akibat begitu teruja dan begitu seronak menikmati hidangan kari dan sop panas dari daging dan tulang lembu-lembu korban yang fresh  (benar- benar segar) yang dimasak oleh kaum-kaum ibu secara bergotong royong,di dalam kanopi yang didirikan sementara di kawasan masjid itu.

Sesudah semua petugas dan orang ramai selesai dijamu dengan makan tengah hari dengan kari,sop panas dari dgaing ibadah korban itu? Maka tibalah pula pada acara utama dengan mengagih-agihkan daging dan tulang lembu ibadah korban itu,


Daging-daging ibadah korban yang telah dimasukkan di dalam plastik merah ini ialah daging-daging yang akan diagih-agihkan kepada petugas-petugas ibadah korban dan juga kepada orang ramai dari qariah di Taman Sri Gombak.
 Lebih kurang sekilo setiap orang terutama kepada qariah-qariah Masjid Al-Khairiah, di Taman Sri Gombak, pada petugas-petugas ibadah korban yang bertungkus lumus bekerja dan juga kepada para peserta Ibadah Korban itu sendiri.

Ketika menerima agihan itu? Mereka dilihat dengan wajah yang berseri-seri,tanda amat gembira,telah menerima daging-daging agihan Ibadah Korban itu dengan hati yang amat bersyukur dan teruja.Kerana daging-daging dan tulang sop yang mereka terima itu,bukanlah daging lembu biasa sepertimana yang dibeli mereka setiap minggu di pasar awam.

Tetapi daging ibadah korban di bulan haji yang mereka boleh dapat hanya setahun sekali iaitu hanya di Hari Raya Aidiladha.

Di dalam hati nubari mereka semacam mereka berkata,"Semoga di tahun hadapan,kita akan berjumpa lagi,jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT."

Program aktiviti-aktiviti melakukan kerja-kerja Ibadah Korban pada setiap tahun oleh Masjid Al-Khairiyah ini,boleh dikatakan para pesertanya setiap tahun meningkat jumlah yang menyertainya.Harganya pun boleh dikatakan meningkat juga setiap tahun bagi setiap bahagian dari 7 bahagian untuk seekor lembu korba itu.
Sementara daging-daging yang telah dimasukkan dalam plastik putih ini,ialah daging-daging ibadah korban yang akan diagih-agihkan khusu kepada para peserta Ibadah Korban dari 14 ekor lembu korban itu.
Pun begitu? Difahamkan bahawa para pesertanya,boleh dikatakan tidak begitu merasa tertekan demi untuk menjalankan Ibadah Korban yang merupakan amalan yang sangat-sangat disukai oleh Rasulullah SAW. Dan sekaligus memandangkan bahawa  Ibadah Korban ini mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya.

DALIL PENSYARIATAN

*Firman Allah S.W.T. dalam  surah Al-Kautsar ayat:2:

Maksudnya : Maka kerjakanlah sembahyan kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
 

 *Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-Haj ayat 37:

"Maksudnya : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

 *Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu".(Hadis riwayat Tirmidzi).

FADHILAT IBADAH KORBAN.

Fadhilat yang diperolehi daripada Ibadah Korban amat besar antaranya:


* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasulullah S.A.W.:

   
Maksudnya : "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan." ( Hadis riwayat    Tirmidzi,Ibnu Majah dan Al-Hakim).

* Sebagai penebus dosa. Sabda Rasulullash S.A.W. kepada Sayyidatina Fatimah:


Maksudnya : "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban). 

*Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.


Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya : "Wahai manusia,sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya,bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani).
Daging-daging dari ibadah korban sebanyak 14 ekor lembu itu,ia sudah tentu memerlukakan  petugas-petugas sukarela yang ramai jumlahnya untuk menyelesaikan program amalan ibadah korban itu menghasilkan sasarannya.
* Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

Maksudnya : " Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah ( meneyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya,bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat Tirmidzi).


Justeru,sudah sewajarnya, kita semua umat Islam merebut peluang ini,pada setiap tahun,dengan melakukan ibadah korban, pada setiap Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji).Amin Yarabbalalamin.(Posted by abnmulya. blogspot.com) at 1754 hrs.on October 28,2012.

No comments: