Saturday, October 27, 2012

Pada Hari Raya Haji ke:2 Ibadah Korban Dilakukan Di Serata Tempat Di Daerah Gombak.


Disebabkan Hari Raya Haji pada tahun ini,jatuh pada hari Jumaat (26/10/2012) maka kebanyakan masjid dan surau di Daerah Gombak melakukan Ibadah Korban pada hari raya ke:2. 

Surau Al-Ehsan,di Kg.Baru, Batu Caves dan Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak telah melakukan Ibdah Korban pada pagi hari Sabtu,tanggal 27/10/2012.

Surau Al-Ehsan telah menyembelih 18 ekor lembu. Semenatra Masjid Al-Khairiyah,diTaman Sri Gombak telah menyembelih sebanyak 14 ekor lembu pada tarikh yang sama juga.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
October 27,2012 at 11.16pm.

Sesunmgguhnya ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula tahun kedua hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta,lembu,kerbau dan kambing.
Lembu yang telah disembelih di Surau  Al-Ehsan,di Kg.Baru,Batu Caves menunggu giliran untuk dilapah.

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala,sebagaiman sering kita ikrarkan dalam sembahyang :"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya. Manakala di antara hikmah persyariatan ibadah korban itu pula:
Petugas Surau Al-Ehsan dilihat sedang giat melapah daging lembu itu dengan tekunnya.

Pertama:  Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban,akan tetapi Allah menggantikan dengan seekor kibasy.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam,dia berkata :Para sahabat Rasulullah SAW bertanya wahai Rasulullah,apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah yang kami perolehi daripadnya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.Mereka bertanya lagi: Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya."

Kedua : Melatih dan membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanam sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan  dan rasa cinta kepada Allaha Subhanahu Wata'ala

Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak,maka sudah sewajarnya kita  semua umat Islam merebut peluang in derngan melakukan klorban pada setiap hari raya haji paqda setiap tahun selagi hayat dikandung bada sebelum kita dipangil pulang oleh sang pencipta Allah SWT.

Lembu tersebut di atas mula dilapah oleh petugas surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves.
Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban.Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.Amin Ya Rabbal'alamin.

Allqah SWT berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 dengan maksudnya:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.  Demikianlah ia memudahkan binatang binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya.Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.".
Datuk Dr Rahman sentiasa senyum

Dalam konteks untuk turut sama melakukan ibdah korban yang disyariatkan oleh agama Islam sejak tahun ke dua hijrah terhadap pengikutnya,maka dari jumlah 18 ekor lembu yang telah dikorbankan oleh Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu.

Maka,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, bagi penggal 2004-2008 Datuk Dr Rahman Ismail telah melakukan ibdah korban pada pagi Sabtu ini sebanyak 3 ekor lembu korban dan ia diuruskan oleh AJK Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.


Boleh dikatakan setiap tahun ketika menyambut hari raya haji? Datuk Dr Rahman tidak pernah tinggal jadi peserta ibadah korban yang merupakan amalan yang sangat disukai oleh Rasululla s.a.w.di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah korban.

Ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Umno Gombak dulu semasa empat tahun lebih lamanya,penulis difahamkan bahawa beliau telah menyumbangkan lembu-lembu untuk dijadikan ibadah korban oleh para pemimpin Umno di Cawangan-cawangan di dalam bahagian Gombak itu sendiri.

Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak ( yang berdekatan dengan rumah kedimana penulis) sering mendapat sumbangan lembu ibadah korban dari Datuk Dr Rahman Ismail.Penulis difahamkan oleh Pak Alang yang ketika itu jadi Nazir masjid al-Khairiyah,Taman Sri Gombak.
Jamuan makan tengah hari telah diadakan oleh Datuk Dr Rahman Ismail,Ketua Umno,Cawangan Taman Selayang, pada tengah hari ini dipejabat cawangan Umno di Taman Selayang. Dari kiri kelihatan Datuk Dr Rahman sedang menghirup sop lembu korban.Sebelah kiri beliau ialah Tan Seri Datin Zaleha Ismail,penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan mantan Menteri Kebajikan Masyarkat Malaysia.

Datuk Dr Rahman Ismail, pada masa ini sedang memegang jawatan  Ketua Cawangan Umno, Taman Selayang,sekaligus Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu, adalah termasuk di dalam bidang kuasa Umno cawangan Selayang.

Kini, Datuk Dr Rahman Ismail adalah selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang punya 138 badan Ngo-Ngo Gombak yang kecil-kecil bergabung di dalam  Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan beliau.

Di antara begitu banyak badan-badan Ngo-Ngo di Selangor ini? Maka Gabungan Ngo-ngo Gombaklah yang paling aktif mendekati rakyat akar umbi 1 Malaysia. Dalam satu minggu sekurang-kurangnya ada 2 program untuk mendekati rakyat anjuran oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Dalam gerakan-gerakan itu boleh dikatakan penulis diajak terlibat sama oleh Datuk Dr Rahman Ismail membantu beliau terutama dari segi penerangan. Penulis sangat seronok bekerjasama dengan Datuk Dr Rahman Ismail.

Beliau walaupun seorang jutawan tapi dia begitu humble dan menghormati semua lapisan masyarakat.Tidak kira miskin atau pun kaya

"Kaya atau miskin sama sahaja.Mereka merupakan hamba Allah. Yang Maha Kaya itu?  Ialah Allah SWT yang menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi." katanay dengan senyum.

Kemudian penulis dan Datuk Dr Rahman Ismail menghadiri majlis rakyat yang diadakan oleh Sdr Omar Manan,bekas Ketua Penerangan Umno Bahaghian Gombak ,di Era Datuk Ahmad Ujang jadi Ketua Bahagian Umno Gombak sekaligus selaku YB Umno,DUN Hulu Kelang bagi penggal 2004-2008.

Kami berada di rumah Sdr Omar Manan lebih 1 jam.Kemudian penulis dan Datuk Dr Rahman pergi melawat seorang Ketua Cawangan Umno,di Hulu Kelang yang masuk hospital swasta yang baru, di Taman Ibu Kota,Daerah Wangsa Maju. 

Syukurlah Alhamdulillah! Sahabat Datuk Dr Rahman Ismail itu sudah pulih dari sakit yang dideritainya 3 hari yang lalu.Esok penulis akan sambung kisah Ibadah Korban yang dilakukan oleh Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak pula.Iaitu masjid tempat yang tidak jauh dari kediaman penulis.Berjalan kaki 5 minit dah sampai.Laungan Azan dari masjid tersebut jelas kedengaran. (Posted by abnmulya blogspot. com. at 11.16 pm on October 27,2012.)

No comments: