Saturday, November 3, 2012

Datuk Dr Rahman Ismail :Merasmikan Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Graduasi Tahun 6 Sesi tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat

Gambar di atas:Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat sedang beratur panjanag  menunggu hingga tiba giliran mereka naik ke atas pentas untuk menerima sijil graduasi mereka dari Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr Rahman Ismail,satu-satunya tokoh pemimpin ngo Gombak (badan yang bukan kerajaan) yang paling aktif dewasa ini mendekati rakyat akan umbi di dalam kawasan Parlimen Gombak.
 


Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
November 03,2012 at 11.30pm.

Pada hari ini, iaitu hari Sabtu,tanggal 3 hb.November 2012, sesungguhnya boleh dikatakan merupakan hari yang paling sibuk bagi Datuk Dr Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004 hingga 2008.
Di sebelah kiri dan kanan di dalam Dewan Baiduri,di bahagian hadapannya, ditempatkan murid-murid  Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, penuh sesak dengan murid-murid yang akan menerima sijil gradusi pada pagi tadi. Sementara di bahagian belakang murid-murid itu kelihatan begitu ramai para ibu/baap murid-murid  dengan tenang menunggu saat-saat anak mereka akan menerima sijil graduasi dari Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,bagi penggal 2004-2008.
Dalam satu hari,beliau terpaksa melakukan  3 kerja-kerja yang merupakan aktiviti-aktiviti mendekati masyarakat akar umbi secara aktif di dalam kawasan Parlimen, Daerah Gombak,dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Bermula jam 8.30 pagi ini,beliau menghadiri majlis graduasi di SK.Lembah Keramat. Pada jam 2 petang, Datuk Dr Rahman Ismail, akaan menghadiri acara menyampaikan borang BRIM  2.0 kepada rakyat akar umbi,di Dewan besar,di Sekolah Rendah Keb.Tamil,di Batu Caves.
Pasukan kompang oleh anak-anak sekolah SK Lembah Keramat sedang asyik memukul kompangnya dalam acara menyambut ketibaan Datuk Dr Rahman Ismail sedang di iringi masuk ke Dewan Baiduri pagi ini.
 Pada jam 4 petang pula, Datuk Dr Rahman Ismail bersama dengan Tan Seri Datin Zaleha Ismail,mantan Menteri Kebajikan masyarakat & Orang Asli Malaysia,melawat jembatan yang runtoh di Batu Caves, iaitu jembatan yang menghubungkan Kg.Ganesan Brothers untuk menyeberang ke Kg.Laksaman yang telah ranap runtuh,hancur berkecai,hampir 2 minggu yang lalu akibat banjir yang besar yang menghakis tiang jembatan itu.
En.Mohd Izzudin pembaca doa

Program awal pagi ini.

Pada jam 8.30 pagi ini, Datuk Dr Rahman Ismail bersama penulis telah tiba di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat,bagi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6 sekolah tersebut.

Ketibaan Datuk Dr Rahman telah disambut dengan begitu meriah oleh Jawatankuasa Penglola Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6, di mana satu pasukan kompang dari anak-anak sekolah itu sendiri memukul kompng mereka bagi mengiringi Datuk Dr Rahman Ismail masuk ke dalam Dewan Baiduri.

Puan Noraini binti Mohd Zain
Datuk Dr Rahman Ismail masuk kedewan tersebut dengan diiringi oleh En Mohd Shafar bin Shaharudin,Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan lembah Keramat yang telah memegang jawatan itu selama empat tahun berturut-turut.

Sebaik sahaja tetamu VIP itu telah mengambil tempat duduknya,majlis yang begitu meriah itu didahului dengan bacaan doa selamat memohon keizinan dan keberkatan dari Allah SWT yang m enguasai tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ini,oleh En Mohd Izzudin bin Abdul Rahman.

Sebaik sahaja selesai doa selamat dibaca oleh En Mohd Izzudin bin Abdul Rahman,maka acara seterusnya tibalah giliran Puan Noraini binti Mohd  Zain,selaku ketua penyelaras memeberi ucapan rengkasnya.

En Mohd Sfar bin Shaharudin
Menurut Puan Noraini bahawa Anugerah Cemerlang adalah satu program yang dijalankan diperingkat sekolah yang bertujuan untuk memberi pengfhargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan komitmen mereka dalam bidang akademik,shahsiah dan kokurikulum.

" Anugerah ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada murid untuk lebih berjaya di masa akan datang." katanya mengakhiri ucapanya pembukaannya.

Kemudian Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, En Mohd Shafar bin Shaharudin secara rengkas juga telah berucap di majlis itu.
Datuk Dr Rahman Ismail
Intipati ucapannya itu selain beliau telah mengucapkan pujian dan terima kasih kepada semua guru-guru dan Jawatankuasa Pelaksanaan yang mana telah melaksankan tugas masing-masing dengan begitu licin,cemerlang dan sempurna dan meriah sekali hinggakan majlis Hari Anugerah Cemerlang dan majlis Graduasi Tahun 6 itu menjadi begitu meriah.

Disamping itu beliau juga telah mengucapakan tahniah kepada ibu/bapa disebabkan kejayaan anak-anak mereka dalam beberapa mata pelajaran dan disamping itu beliau mengambil kesempatan memanjatkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu/bapa yang mana telah sudi hadir pagi ini,demi untuk sama-sama meraikan kejayaan anak-anak mereka.

"Justeru pihak sekolah pula dengan rasa yang amat gembira telah berjaya mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6 pada pagi ini hasil dari kerja keras guru-guru dan ahli-ahlki PIBG sekolah,"katanya..
Presiden Gabungan Ngo-N go Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail sedang menyampaikan hadiah cemerlang pada murid lelaki dari SKLK dan diperhatikn oleh Pengerusi PIBG sekolah tersebut En.Mohd Safar bin Shahrudin di sebelah kiri Datuk Rahman.
Menurut En Safar,usaha ini dilakukan oleh pihak sekolah dan PIBG setiap tahun. Ia, semata-mata untuk memberi Inspirasi dan motivasi kepada murid-murid, agar mereka lebih rajin belajar dan komited dengan cita-cita dan harapan ibu/bapa mereka yang mahukan mereka semua berjaya.

Sudah menjadi lumrah alam! Bahawa setiap ibu ibu/bapa memang mahukan dan mengimpi-impikan bahawa semua anak-anak yang mereka yang tercinta akan berjaya menemuph dunia pembelajaran mereka bermula dari perengkat sekolah rendaha,ke sekolah menengah dan seterusnya hingga ke menara gading dan sebagainya.
Seoerang lagi di antara murid perempuan (SKLK) yang sedang menerima sijil graduasinya.dari Datuk Dr Rhman Ismail pada pagi tadi.
Selepas En Mohd Safar mengakhiri ucapannya,maka tibalah pula giliran Datuk Dr Rahman Ismail, Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang aktif yang mewakili 138 buah badan ngo-ngo Gombak yang kecil-kecil yang telah bergabung dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Datuk Dr Rahman disamping jadi Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan merangkap selaku mantan Ahli Parlimen Gombak dari Umno,bagi penggal 2004-2008 menyampaikan ucapannya sebelum merasmikan  majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6 anjuran pihak Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Intisari ucapan Datuk Dr Rahman Ismail itu selain daripada beliau telah mengucapkan ribuanm terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksanaan majlis graduasi sekolah dan sekaligus kepada pihak PIBG sekolah dibawah pimpinan En Mohd Safar, yang mana sudi menjemput beliau merasmikan  majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi anjuran SK Lembah Kerama itu.
Datuk Dr Rahman Ismail  baru sahaja menyerahkan sijil graduasi pada murid peremuan itu sambil di saksikan oleh Puan Noraini binti Mohd Zain, penyelaras majlis Hari Anugerah dan Graduasi Tahun 6.
Beliau juga telah memberi nasihat kepada murid-murid di Sekolah Lembah Keramat agar belajar dengan lebih tekun,bukan sahaja setakat hanya lulus dalam semua mata pelajaran,tetapi hendaklah anda sematkan di dalam hati nubari anda,bahawa anda mesti berjaya dan mampu mencapai keputusan yang cemerlang.

Dengan adanya keputusan yang cemerlang itu, barulah taraf akademik anda (anak-anak Melayu) setaraf dengan keputusan akedamik dengan kaum-kaum lain yang menghuni Malaysia ini.
Murid-murid dari SKLK sedang menarikan tarian rentak Hindustani sebagai acara selingan di dalam majlis pagi tadi
"Denagn itu barulah anda akan dilihat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain yang mana selama ini memandang rendah tentang pencapaian aqkedamik anak Melayu dan  sering pula memomok-momokkan pencapaian keputusan akedamik anak-anak Melayu secara tidak benar dan tidak ikhlas dan berniat jahat,".katanya.

Ucapan Dartuk Dr Rahman Ismail itu telah mendapat tepukan yang gemuruh dari ibu/bapa yang menjadi para tetamu di pagi tadi bebarapa kali.Ini merupakan satu tanda bahawa para tetamu yang hadir di majlis tersebut faham akan tujuan ucapan Datuik Dr Rahman itu.
Acara selingan yang pertama persembahan murid-murid dari SKLK pagi tadi ialah tarian Boria yang popular di Pulau Pinang.

Sebaik sahaja Datuk Dr Rahman mengakhiri ucapannya dan kemudiannya telah merasmikan majlis graduasi itu.Maka acara menyampaikan sijil graduasi yang telah dinanti-nati sekian lama oleh ibu/bapa murid telah pun dimulakan dari seorang murid ke seorang murid, hinggakan kepada berpuloh-puloh orang murid yang berjaya menerima sijil graduasi.

ACARA SELINGAN

Akibat ruangan yang terbatas,maka tidakalah dapat penulis paparkan kesemua gambar-gambar bersabit dengan majlis garduasi itu di ruangan ini. Dalam majlis tersebut,ada juga dipersembahkan acara selingan yang berupa acara tari menari oleh para penari dari anak-anak murid dari sekolah tersebut yang mempunyai bakat yang amat besar di bidang seni tari menari.
Sebahagian lagi para ibu/bapa yang telah hadir di Majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi pada pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat pagi tadi.
Tarian dan nyanyian BORIA yang berasal dari Pulau Pinang telah dipersembahkan oleh anak-anak kecil itu sebagai acara selingan yang sungguh menghiburkan hati nurani ibu/bapa yang telah hadir di dalam majlis yang begitu meriah itu.

Sekalong bunga tahniah harus diberikan kepada para Jawatankuasa Penyelaras majlis itu yang dilihat begitu kaya dengan idea-idea dalam konteks untuk menghiburkan para ibu/bapa yang beramai-ramai telah hadir untuk menyaksikan acara anak-anak mereka menerima sijil graduasi di pagi tadi.

Setelah selesai menyampaikan sijil cemerlang dan sijil graduasi kepada semua murid-murid itu,maka Datuk Dr Rahman dan penulis di jamu dengan minuman pagi di bilik yang khas dengan juadah mee siam dan kuih muih yang lazat-lazat belaka oleh Jawatankuas Penyelaras majlis tersebut.
Setelah acara penyampai Hari Anugerah Cemerlang  Dan  Majlis Graduasi Tahun 6,Datuk RDr Rahman dan penulis dijamu dengan minuman pagi dengan juadah yang enak-enak belaka.
Wajah itu cermin hati. Dari wajah-wajah mereka jelas kelihatan bahawa mereka dilihat begitu gembira dan rasa puas hati disebabakan mereka telah berjaya melaksanakan majlis Hari Anugerah Cemerlang Dan Majlis Graduasi Tahun 6 pada tahun ini dengan begitu meriah dan program itu berjalan dengan lancar sekali mengikut acar-acara yang telah ditetapkan. Syukur Alhamdulillah!


.
Segala penat lelah yang mereka tanggung sebelum berlangsung majlis itu pagi ini sekaligus telah hilang lenyap,bertukar menjadi teruja,akibat kejayaan majlis yang telah mereka capai.(Posted by abnmulya.blogsdpot.com, at2330 hrs on November 03,2012).

No comments: