|
Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr Rahman Ismail, sedang menyemak semula borang BRIM 2.0 sebaik sahaja telah selesai diisikan dengan butir-butir pemohon BRIM 2.0 oleh petugas dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil,di Batu Cave, pada petang hari Sabtu yang baru lalu. |
November 06,2012 at 12.37 am
ACARA merasmikan dan menyampaikan hadiah Cemerlang dan menyerahkan sijil Graduasi pada murid-murid Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, selesai kira-kira jam 12.30 hari.
Dari sana,Datuk Dr Rahman Ismail dan penulis terus pergi ke sebuah restauran Mama Ikan Kari untuk makan tengah hari.Restauran tersebut berdekatan dengan pusat membeli belah Carefor. Penulis dan Datuk Dr Rahman Ismail telah pergi makan tengah hari di restauran kari ikan tersebut dah beberapa kali.
|
Dari kiri: Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,Penasihat kjepada Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan merangkap selaku mantan Menteri Kebajikan Masyarakat dan mantan Ketua Umno Bahagian Gombak beberapa penggal.Tengah Datuk Dr Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan disebelah kiri beliau adalah pemimpin masyarakat Sheikh di kawasan DUN Batu Caves. |
Menurut Datuk Dr Rahman Ismail,bahawa kari ikan di restauran tersebut begitu sesuai dengan seleranya. Selesai sahaja kami makan tengah hari,maka kami terus pergi ke Gombak Utara,di Batu 10 untuk melawat salah satu rumah Ketua Cawangan Umno di Sungai Salak,dimaklumkan telah dinaiki air banjir pada hari jumaat malam sabtu itu.
Tetapi malangnya,ketika kami tiba di sana tuan rumah yang mengalami kebanjiran akibat hujan lebat terus menerus di malam sebelumnya itu tidak berada di rumah bila beliau dihubungi oleh Datuk Dr Rahman Ismail menerusi telepon hand setsnya dan terus Datuk Dr Rahman memaklumkan kepada mangsa banjir itu bahawa akan datang semula pada esok paginya.
|
Berdiri dengan memakai baju putih:Datuk S.Krisnan Morty,Timbalan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan sekaligus meruypakan Ketua Ngo kaum India di batu Caves,begitu aktif dengan kerja-kerja amal untuk rakyat semua kaum khasnya di Batu Caves dan juga membantu dengan aktif segala program anjuran Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail. |
Penulis dan Datuk Dr Rahman Ismail,tiba di Dewan besar Sekolah Kebangsaan Tamil,Batu Caves,kira-kira jam 2.30 petang dan Tan Seri,Datin Paduka Zaleha Ismail,tiba selepas 10 minit kami tiba di sana. Ketika itu di lihat para petugas Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di bawah pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail telah berada di sana.
Mereka dilihat telah pun menjalankan tugas-tugas mereka di bawah pimpinan Timbalan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Krisnan Morty yang pernah menjadi guru Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil,di Batu Caves itu.
Walaupun borang yang di edarkan kepada rakyat, di Batu Caves itu merupakan borang BRIM 2.0? Pun begitu,dilihat banyaka juga rakyat-rakyat yang berhak menerimanya telah datang membanjiri dewan sekolah Tamil itu mengambil borang dan terus diisikan dengan butur-butir pemohon oleh para petugas dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang berada di sana sejak jam 1.15 tengah hari.
(POSTED BY ABNMULYA AT 12.37 AM ON NOV 06,2012).
No comments:
Post a Comment