November 06,2012 at 2.41am.
Sebenarnya kepada Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,mantan menteri Barisan Nasional dan Datuk Dr Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Umno Gombak dari Umno bagi penggal 2004-2008 itu telah dimaklumkan oleh para pemimpin ngo-ngo tempatan Gombak berhubung dengan keruntuhan jembatan itu.
Iaitu jembatan yang penting bagi rakyat di Batu Caves,satu-satunya jembatan yang menghubungkan antara Kg.Ganesan,Batu Caves, dengan Kg.Laksamana,Batu Caves, beberapa hari yang lalu oleh Datuk S.Krisnan Morty yang sifatnya sebagai Pengerusi Badan Ngo Batu Caves,bagi pihak rakyat India.
Gambar atas: Nombor 2 dari kiri yang bertudung merah dan berbaju kurong coklat berbungga-bunga itu ialah Tan Seri Paduka Datin Zaleha.Sebelah beliau Datuk S.Krisnan Morty dan sebelah beliua berkaca mata Datuk Dr Rahman Ismail pergi melawat ke tempat jembatan yang runtoh itu. |
Menurut apa yang dimaklumkan oleh penduduk di sekitar jembatan tersebut bahawa jika di kira dari tarikh jembatan tersebut itu runtoh hingga 3 hb.Nov 2012? Bererti sudah hampir 3 minggu lamanya jembatan itu telah runtoh.
Akibat kedudukan tiang jembatan itu dari hari ke hari telah di hakis oleh air sungai yang kadang kala kuat arusnya itu,maka tumbanglah tiang tersebut dan musnahlah jembatan tua itu. |
Tuan Pegawai Daerah (D.O) Gombak,Pihak YDP Selayang dan pada Ahli-ahli Majlis Batu Caves,Gombak dan kepada pihak yang bersangkutan yang lain-lainnya di dalam Parlimean Daerah Gombak.
Menurut Datuk S.Krisnan Morty,mereka yang berkuasa seperti yang disebutkan di atas itu,semuanya ada datang membuat lawatan dan melihat keruntuhan itu.Tetapi malang hingga kini ( sehingga tulisan ini dibuat) ternyata tidak ada sebarang tindakkan yang positif telah dilakukan untuk mengatasi kesulitan rakyat yang jadi pengguna jembatan tersebut oleh pihak Pakatan Rakyat.
Mereka dilihat semacam tidak begitu sensetif atau pun tidak begitu peduli dengan penderitaan dan kesulitan yang menimpa ke atas rakyat di kawasan tersebut.Sedangkan sebelum berkuasa dulu mereka berjanji akan mengatasi segala kesulitan rakyat dengan segera. Kini apa dah jadi? Cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Poorlah......
LAWATAN MEMANG TELAH DIRANCANGKAN.
Disebabakan Tan Seri Datin Zaleha Ismail dan Datuk Dr Rahman Ismail, akan menghadiri program untuk mengedarkan borang BRIM 2.0 di Dewan SRK Tamil,di Batu Caves, pada petang hari Sabtu, tanggal 03 hb,Nov 2012 atas anjuran oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Bila ke tiga-tiga tokoh pemimpin Ngo-Ngo Gombak itu dah bertemu muka dan dah berkumpul semuanya, maka mereka telah bersetuju membuat lawatan ke tempat jambatan yang runtoh itu, kira-kira pada jam 4 petang, di hari Sabtu iaitu sebaik sahaja mereka telah selesai menyusun kerja-kerja dan membahagikan tugas-tugas kepada petugas-petugas Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu telah di atur dengan sempurna.
Sebaik sahaja telah melihat dengan matanya sendiri? Maka Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail telah mengarahkan Pengerusi NGO kaum India,di Batu Caves, Datuk S.Krisnan Morty, agar segera menulis satu surat kepada JPS ( Jabatan Parit dan Sealiran) dan surat itu kelak akan dihantar segera ke jabatan itu, melalui beliau sendiri.
Penulis yang berada di situ merasa amat kagum terhadap sikap Tan Seri Datin Paduka Zaleha, bahawa beliau dilihat masih sensetif dan amat peduli tentenag kesangsaraan rakyat menjalani kehidupan mereka.Perlu di akui,memang susah hendak mendapatkan pemimpin masyarakat dan pemimpin politik seperti Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail , manatan menteri Barisan Nasional.
Walau pun usia beliau telah lanjut dan telah pun bersara? Akan tetapi minat dan tangung jawab beliau terhadap rakyat, terus sensatif dan terus peduli pada masyarakt yang miskin yang telah jadi mangsa akibat jadi korban mala petaka alam. Orang sudah lanjut usia, rupa-rupanya masih punya iltizam kuat dan utuh walaupoun beliau telah bersara.
Hendaknya,sikap yang tetap mahu berkhidmat pada rakyat, walau pun dah lanjut usianya dan juga telah bersara, hendaklah diteladani,dicontohi dan diikuti oleh pemimpin muda yang ada sekarang ini.
sifatnya mulia yang menjadi amalan Tan Seri Zaleha Ismail yang mana tetap mahu membantu dan menolong mengatasi kesulitan rakayat, masih muda, masih segar bugar dan bertenaga di sebalik usianya yang telah lanju itu.
Kekalahan teruk Umno-BN pada PRU ke:12 dalam tahun 2008 itu dulu, adalah bertitik tolak akibat para pemimpin Umno-BN cuai,lupa daratan,tidak peduli dan tidak sensitif dengan nasib rakyat.Sombong dan bongkak, ketika punya kuasa politik. Kononnya Umno-BN tetap kuat,gagah perkasa buat selama-lamanya. Ujung-ujungnya? Kecundang teruk di Gombak.
Mereka semacam dah lupa yang Maha Kuat dan Maha Perkasa,Yang Maha Kaya itu,tiada yang laian,selain hanya Allah SWTyang ampunya alam ini.
Yang mereka tidak pernah CUAI ? Ialah asyik berebut-rebut nak jadi pemimpin Bahgian.Bila menjelamng piliharaya umum pula? Mereka asyik-asyik berebut-rebut,bergaduh sama sendiri,hendak jadi calon dalam pilihanraya itu.
Justeru itu maka terjadilah di antara ketua parti tidak sebulu dengan timbalan ketua parti dan sebagainya. Sedangkan menang belum pun pasti. Kekalahaqn teruk di dalam PRU ke:12 dalam tahun 2008 itu dulu belum tentu ia akan dapat ditebus semula?
Contoh yang baik yang telah dan sedang dan terus akan ditunjukan oleh Tan Seri Zaleha Ismail itu? Tidak mahu mereka contohi dan amalkan demi untk mencapai kemenangan Umno-BN di Gombak khasnya dan juga di lain-lain kawasan parlimen dalam Selangor itu sendiri amnya.
Khasnya, kepada Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,atas nama pribadi,penulis memberi tabik hormat atas sikapnya yang dilihat sentiasa sensetif,ambil peduli tentang masalah-masalah penderitaan,kesulitan yang sedang ditimpa oleh rakyat marhain.
Semoga, beliau dikurniakan oleh Allah SWT tetap dalam keadaan sihat walafiat dan dipanjangkan umur,supaya membolehkan beliau terus-menerus memberi khidmat dan pertolongan pada rakyat-rakyat akibat ditimpa malang. Amin! (Posted by abnmulya at 2.41 am on Nov 2012).
No comments:
Post a Comment