Sunday, November 18, 2012

Datuk Seri Dr Hj.Noh Hj.Omar : Rasmikan Majlis Pelancaran PERMAS Negeri Selangor Darul Ehsan.


Sebahagian para tetamu yang padat memenuhi Dewan Sekolah Cina,Jalan II,di Selayang Baru,Batu Caves,ketika Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar,Menteri Pertanian & Asas Tani merasmikan (PERMAS) Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia paga tadi.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Nov 18,2012 at 11.36 pm.

Menteri Pertanian & Asas Tani, Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar,mencabar Presiden PAS Tok Guru Hj.Hadi Awang, agar menyebutkan apakah jenis-jenis kezaliman yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama memerintah 55 thaun lamanya, hinggakan Tuan Guru Hj.Hadi Awang,sanggup dan begitu tega mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang zalim.

Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar
Justeru dibolehkan oleh hukum hakam Islam,agar membolehkan PAS mendokan seperti yang telah dilakukan oleh PAS yang mana sanggup mengadakan 'solat hajat dan berdoa di Stadium Sultan Muhammad IV Jumata malam lalu dipimpin oleh adik kepada Muryidul Am PAS Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan pembangkang anjuran parti pembangkang berkenaan supaya Umno dan parti Barisan Nasional dihancurkan?

Cabaran itu telah dibuat oleh Menteri Pertanian & Asas Tani, Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar ketika beliau berucap untuk merasmikan Majlis Pelancaran PERMAS (Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia) Negeri Selangor, pagi tadi,di depan  lebih kurang 4000 orang hadirin,di Dewan Sekolah Cina,di Jalan II,Selayang Baru, Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.

Sebaik sahaja tiba di Dewan Sekolah Cina,di Selayang Baru,kira-kira jam 11.00 pagi tadi, Datuk Seri Hj.Dr Noh Hj.Omar, terus memeriksa perbarisan  kaum wanita  PERMAS Selangor.Gambar atas Datuk Seri Dr Hj.Noh sedang memeriksa perbarisan kaum lelaki.
Hj.Hadi Awang telah membuat komen seperti berikut menerusi TV 3,di ruangan berita, jam 8 malam,pada malam semalam (hari Sabtu malam Ahad).Penulis mengikutinya perkataan demi perkataan berhubung komen yang telah dibuat oleh Tuan Guru Hj.Hadi Awang itu dan dengan hati yang begitu kesal lantas penulis mengucapkan kalimah 'Astaghfirullaah Al'azhim'.

Cabaran yang dibuat oleh Datuk Seri Dr.Hj.Noh Hj.Omar di dalam majlis tersebut telah mendapat tepukan yang gemurh dari para hadirin yang ada di dalam dewan itu yang mana para hadirin itu dilihat terdiri dari segala lapisan masyarakat iaitu, lelaki dan perempuan,oleh golongan tua dan golongan muda,oleh golongan yang terpelajar dan juga oleh golongan ustaz dan ustazah dan sebagainya.
Tetamu VIP Datuk Dr Rahman Ismail Presiden Badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak kelihatan sedang memperkatakan sesuatu kepada (Juruacara majlis). Sekaligus Tuan Hj.Rashid merupakan sebagai Ketua Penerangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang paling baru dilantik oleh Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Sikap yang ditunjukkan oleh para hadirin yang berada di dalam dewan tesebut,ketika bertepuk tangan menyokong ucapan Datuk Seri Dr Noh itu?

Pada hemat penulis,ianya membayangkan mereka semacam begitu marah dan melakukan protes yang begitu kuat terhadap para pemimpin PAS kerana telah melakukan perbuatan yang melampau disebabkan dilihat begitu tega melakukan solat hajat dan mendoakan saudara sebangsa,seagama dan seakidah dengan mereka iaitu Umno menjadi hancur dan jahanam.

PAS jelas semacam telah diresapi firqah atau golongan ekstrem.Kalau sebelum ini? Mereka mungkin jadi penyokong PAS.

Akan tetapi selepas tindakan PAS di Kota Bahru mengadakan solat hajat dan mendokan kehancuran dan kemusnahan  terhadap Umno, pada malam Jumaat lalu,di Stadium Sultan Mohammad  IV itu? Dianggap oleh orang-orang Melayau yang beragama Islam dan seakidah bahawa tindakan itu, ianya, merupakan tindakkan yang melampau dan tidak wajar dan tidak releven sifatnya.

Melayu Islam mendokan perkara buruk kepada saudara seagama,seakidah dengan mereka? Ertinya?Mencipta perpecahan, bukannya mencipta perpaduan dikalangan sebangsa dan seagama.Tidak mustahil mereka kemudiannya akan meninggalkan PAS dan konco-konconya?

Ini tidak mustahil PAS dan konco-konconyalah yang akant rugi.Ditakuti doa-doa PAS itu akan memakan diri mereka sendiri.Disebabkan doa-doa yang tidak releven yang dipohon oleh PAS itu tidak diterima oleh Allah SWT.

Akibatnya, doa-doa yang tidak releven itu tergantung-tergantung di langit dan akhirya akan turun semula kepada para pendoa tersebut. Ertinya,doa-doa yang memakan tuannya sendiri.

Mungkin 24 kerusi parlimen yang telah dimenangi oleh PAS pada PRU ke: 12  dulu itu? Akan bertambah merosot.Ini bererti jalan ke Putrajaya bukan semakin mudah? Malah semakin jauh mundur ke belakang.Putih mata.Ujung-ujungnya menggigit jari akibat terlalu gopoh dan terlalu ekstrem.

Tidak pernah tertcatit di dalam sejarah dunia bahawa tindakkan ekstremis oleh golongan tertentu di dunia ini telah mencatatkan kejayaan yang gemilang.Hitler  pemimpin besar German sebelum perang dunia ke:2 yang ekstremis untuk menguasai dunia akhirnya tersungkur dengan teruknya.

Begitu juga dengan Jepun yang begitu ekstremis dan secara zalim untuk menguasai seluruh Asia,akhirnya kalah teruk dan menyerah kalah (surrender) setelah bom atom digugurkan di Hirosima dan Nagasaki, di Jepun oleh pihak berikat Barat.

Nabi Muhammad SAW tidak akan berjaya mengembangkan agama Islam dalam masa yang begitu singkat jika baginda tidak mengamalkan semangat wasatiyyah (sederhana) dengan strategis cekap ketika berdakwah.

Sesungguhnya semangat wasatiyyah itulah yang menjadi anak kunci perpaduan ummah. Jika kita yang beragama Islam mengamalkan semangat wasatiyyah sesama kita walaupun berbeza fahaman politik? Barulah lain-lain kaum tunduk hormat terhadap kita.Jika diantara kita sesama bangsa dan agama mengamalkan semangat ekstrem? Maka lain kaum dan lain agama akan bertepuk tangan disebabkan akhlak kita yang buruk itu.

Apakah para pemimpin PAS tidak sedar dan menginsafi? Bahawasanya dengan menggunakan perkataan 'jahanam' dan mendoakan UMNO hancur musnah. Sebenarnya, tindakkan sedemikian bukanlah amalan Islam sebaliknya datang daripada fahaman golongabn Khawarij yang menganggap bahawa mereka sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
Sebahagian lagi para hadirin yang telah memenuhi Dewan Sekolah Cina.di Jalan II,di Selayang Baru,Batu Caves dengan pakaian pertubuhan mereka yang segak.
Penulis ingin bertanya apakah orang Umno yang sedang berkuasa di Malaysia berpuloh-puloh tahun itu tidak Islam hinggakan PAS sanggup berdoa supaya Umno hancur dan musnah? Jelas menunjukkan mereka berfahaman Khawarij. Antara utama ajaran golongan Khawarij ialah melebelkan kaum muslim yang melakukan dosa besar sebagai kafir.

Penulis difahamkan antara kandungan doa yang dipohon PAS di malam itu ialah, meminta Umno dan Barisan Nsional (BN) dijahanmkan seperti Firaun di tenggelamkan ke laut,Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati serta dipermudahkan pembangkang.

Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang. (Doa memohon agar pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya) itu tak salah.

Semua orang-orang politik memang bercita-cita besar.Mahu memilik kuasa agar jadi orang maha berkuasa.Mahu merasakan apa yang belum pernah mereka rasakan nikmatnya.Tetapi harus diingati disebalik semua kemahuan itu? Takdir Illahi tidak boleh dilupai.

Harus diingati oleh PAS, hanya Allah SWT sahaja yang punya alam ini yang Maha Berkuasa menjadikan impian PAS dan parti-parti komponennya itu menjelma jadi kenyataan. PAS mungkin akan merasa apa yang selama ini mereka hendak rasakan itu, jika diizinkan oleh Allah SWT. Dia Maha Berkuasa dan Dia Maha Mengtahui akan niat dan kebolehan PAS dan konco-konconya itu.

Akan tetapi,jika PAS dan konco-konconya tanpa sebaba hanya mendoakan orang-orang lain yang punya fahaman politik berlainan dengan perkara-perkara yang buruk dan tidak releven yang mermang dilarang oleh Allah SWT?

Pada hemat penulis, Allah SWT tidak mungkin akan mengkabulkan doa-doa oleh golongan orang-orang yang mempunyai perasaan dendam kesumat,hasad dan dengki semata-mata terhadap saudara sesama agama  dan sesama akidah dengannya demi untuk berkuasa dan gila kuasa dunia sebaliknya bukan kerana Allah SWT.

Kumpulan musik PERMAS masing-masing sedang memukul gendang dan meniup seruling nafirinya menyambut ketibaan para tetamu di majlis tersebut.
Sepatutnya PAS hendaklah mendokan jahanam dan hancur musnah kepada Yahudi (Israel) yang kini  sedang membunuh dengan cara mengebom umat Islam Palestin ,di Gaza itu dengan rakusnya.Kerana Yahudi itu benar-benar zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Di saat  ini tulisan ini dibuat pun, penulis mendapati Yahudi laknat itu dengan rakusnya, sedang ganas mengikut hawa nafsu menzalimi membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak kecil  di Gaza. Bukannya PAS membuang masa, berdoa terhadap Umno yang sebangsa ,seagama,seakidah dengan PAS agar hancur.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang majoriti ahlinya beragama Islam,PAS tidak berbuat sedemikian kepada saudara sesama agama yang menjadi anggota Umno.

Sebagai contohnya,Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah untuk mengembangkan agama Islam,baginda  telah direjam dengan batu oleh penduduk Taif.

Beliau telah menegaskan bahawa beliau tidak mendoakan kehancuran pada para penduduk Taif,malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar menolak dakwan BN zalim

Datuk Seri Dr Hj.Noh Hj.Omar berkata,jika kerajaan Barisan Nasional zalim? Tentu sekali dalam PRU ke:12,pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu parti pembangkang tidak dapat berkuasa di Kedah,Pulau Pianag, Selangor,Perak dan terus berkuasa di Kelantan.

Yang tinggi besar memakai baju Melayu warna hitam bertali pinggang hijau itu ialah Pak Buang, guru silat dan Presiden Gerak Ilham Malaysia.Belakangnya berkemeja putih Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,penggal 2004-2008.Kini Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak sedang menyanyi lagu kebangsaan Negara Malaysia di majlis PERMAS pagi tadi. 
Barisan Nasional terima kekalahan itu dan kini kita sedang berusaha untuk merampas semula pada PRU ke:13 ini nanti. Selaku negara yang mengamalkan pemerintahan cara demokrasi dengan cara mengadakan pilihanraya umum.Maka pembangkang bolehlah bersiap sedia berlawan di dalam pilihanraya ke :13 itu nanti.

"Jika Allah SWT mentakdirkan pembangkang tewas? Jangan maki hamun Umno dan Barisan Nasional. Kerana Tanpa izin dari Allah SWT yang Maha Berkuasa pada sesuatu. Tentu Umno ataau pun tiada sebarang parti akan menang .

Walaupun Umno dan Barisan Nasional kalah 5 negeri di dalam PRU keL:12 dulu itu? Kita tidak ada buat solat hajat dan doa agar pembangkang hancur dan jahanam, kita sedar semuanya itu telah ditakdirkan oleh Allah SWT," ujarnya.

Ketika hendak mengakhiri ucapannya, Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar,selain telah memberi pujian terhadap pihak PERMAS yang mana telah berjaya mengatur persedian majlis pelancaran di pagi itu dengan begitu hebat sekali,sekaligus beliau telah juga memberi pengakuan bahawa permas tidak kesaorangan dalam perjuangannya.

Beliau dan kemeterian yang diterajui itu akan tetap menolong PERMAS dengan sedaya upaya beliau dan juga dengan keupayaan kerajaan Barisan Nasional.

KERAJAAN (BN) TELAH BANYAK MEMEPERBAIKI TARAF HIDUP RAKYAT.

Pada suatu perengkat dalam ucapannya itu,menurut Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omart,sejak merdeka hingga kini , kerajan Barisan Nasiona telah begitu banyak memperbaiki taraf kehidupan rakyatnya dari segala aspek kehidupan.

Dari segi pelajaran! Sudah begitu ramai anak-anak Melayu dan anak-anak pembangkang itu sendiri sudah berjaya dalam pelajarannya dan sudah berjaya dalam hidupnya dengan memegang jawatan yang tinggi-tinggi dalam kerajaan dan juga di swasta.

Banyak juga diantara anak-anak mereka itu yang telah melibatkan diri mereka dalam dunia perniagaan yang bersifat nasionalk dan juga antarabangsa.Semua kejayaan-kejayaan ini adalah bertitik tolak dari hasil kerja keras oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum dan hingga hari ini yang telah menyedikan berbagai-bagai bentuk pembelajaran terhadap rakyat terutama kepada anak-anak pihak pembangkang mengikut perkembangan teknologi semasa di saentero dunia.

Acara terakhir ialah acara menyampaik surat watikah kepada semua ayahanda-ayahanda Pertubuhasn PERMAS di setiap Daerah di Selangor dengan disarongkan selepang pertubuhan yang telah direka cipta begitu rupa.
Dari segi ekonomi? Sudah begitu banyak anggota-angota pembangkamng yang sudah kaya raya akibat ilmu yang telah dibekalkan oleh Barisan Nasional menerusi Universiti-universiti di dalam dan di luar negara? Dan begitu banyak biasiswa telah diberikan pada anaka-anak pembangkang?

Hal ini,sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pembangkang.Berhubung dengan pinjaman di PTPTN dari jumlah lebih 13 ribu peminjam? 9 ribu lebih peminjam bukan bumiputra (bernilai wang ringgit berjumlah hampir 4 ratus juta) tidak perlu membayar pinjaman mereka itu kerana telah ditukarkan sebagai biasiswa.

Hal ini terjadi? Kerana mereka mendapat pointer( keputusan yang cemerlang) hingga melayakan mereka menerima  pelepasan hutangnya. Sementara pelajar Melayu/Bumiputra hanya berjumlah 2 ribu orang lebih sahaja.Apakah ini zalim?
Berpakaian sedondong ala-ala pakaian panglima-panglima istana di zaman dulu kala kelihatan para lelaki dari PERMAS begitu segak  sedang  menunggu untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian & Asas Tani Datuk Seri Dr Hj.Noh bin Hj.Omar pagi tadi.
Begitu juga jadinya dengan pembnerian BRIM 0.1 dan BRIM 0.2 yang diberi kelak. "Kita tahu begitu banyak orang-orang dari pembangkang yang telah menerima pemberian itu. Apakah itu zalim? Kalau zalim kenapa pihak pembangkang terima pemberian BRIM 0.1 itu?

Apakah klinik percuma, yang telah diujudkan seluruh negara,para pembangkang golongan miskin tidak merasa manfaatnya ? Dan apakah pemberian bantuan mengganti tayar texsi kepada pemilik taxi yang layak menerimanya,itu pun zalim? tanya Datuk Seri Dr.Hj.Noh Hj.Omar.

Acara kemuncaknya Datuk Seri Dr Hj.Noh Hj.Omar diminta oleh AJK PERMAS menggunting  PITA bendera dan lambang  Pertubuhan PERMAS.
Pendek kata,sudah begitu banyak lagi subsidi itu dan ini telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Apakah yang telah diberi oleh pembangkang di 4 buah negeri yang mereka selama ini  telah berkuasa ? Jika adapun,ianya merupakan tindakan pembangkang semacam hendak melepaskan batuk di tangga sahaja.

Seterusnya Datuk Seri Dr Hj.Noh  bin Hj.Omar  menegaskan bahawa apa sahaja yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ,sejak merdeka hingga kini? Para pembangkang di Malaysia ini harus faham dan benar-benar mengerti bahawa apa sahaja yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, semuanya tidak lari daripada isi kandungan yang telah tercatit di dalam perlembagaan Malaysia itu sendiri.

Segala tindakkan kerajaan BN tetap berpandukan dengan peruntukan yang ada tercatit di dalam perlembagaan Malaysia  itu sendiri.

Menurutnya, bahawa kita rakyat Malaysia semua telah maklum bahawa Perlembagaan Malaysia itu telah di gubal oleh cerdik pandai kita dan juiga pakar-pakar ilmuan antara bangsa dan telah diperkenankan oleh raja-raja Melayu,.

Sekaligus telah dipersetujui oleh parti-parti berkenaan yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air, sebelum menerima kemerdekaan itu, pada tahun 1957 dari penjajah British dulu.

Justeru itu,diingatkan,bila sesebuah rumah itu jika dah siap..? Jangan pula ada lagi bunyi pukulan tukul-tukul besi yang diketuk-ketuk oleh pengacau kesetabilan negara kita dengan dengan hanya menggunakan isu-isu hak asasi manusia kononnya.

Pengacau-pengacau ini harus faham. Bahawa antara peruntukan di dalam perlembagaan negara dengan isu hak asasi kemanusian merupakan dua isu yang berlalinan. (Posted by abnmulya at 2336 hrs on Nov 18,2012.).




No comments: